Anda di halaman 1dari 4

Nasi Ayam Paling Sedap

Oleh: Azie Kitchen

Lauk Ayam:

1 ekor ayam

2 inci halia

4 ulas bawang putih

5-6 ulas bawang merah

Bahan perap:

1 sudu besar sos tiram

1-2 sudu besar kicap cair

1 sudu besar kicap manis

1-2 sudu besar madu

1 sudu besar minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.

Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah
masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan
gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.

Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang


dalam sehingga minyak menenggelami ayam. Untuk
lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut
ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah
masak. 

Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan


minyak. Potong ayam dan hidang.
Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah
digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam
masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng,
bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja. 

Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa


menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang.
Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan
sehingga betul betul kering airnya.

Nasi Ayam:
2 sudu besar mentega - tak guna
Ketulan lemak ayam - panaskan dan ambil minyak ayam
- saya tambah
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2
kulit kayu manis

Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice


cooker. 
Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak
ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia
yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu
manis, daun pandan dan daun salam. 

Sambal Cili
5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia - saya tambah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa 
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah

Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang


putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan
cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam.
Masak dengan api kecil sehingga likat.  

Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam
kuali sehingga mendidih.  Sesuaikan rasa garam dan
gula. Angkat.
Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk pati ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur

Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan


campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.

Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng


ketika menghidang.

Anda mungkin juga menyukai