Anda di halaman 1dari 3

Ikan Siakap Masak 3 Rasa Yang Sangat Mudah dan Sedap

Sedikit pesanan dari petikan Tazkirah Zohor oleh Ustaz


Nushi di mana kalau kita merebut kekayaan pastikan ia
tidak menjadi penyebab yang kita jauh dari Allah.
Sebaliknya jadikan kekayaan itu, mendekatkan
kita dengan Allah. Contoh, dengan kekayaan yang
dimiliki, kita memperbanyakkan bersedekah, berwakaf
dsb. Kata Nabi Muhammad SAW, sesunguhnya dunia
ini adalah seperti sesuatu yang manis. Benda benda
manis memang kita perlukan tapi tak boleh berlebihan.
Jika berlebihan akan memudarat dan
mendatangkan pelbagai penyakit. Begitulah
perumpamaannya, dunia diperlukan tapi tak boleh
berlebihan. 

Untuk Ikan:
1 ekor ikan siakap - kelar dan lumur garam kunyit
Tepung jagung - dilumur pada ikan
Minyak - untuk menggoreng ikan

Bahan Menumis:
4 ulas bawang putih - ketuk
6 tangkai cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - ketuk

Bahan Sos:
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan - tak letak
Sedikit minyak bijan - opsyenal

Bahan bahan Lain:


1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu - opsyenal
Kiub nenas dalam tin - opsyenal
3-4 helai daun limau purut - buang tulang
Daun sup/daun bawang - untuk hiasan
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Ajino-moto secukup rasa
Cara cara:
Ikan dibersih dan ditoskan. Lumur dengan garam kunyit.
Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur
dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut
ikan.

Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan


minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi.
Goreng dengan minyak terendam ikan tersebut. Setelah
ikan garing, angkat dan ketepikan. Saya tidak goreng
terendam kerana nak jimat minyak.

Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan


bahan menumis iaitu bawang putih, halia, cili padi dan
serai. 
Setelah bawang putih kekuningan, masukkan bahan sos
iaitu sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan dan 3 sudu
jus nanas di dalam tin serta daun limau purut. Kacau
sebentar.

Akhir sekali, dimasukkan bahan bahan lain iaitu bawang


besar, tomato yang dipotong dadu, nenas dan cili
benggala. Masukkan sedikit air. Sesuaikan rasa garam,
gula dan ajinomoto secukup rasa.

Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak


pekat berkilat, angkat dan curahkan di atas ikan yang
telah digoreng tadi.  Taburkan daun sup/daun bawang.
Sedia untuk dihidangkan.

Anda mungkin juga menyukai