Anda di halaman 1dari 3

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT GULING HADAPAN.

(FORWARD ROLL)
(Teknik-Teknik Lakuan Kemahiran dan Ansur Maju)
Cara guling hadapan
1. Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri dan dalam keadaan
bersedia.
2. Lutut dibengkokkan sedikit.
3. Tangan diangkat lurus ke hadapan.
4. Pastikan belakang dalam keadaan tegak.
5. Kemudian, Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak
seluas bahu.
6. Kemudian jongketkan badan dengan meluruskan lutut.
7. Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki.
8. Kepala ditundukkan ke dada.
9. Tangan dibengkokkan.
10. Bahu dibiarkan menyentuh lantai. (Pastikan tidak bergolek
menggunakan atas kepala.)
11. Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan.
12. Mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling
kehadapan.
13. Sehingga berdiri atas kaki semula.
14. Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu
yangdirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya
untukdapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.
(Guling Hadapan dengan lonjakan kehadapan)
1. perserta dalam keadaan berdiri dan dalam keadaan bersedia.
2. peserta dikehendaki membengkokkan sedikit lutut ke hadapan dan
tangan diangkat lurus kehadapan.
3. seterusnya, perserta melompat kehadapan dengan menggunakan
lonjakkan kaki.
4. Kemudian, peserta perlu menyambut berat badan dengan kedua belah
tangan(tapak tangan).
5. . Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang
dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya
untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.
5. Mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling
kehadapan sehingga peserta berdiri semula dalam keadaan yang
seimbang dan stabil.
6. semasa berdiri, angkatkan kedua belah tangan untuk mengekalkan
keseimbangan.
Guling hadapan (berhalangan)
1. perserta dalam keadaan berdiri dan bersedia.
2. perserta perlu berlari anak.

3. kemudian, apabila semakin menghampiri halangan (3 orang yang


peserta dalam keadaan sujud), peserta perlu bersedia untuk melakukan
lonjakkan kehadapan dengan menggunakan lonjakkan kaki.
4. seterusnya, perserta melompat kehadapan dengan menggunakan
lonjakkan kaki untuk melepasi halangan dihadapannya.
5. Kemudian, peserta perlu menyambut berat badan dengan kedua belah
tangan(tapak tangan) dengan kedudukan dagu yang dirapatkan didada
atau badan.(elakkan menggunakan kepala)
6. Seterusnya, Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan
dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan
membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri
semula.
7. semasa berdiri, perserta perlulah mengangkat kedua belah tangan dan
perserta perlulah melihat kehadapan untuk mendapatkan kesimbangan.
(Melompat menggunakan spring board)
1. untuk permulaan, peserta perlulah membiasakan diri dahulu
menggunakan spring board (papan lonjakan) tersebut.
2. selesai membiasakan diri dengan papan lonjak tersebut, perserta
dikehendaki berlari anak dan melakukan lompatan menggunakan papan
lonjak tersebut.
3. semasa memijak papan lonjak tersebut, perserta perlulah memijak
ditempat yang betul untuk menghasilkan lonjakkan yang tinggi dan
selamat.
4. Untuk menghasilkan lompatan yang tinggi, peserta perlulah
menggunakan kekuatan kaki untuk membuat lonjakkan.
5. semasa melonjak, peserta perlulah melompat setinggi yang boleh
dengan keadaan badan yang lurus dan kepala memandang kehadapan.
6. semasa mendarat, peserta perlulah berdiri dalam keadaan yang tegak
dan kepala memandang kehadapan. Kedua tangan perserta juga perlulah
diangkat untuk keseimbangan semasa mendarat.
(melompat menggunakan spring board dan melepasi halangan(lombol)
1. pertama sekali, peserta perlulah berlari anak.
2. apabila menghampiri papan lonjak, peserta perlulah bersedia untuk
melakukan lompatan menggunakan papan lonjak tersebut.
3. seterusnya, peserta membuat lompatan kehadapan untuk melepasi
halangan.
4. semasa memijak papan lonjak tersebut, peserta perlulah memijak di
tempat yang sesuai untuk menghasilkan lompatan yang tinggi dan
selamat.
5. semasa melonjak, peserta perlulah menggunakan lonjakkan kaki untuk
menghasilkan lompatan yang tinggi dengan bantuan papan lonjak
tersebut.
6. apabila berada di udara, peserta perlulah dalam keadaan yang tegak
dan kepada memandang kehadapan untuk keseimbangan semasa
mendarat.

7. semasa mendarat, peserta perlulah berdiri dalam keadaan yang tegak


dan kepala memandang kehadapan. Kedua tangan perserta juga perlulah
diangkat untuk keseimbangan semasa mendarat.
(guling hadapan menggunakan spring board dan melepasi halangan)
1. peserta perlulah berdiri dalam keadaan bersedia.
2. kemudian, perserta dikehendaki berlari anak.
3. apabila menghampiri papan lonjak, peserta perlulah bersedia untuk
melakukan lompatan menggunakan papan lonjak tersebut.
4. Seterusnya, peserta perlulah melompat ke atas papan lonjak tersebut
ditempat yang sesuai untuk menghasilkan lompatan yang baik dan
selamat. Apabila melompat, kekuatan kaki juga diperlukan.
5. Seterusnya, peserta dikehendaki melonjak atau melompat kehadapan
dengan keadaan kedua belah tangan lurus kehadapan untuk persedian
menyambut berat atau beban badan.
6. semasa mendarat, kedua belah tangan perlulah menyambut berat
badan peserta.
7. Seterusnya, Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan
dagu yang dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan
membantunya untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri
semula.
8. semasa berdiri, perserta perlulah mengangkat kedua belah tangan dan
perserta perlulah melihat kehadapan untuk mendapatkan kesimbangan.
(CARA ATAU LANGKAH PERGERAKAN GULING BALAK)
Cara untuk melakukan pergerakan ini adalah seperti berikut:
1. perserta perlulah dalam keadaan baring dan bersedia.
2. untuk bahagian tangan, kedua belah tangan peserta perlulah diangkat
ke atas.
3. Bagi bahagian kaki pula mestilah dalam keadaan yang lurus
(dilunjurkan).
4. Kemudian, peserta dikehendaki memusingkan atau memutarkan badan
mereka.
5. ketika hendak memusingkan badan, sedikit tolakkan atau lonjakkan
badan adalah diperlukan sama ada berpusing ke sebelah kiri atau ke
kanan.
( SEMOGA NOTA INI DAPAT MEMBANTU KALIAN SEMUA.. SEMOGA BERJAYA..
)

Anda mungkin juga menyukai