Anda di halaman 1dari 4

1.

Sebagai guru, terangkan bagaiamana anda melaporkan keputusan


pentaksiran murid kepada para ibu bapa.
Keputusan pentaksiran muird-murid boleh disimpan dan direkod di dalam rekod
kemajuan murid. Rekod kemajuan murid ini akan digunakan untuk menyimpan
maklumat berkaitan pencapaian dan perkembangan murid-murid bagi setiap
pentaksiran yang pernah diduduki. Misalnya, pentaksiran formatif atau
pentaksiran sumatif atau kedua-duanya sekali. Guru melaporkan keputusan
pentaksiran murid semasa Hari Permuafakatan Ibu Bapa di sekolah. Semasa
permuafakatan ini, guru akan memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga
berkaitan pencapaian anak-anak mereka dari segi akademik dan dari segi
kokurikulum juga. Kemudian, guru akan berbincang dengan para ibu bapa
berkaitan disiplin atau tingkah laku anak-anak mereka semasa berada di sekolah
dan di kelas. Selain itu, perbincangan dengan ibu bapa untuk memperbaiki
kelemahan dan membantu meningkatkan lagi pencapaian anak-anak mereka.
Contohnya, guru menasihati ibu bapa untuk membimbing anak-anak mereka
semasa membuat tugasan di rumah. Hal ini akan membantu meningkatkan
semangat murid-murid agar lebih bermotivasi untuk menyiapkan tugasan serta
lebih rajin apabila belajar walaupun berada di rumah.
Di samping itu, guru boleh melaporkan keputusan pentaksiran murid kepada
ibu bapa melalui borang senarai semak. Melalui borang ini, guru akan lebih
mudah untuk melaporkan kepada ibu bapa berkaitan pentaksiran yang dijalankan
kepada para murid. Misalnya, borang senarai semak untuk amali olahraga dan
yang lain-lain lagi yang bersesuaian. Maka ibu bapa dapat mengetahui potensi,
bakat dan kebolehan anak-anak mereka. Senarai semak ini penting sebagai
bukti bahawa guru telah menjalankan pentaksiran terhadap para murid.
Seterusnya, pentaksiran terhadap murid bukan sahaja dinilai secara formal
namun melibatkan pentaksiran tidak formal. Murid-murid turut dinilai melalui
sahsiah dan penglibatan dalam korikulum dan kurikulum. Guru dapat
menyediakan sijil penghargaan kepada murid-murid apabila mereka mencapai
sesuatu kejayaan atau menyertai apa-apa pertandingan atau program semasa di
sekolah. Contohnya, murid yang menunjukkan peningkatan pencapaian di dalam
bilik darjah akan diberikan sijil kerana sijil penghargaan. Melalui pemberian sijil ini
murid akan berasa dihargai dan lebih bermotivasi untuk lebih bersungguh-
sungguh semasa belajar. Seterusnya sijil ini dapat dijadikan kaedah pelaporan
kepada ibu bapa apabila murid menunjukkan apa yang diperoleh kepada ibu
bapa mereka.
Laporan pentaksiran juga dapat dimuat turun melalui sistem atas talian iaitu
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Guru boleh memuat turun
keputusan peperiksaanmurid yang berbentuk sumatif ke dalam sistem tersebut.
Ibu bapa akan dapat melihat sendiri keputusan peperiksaan anak-anak tanpa
perlu pergi ke sekolah. Guru perlu memaklumkan kepada murid atau ibu bapa
cara untuk menyemak keputusan melalui system tersebut agar ibu bapa dapat
mengakses seperti yang diarahkan. Pada sistem tersebut, murid juga dapat
mengetahui markah yang diperoleh oleh mereka dan membuat tindakan susulan
daripada laporan pentaksiran tersebut. Contohnya, murid akan berusaha dengan
lebih keras lagi sekiranya melihat keputusan kurang memuaskan. Sebaliknya
murid yang mendapat keputusan yang baik perlu mengekalkan pencapaian atau
meningkatkan pencapaian mereka.
Keputusan pentaksiran murid-murid juga dapat diajukan kepada ibu bapa
melalui konferens antara ibu bapa, guru dan murid. Ibu bapa akan dijemput ke
sekolah pada suatu hari tertentu untuk membincangkan tentang kemajuan anak
mereka dengan guru. Keberkesanan cara ini bergantung kepada beberapa
faktor, misalnya kesudian ibu bapa untuk menghadirkan diri, kemahiran
berkomunikasi guru dan ibu bapa dan tempoh masa perjumpaan. Masa
perjumpaan inilah para guru akan membincangkan tentang pencapaian anak-
anak dan ibu bapa sepatutnya memberi komitmen yang padu kepada guru agar
perkembangan pembelajaran anak-anak akan sentiasa berjalan dengan lancar
dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Justeru, bimbingan daripada
ibu bapa dan guru akan mampu meningkatkan pencapaian murid pada masa
akan dating

2. Bincangkan cara kumpulan penggredan dan penyediaan rubrik untuk


Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
Rubrik merupakan set kriteria yang ditetapkan untuk tujuan pemberian
markah bagi hasil kerja atau prestasi murid. Rubrik pemarkahan dibuat sebelum
ujian ditadbir. Rubrik pemarkahan ini digunakan sebagai rujukan untuk memberi
gred kepada hasil pencapaian murid. Dalam membina rubrik yang baik, dua
aspek perlu dipertimbangkan iaitu kriteria penilaian dinyatakan secara eksplisit
dan penjelasan kualiti bagi setiap kriteria penilaian harus jelas. Kriteria dalam
setiap aspek hendaklah boleh diperhatikan kerana setiap kriteria menerangkan
kualiti prestasi yang ingin diukur. Suatu rubik perlu menyenaraikan kemahiran-
kemahiran yang dijangkakan dalam bidang-bidang yang dinilai.
Nitko dan Brookhart (2011) mencadangkan dua pendekatan dalam mereka
bentuk rubrik, iaitu top down dan bottom up. Pendekatan top down adalah
berbentuk deduktif dan sesuai digunakan jika kurikulum telah didefinisikan
kandungan dan prestasi yang jelas.
Terdapat tiga langkah yang disarankan oleh Bookhart dan Nitko iaitu yang
pertama, mencipta atau mengadaptasi kerangka konseptual untuk pencapaian.
Perkara yang perlu dibuat pada langkah yang pertama ini adalah deskripsi
tentang pencapaian yang diinginkan. Guru perlu merangkakan kualiti yang patut
dinilai pada murid. Langkah kedua adalah dengan menulis rubrik pemarkahan
umum dengan menggunakan kiteria dan tahap prestasi. Kriteria yang disusun
adalah terpulang kepada guru untuk menentukan sama ada ingin menggunakan
rubrik holistik atau rubrik analitik. Rubrik analitik akan menyenaraikan satu skala
untuk setiap kriteria manakala rubric holistic akan menyenaraikan satu skala
untuk semua kriteria. Langkah ketiga adalah membuat penskoran. Penskoran ini
biasanya disertakan dengan gred. Setiap gred akan ditetapkan skor. Misalnya,
gred A akan mendapat skor dari 80 peratus sehingga 100 peratus.
Pendekatan bottom up yang dinyatakan Brookhart (2013) menyarankan
rubric
pemarkahan secara induktif. Beberapa sampel tugasan murid darpada tugasan
yag berbeza perlu dipilih dan mesti relevan dengan jenis prestasi. Cara ini dipilih
kerana kita ingin membina rubrik yang mencerminkan kandungan dan deskripsi
prestasi utuk hasil pembelajaran yang umum. Setelah membuat pemilihan
tugasan maka tugasan tersebut akan dikategorikan berdasarkan kualiti tugasan
kepadaa baik, sederhana dan lemah. Seterusnya, deskripsi akan ditulis secara
spesifik iaitu mengenai sebab tugasan dikategorikan sebegitu rupa. Guru
kemudiannya akan menuliskan deskripsi terhadap kualiti untuk setiap kriteria.
Setiap deskripsi ini perlu dinyatakan dengan jelas supaya murid mudah
memahami tugasan yang telah mereka buat. Cara ketiga untuk membina rubrik
adalah berdasarkan Mertler (2001) yang merungkai berkenaan rubrik holistik dan
rubrik analitik.
Rubrik pemarkahan yang pertama adalah rubrik holistik. Langkah pertama
adalah, guru mengkaji semula objektif pembelajaran untuk tugasan. Langkah
kedua adalah dengan mengenal pasti atribut (kriteria) yang dipehatikan dan
dipamerkan oleh murid dalam hasil, proses atau perlakuan mereka. Langkah
seterusnya adalah membuat sumbang saran ciri-ciri yang menghuraikan setiap
atribut yang disenaraikan. Langkah keempat adalah menulis huraian naratif yang
mendalam untuk tugasan cemerlang, sederhana dan lemah dengan
memasukkan setiap atribut ke dalam huraian. Setelah menghuraikan setiap
atribut, guru akan melengkapkan rubrik dengan menghuraikan setiap tahap pada
kontinum daripada cemerlang kepada lemah untuk kesemua atribut secara
kolektif. Langkah seterusnya adalah mengumpulkan sampel tugasan murid yang
mencerminkan setiap tahap dan langkah terakhir adalah menyemak semula
rubrik sekiranya perlu.
Pembinaan rubrik pemarkahan analitik menurut Metler (2001) dimulakan
dengan mengkaji semula objektif pembelajaran untuk tugasan yang diberikan.
Setelah mengetahu objektif pembelajaran tugasan guru akan mengenalpast
atribut yang diperhatikan dan dipamerkan oleh murid dala hasil, proses atau
pelakuan mereka. Seterusnya, guru akan membuat sumbang saran ciri-ciri atribut
yang ingin dinilai terhadap sesuatu tugasan. Rubrik yang dibina ini akan menilai
satu satu aspek sahaja. Langkah seterusnya adalah menulis huraian untuk
tugasan yang cemerlang, sederhana dan lemah untuk setiap atribut supaya
mudah untuk dirujuk oleh guru apabila menggred hasil kerja murid. Langkah
kelima adalah guru melengkapkan rubrik dengan meghuraikan setiap tahap pada
kontinum daripada
cemerlang kepada yang lemah iaitu dengan memberikan gred bagi setiap tahap.
Langkah seterusnya adalah guru mengumpulkan sampel tugasan murid yang
mencerminkan setiap tahap dan akhir sekali guru akan menyemak semula rubrik
jika perlu untuk memastikan bahawa rubrik yang dibina sesuai dengan tugasan
yang diberikan kepada murid.

Anda mungkin juga menyukai