Anda di halaman 1dari 1

(nama),

Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion,


WDT 86,
89158 Kota Belud.
Rujukan : JP(sb)/KTBM/5701
Tarikh : 28 Ogos, 2020

Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah,
Kota Belud.

Melalui,

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tambulion,
Kota Belud.

Tuan,

PENOLAKAN CADANGAN MENYENARAI NAMA KETUA PEMBANTU TADBIR UNTUK DITUGASKAN DI


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH, KOTA BELUD BAGI MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN KETUA
PEMBANTU TADBIR GRED N22 HAKIKI DI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
KOTA BELUD, SABAH.

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara seperti yang tersebut di atas.

02. Sehubungan dengan itu, saya yang berjawatan (jawatan) di (tempat bekerja), dengan ini
menolak sepenuhnya cadangan penyenaraian nama Ketua Pembantu Tadbir untuk dicadangkan bagi
mengisi kekosongan jawatan yang ada di Pejabat Pendidikan tersebut. Ini adalah kerana saya sering
mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu. Oleh yang demikian, saya merasakan ianya
memberi kesan yang amat mendalam terhadap diri saya terutamanya dari segi emosi dan mental
dengan menanggung bebanan kerja yang banyak yang memungkinkan terjejasnya hasil kerja saya.
Justeru ,besarlah harapan saya agar tidak disenaraikan bagi mengisi jawatan tersebut.

03. Di atas perhatian dan tindakan tuan dalam menangani masalah ini terlebih dahulu diucapkan
terima kasih.

Sekian.

Saya yang menjalan Amanah,

______________________________
( nama)
jawatan
SMK Tambulion, Kota Belud. Sabah.

Salinan kepada,

Sektor Pengurusan dan Kemanusiaa,


Jabatan Pendidikan Sabah,
Kota Kinabalu.

Anda mungkin juga menyukai