Anda di halaman 1dari 1

SERUHAN HIKMAH

kerana hikmah lebih bernilai daripada segala permata, dan segala yang dihasratkan tidak setara
dengannya. -Amsal 8:11

Malcolm Muggeridge, seorang wartawan dan pengkritik sosial British yang ternama, percaya kepada
Tuhan pada umur enam puluh tahun. Pada hari jadinya yang ketujuh puluh lima tahun, dia
memberikan dua puluh lima pemerhatiannya yang bernas mengenai kehidupan. Salah satu
pemerhatiannya berkata, “Saya tidak pernah melihat seorang yang kaya berasa gembira, tetapi saya
jarang menemui seseorang miskin yang tidak mahu menjadi seorang yang kaya.”

Hampir semua kita bersetuju bahawa wang tidak dapat membuatkan kita bahagia. Tetapi kita suka
memiliki lebih banyak wang untuk membuktikan pernyataan tersebut.

Harta Raja Salomo dianggarkan berjumlah lebih daripada dua trilion dolar Amerika Syarikat.
Walaupun dia sangat kaya, dia tahu bahawa wang mempunyai batasannya. Amsal fasal 8 adalah
berdasarkan pengalaman hidup dan memberikan “seruan hikmah” kepada semua orang. “Hai umat
insan, kepadamulah aku berseru … Mulutku akan mengatakan kebenaran” (ayat 4-7). “Pilihlah
ajaranku dan bukannya perak; pilihlah pengetahuan dan bukannya emas pilihan. Kerana hikmah
lebih bernilai daripada segala permata, dan segala yang dihasratkan tidak setara dengannya” (ayat
10-11).

Hikmah berkata, “Buahku lebih baik daripada emas, bahkan melebihi emas tulen, demikian pula
hasilku lebih baik berbanding dengan perak pilihan. Aku berjalan di jalan yang benar, di tengah-
tengah lorong keadilan, demi mewariskan khazanah kepada kalangan yang mengasihiku, dan
memenuhi perbendaharaan” (ayat 19-20).

Inilah kekayaan yang sebenar!

Tuhan, terima kasih untuk kekayaan hikmah-Mu yang memimpin langkah-langkah kami pada hari
ini.

Tuhan memberikan kekayaan hikmah yang sebenar kepada semua orang yang mencari dan
mengikut DIA

Anda mungkin juga menyukai