Anda di halaman 1dari 1

2.

Prabacaan

Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling
mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk
mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh
dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya,
 Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini
adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.
 Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda semasa
menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada bercerita, bayi juga boleh
diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.

Anda mungkin juga menyukai