Anda di halaman 1dari 4

Teks Juruacara :

Semua hadirin diminta berdiri. 

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang suara untuk
menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Selangor bersama iringan muzik. Semua hadirin
diminta bersedia.

( lagu dimainkan PA System )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

Ulik Mayang nyanyian asli 


Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai.

Bagi meneruskan aturcara majlis, dipersilakan ……………………………bagi mengemudi


program seterusnya. Dipersilakan.

Terima kasih saudara pengacara majlis.

1. KATA ALU-ALUAN.

Yang Berusaha, 
Datin Maznah binti Abu Hassan
Penolong Kanan Petang

Yang Dihormati,
Puan Noor Liley binti Abd Ghani
Penolong Penolong Kanan Petang

Yang Dikasihi, barisan guru-guru seterusnya puteri-puteri SMK Perempuan Kapar yang menjadi
tiang negara dan harapan bangsa.

Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, dan Selamat Sejahtera

Ceria wajah dalam majlis


Hati berkobar, semangat dibawa
Sambutan merdeka penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan SMK Perempuan Kapar 2018. Sama-
samalah kita memanjatkan setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah

1
kurnia dan izinNya dapat kita sama-sama berhimpun dan menyatukan tekad di dalam majlis ini
dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda
bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk
hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa
para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat
kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang
patriotik .

2. DOA

Anugerah di kecap si anak watan


Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput ……………………………. untuk


memimpin bacaan doa. Dipersilakan

DOA

Terima kasih kepada …………………………….. atas bacaan doa sebentar tadi. 

3. UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha , Datin Maznah binti Abu
Hassan, Penolong Kanan Petang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis Sambutan Kemerdekaan ke 61 Peringkat sekolah.

***UCAPAN***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Datin Maznah sebentar tadi.

4. GIMIK PERASMIAN

5. PERSEMBAHAN PELAJAR.

Terbang tinggi si burung helang


Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.

2
5.1. Nyanyian Kumpulan.
Seterusnya kita serikan lagi majlis ini dengan mendengar alunan suara nyanyian
……………………. dari Tingkatan …………….. dengan lagunya yang bertajuk …………………
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada …………………………… atas
persembahan itu tadi.

5.2 Drama

5.3. Persembahan Sajak. 


Persembahan Pelajar pada petang ini dimulakan dengan mempersilakan pendeklamator adik
…………………. dengan sajak yang bertajuk ……………… . Dengan takzimnya dipersilakan.

Terima kasih daun keladi, lain kali buat persembahan lagi. Hebat dan sangat bermakna
deklamasi yang disampaikan oleh sahabat…………. ……………itu tadi.

5.4 PERTANDINGAN PAKAIAN TRADISIONAL BANGSA BERTEMAKAN WARNA JALUR


GEMILANG.

6 KUIZ MERDEKA

Seterusnya dijemput kepada ………………………. Untuk mengendalikan kuiz merdeka. Hadiah


menarik menanti semua pelajar.

7 NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

Hadirin yang dihormati,

Pujangga Melayu berbicara,


Berdayung sampan telah tiba di seberang,
Menuruni lurah, telah sampai di kaki bukit
Setiap permulaan, pasti ada pengakhirannya

Sebelum mengakhiri majlis kita, pada petang ini. Marilah kita sama-sama menyanyikan
rangkaian lagu-lagu patriotik iaitu Kita Punya Malaysia, Lagu Setia, Jalur Gemilang, Gemuruh
dan Tanggal 31.  

*****Lagu dimainkan dengan iringan muzik******

Semua hadirin diminta berdiri dan bersedia. Mohon dinyanyikan dengan penuh semangat dan
kibarkan bendera masing-masing. Selepas itu, laungan merdeka sama-sama kita laungkan.
Dengan laungan merdeka itu tadi, maka berkahirlah majlis sambutan merdeka kita pada hari ini.
Jika terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan
tingkah laku sepanjang program berlangsung, sejuta kemaafan dipinta.

3
Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi 

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


Wabillahi Taufik Walhidayah.

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

5. PENYAMPAIAN CENDERA HATI.


Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi, kita kenangkan jasa. Sebagai tanda kenang-kenangan,
majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusha Puan Pengetua, SMK Sijangkang Jaya untuk
menyerahkan tanda hati setulus rasa kepada Yang Berbahagian, Mejar Mohd Fuad bin Hj Shariff. 

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Yang Berusaha, Puan Pengetua menyempurnakan
penyampaian cenderahati.

Anda mungkin juga menyukai