Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog)

Program ini membantu merekod log penggunaan setiap komputer yang disambungkan melalui rangkaian (network). Program ini
juga menggantikan "BUKU LOG PENGGUNAAN KOMPUTER" yang berada di Makmal-makmal komputer, Pusat Akses dan ditempat
lain yang mempunyai rangkaian komputer setempat (LAN) mahupun (WAN).

Kelebihan Sistem SisLog?

· Dapat merekod log penggunaan komputer dengan lebih efisyen.


· Dapat menganalisis data log secara professional.
· Dapat menjana laporan harian, bulanan dan juga tahunan dengan lebih terperinci.
· Dapat menjimatkan masa serta kos untuk membuat "BUKU LOG" yang berada di makmal komputer.
· Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempraktikkan budaya celik IT dan seterusnya dapat meningkatkan mutu kerja
seharian.

Platfom
Program ini ditulis diatas platfom Microsoft Windows, jadi hanya platfom Windows sahaja yang boleh gunapakai sistem ini.
Kepada mereka yang menggunakan Mac OS, Linux, dan selain dari itu minta maafla yer. Mungkin akan datang akan ada versi
platfom sedemikian pulak. Insyaallah..

Keperluan Sistem Minima

· Microsoft Windows 98 ke atas.


· Microsoft Office 2000 ke atas.
· 64 MB RAM ke atas.
Terma & Syarat Penggunaan (MESTI BACA)
Penulis program ini tidak akan bertanggungjawab keatas kelalaian, kecelaruan, ketidaksiuman pengguna mengguna pakai,
mahupun kesalahan diri sendiri sebelum, semasa dan selepas menggunakan Sistem Rekod Log Penggunaan Komputer (SisLog) ini.

Tidak dibenarkan memanipulasikan program ini, seperti membuat salinan, mengubahsuai, diulangterbit, muat turun bahan,
muat naik beban, dipos, dipindahkan serta menjual sistem ini tanpa sebarang surat, tawaran atau pemberitahuan kepada
penulis program ini.

Dengan memasang program SisLog ini, anda secara tidak langsung telah mempersetujui dan mengakui semua terma & syarat
penggunaan sistem ini.

Kepada mereka yang ingin memberikan cadangan/kritikan/lain-lain lagi, silalah emailkan kepada penulis program SisLog ini di
alamat email mr.putera@gmail.com atau terus ke Yahoo! Messenger (YM) ID mr.putera

Bidang Kuasa
Memandangkan penulis ini berada di dalam Malaysia, perjanjian ini dipengaruhi dan dikuatkuasakan mengikut undang-undang
Malaysia. Sekiranya mahkamah bidang kuasa mendapati sebarang bahagian di dalam perjanjian kosong dan tidak boleh
dikuatkuasa, yang selebihnya perlu di kuatkuasakan dan mahkamah patut menggunakan kekuasaannya untuk mengubahnya bagi
tujuan memenuhi maksud asal perjanjian ini kepada kebenaran menyeluruh oleh undang-undang.

Sekian, Harap Maklum.

Juruteknik Komputer, Perak.


Zulkifli Mh.D aka putera
Pembangun Sistem

Peneraju Komuniti Bersama


Gerbang Komuniti Juruteknik Komputer, Negeri Perak
(http://www.jtkpk.com)

-------------------------------------------------------------------------------
Cara Memasang
Dwi-klik fail setup.exe, kemudian tekan butan "Next" dan ikuti arahan seterusnya sehingga "Finish".
Nota:
Anda digalakkan memasang perisian ini terlebih dahulu di server supaya apabila diinstall pada client
nanti, pangkalan data telah pun diwujudkan di server.

Setting SisLog
Apabila pertama kali anda membuka perisian ini, anda akan diminta untuk memasukkan maklumat
seperti berikut:-
1. Konfigurasi iaitu
- Pangkalan Data/Database
- Nama Komputer
2. Nama Sekolah Anda
Nota:
Semua Nama Sekolah telah ada dalam senarai, dan bagi mereka yang nama sekolah mereka tiada dalam
senarai sila rujuk pada penulis program.

Reset Setting
Sekiranya anda ingin mereset semula semua setting ini, sila tekan butan "F1" pada keyboard. Dan tekan
butang "Reset Setting".
Anda dikehendaki memasukkan Kata Laluan untuk mereset semua setting ini.

Kata Laluannya ialah : 12345

Menjana Laporan Harian, Bulanan dan Tahunan


Untuk menjana, buka perisian "Laporan Sistem Log". Pilih tarikh dan tekan butang "Lihat Laporan" dan
sekiranya ingin mengekspot ke Microsoft Excel, tekan "Jana Laporan".

Nota:
Sistem ini telah digunapakai oleh saya sendiri (pembangun sistem) dan ianya telah berjalan dengan
lancar.
Sebarang masalah berkaitan, sila emailkan kepada mr.putera@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai