Anda di halaman 1dari 3

BAB 6

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, latihan industri yang dilaksanakan oleh pelajar semester


enam adalah amat berguna terutamanya bagi diri pelajar yang terlibat. Dengan
adanya latihan industri menjadi satu landasan bagi pelajar untuk mengenali bidang
kerja yang sebenar serta lebih luas. Di samping itu, ilmu yang diperoleh sepanjang
pengajian di politeknik diaplikasikan sepenuhnya dalam dunia pekerjaan. Perbezaan
semasa pengajian politeknik dan menjalani latihan praktikal adalah amat berbeza
sekali terutamanya cara berkomunikasi dengan orang luar. Gaya komunikasi yang
lebih matang merupakan satu kelebihan yang pelajar peroleh untuk meningkatkan
lagi kemahiran komunikasi pelajar. Justeru, latihan ini amat baik dan wajar
diteruskan bagi melahirkan graduan yang lebih berkualiti selaras dengan hasrat
kerajaan untuk melahirkan golongan profesional yang dinamik.

56
Dalam tempoh menjalani latihan industri di syarikat TG Computer &
Communications Sdn. Bhd. telah banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang
pelajar terima ketika melakukan kerja di dalam pejabat, tapak projek dan lain-lain.
Pengetahuan dan pengalaman ini amat berguna untuk memajukan diri dan membantu
untuk kemudahan masa hadapan terutama sekali dalam bidang elektronik dan
komunikasi. Pelajar juga telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta
tugas di syarikat ini secara tidak langsung pelajar juga telah mengetahui setiap
tanggungjawab dan peranan setiap kakitangan di dalam syarikat. Pendedahan kepada
alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada para pelajar terutamanya untuk
membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan
tinggi. Pelajar juga dapat mengenalpasti dan menangani masalah-masalah yang
timbul dalam situasi pekerjaan sebenar.

Dari segi perhubungan dengan staf-staf syarikat, tiada sebarang masalah yang
pelajar hadapi. Ini kerana sikap setiap pekerja yang ceria dan begitu prihatin terhadap
setiap gerak kerja yang pelajar lakukan. Kerjasama yang dihulurkan oleh kakitangan
syarikat amat membanggakan. Selain itu, kerajinan dan keprihatinan dalam setiap
masalah yang timbul mencenderungkan diri pelajar untuk menjadikan meraka
sebagai contoh. Di samping itu, latihan industri melatih diri pelajar untuk sentiasa
menepati masa. Secara tidak langsung, latihan industri mendidik diri pelajar supaya
menjadi seorang yang berdisiplin dengan masa. Selain itu, latihan industri juga telah
mendedahkan kepada pelajar mengenai semangat kerja berpasukan dan
bertukar-tukar pendapat serta idea yang bernas dengan kakitangan lain.

Walaupun pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh setiap pelajar sepanjang
menjalani latiahn industri berbeza antara satu sama lain, namun apa yang penting
ialah setiap individu mestilah bersikap lebih positif dalam menghadapi setiap situasi
supaya pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan pada masa yang akan datang.

57
Melalui latihan industri ini, jelaslah bahawa objektif latihan telah tercapai
sepanjang dua puluh minggu bermula pada 27 November 2017 sehingga 13 April
2018. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pendedahan yang telah diberikan kepada
pelajar sepanjang latihan industri ini sangat dan perlu dimanfaatkan dengan betul
pada masa hadapan. Latihan industri juga dapat merealisasikan wawasan negara
menjelang 2020 dengan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan
berkeperibadian tinggi serta taat dalam menjalankan perintah agama.

Di kesempatan ini, penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada


mereka yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung yang telah
memberi ilmu dan tunjuk ajar yang berguna. Jasa dan bantuan mereka tidak akan
dilupakan sehingga akhir hayat. Maaf dipinta kepada syarikat TG Computer &
Communications Sdn. Bhd. dan Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)
Politeknik Ibrahim Sultan atas sebarang kesilapan dan kekhilafan yang terkandung di
dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia menerima teguran yang membina.

58

Anda mungkin juga menyukai