Anda di halaman 1dari 3

KATA HUBUNG digunakan untuk menghubungkan ayat tunggal menjadi ayat majmuk.

Contoh penggunaan kata hubung:

1. apabila 
a. Semua  murid  berdiri  tegak  apabila   bendera  Malaysia  dinaikkan.
b. Apabila  hujan  reda,perlawanan  itu   pun disambung  semula.

2. atau 
a. Kamu  suka  minum  teh  atau   kopi?
b. Gadis  itu  kehilangan  rantai  atau  cincin?

3. dan
a. Ali  dan  Muthu  bermain  badminton  di   situ.
b. Saya  membasuh  muka  dan  menggosok  gigi.

4. jikalau/ jika/ kalau


a. Jikalau  kamu  belajar   dengan  bersungguh-sungguh,  tentu  kamu akan  berjaya.
b. Jikalau  kamu  gagal,cubalah  lagi.
  
5. kecuali/ melainkan 
a. Seng  Chong  suka  makan  semua   jenis  buah-buahan tempatan  kecuali   langsat.
b. Semua  orang  hendak  pergi  kecuali   Ahmad.

6. lalu 
a. Dia  mengambil  galah  lalu  menjolok   buah  mangga  itu.
b. Dia  masuk  ke  dalam  bilik  itu lalu  memasang  lampu.

7. sebab/ kerana 
a. Adik  saya  menangis  sebab  perutnya  lapar.
b. Anjing  itu  mati  sebab   dilanggar  lori.

8. sebelum 
a. Kerja  kamu  mestilah  siap   sebelum  pukul  5.00  petang.
b. Sebelum  makan Ali mencuci tangan terlebih dahulu.

9.tetapi
a. Pokok  mangga  itu  sudah   besar,  tetapi  masih  belum  berbuah.
b. Dia  ingin  membeli  sebuah   rumah,  tetapi  tidak  mampu.

10. sambil
a. Abang  mendengar  muzik  sambil   menulis  surat.
b. Sambil  berbual-bual,mereka  bergurau   senda.
11. supaya/ agar
a. Bacalah  dengan  kuat  supaya   dapat  didengar  oleh  semua  murid.
b. Dia  membubuh  baja  agar   pokok  itu  cepat  membesar.

12. setelah/ selepas


a. Selepas  membuat  eksperimen,perbincangan  pun  diadakan.
b. Dia  berasa  letih  selepas  sibuk  bekerja  sepanjang   hari.

13. sungguhpun/ walaupun


a. Sungguhpun  cuaca  kurang  baik,pertandingan  itu  tidak   ditangguhkan.
b. Dia  tidak  berputus  asa,  walaupun  dia  sudah   gagal.

14. sejak/ semenjak 


a. Sejak  bangunan  yang  baru  didirikan,murid  di   sekolah  itu bertambah  ramai.
b. Semenjak  diberi  nasihat,sikapnya  telah  berubah.

15. serta 
a. Mereka  minum  teh  serta  makan  nasi  lemak.
b. Orang  itu  tamak  serta  kedekut.

16.hingga/ sehingga
a. Dia  memalu ular  itu  hingga  mati.
b. Kami  akan  menunggu  di  sini  sehingga  dia   datang.

17. sementara
a. Mereka  berbual-bual  di  situ  sementara  menunggu   hujan  reda.
b. Kami  menyajikan  makanan  di  atas  meja  sementara menunggu tetamu  datang.

18. manakala
a. Dia  rajin  manakala  adiknya  malas.
b. Gajah  hidup  di  darat , manakala  ikan  hidup   di  dalam  air.

19. tentang
a. Mereka  sedang  berbincang  tentang  hal  yang  amat   penting.
b. Beliau  akan  bercakap  tentang  kemajuan  sekolah   ini.

20. yang
a. Pemuda  yang  berjaja  buah-buahan  itu  sangat   rajin.
b. Dia  mendapat  hadiah  yang  istimewa.

21. lagi
a. Murid  itu  bijak  lagi  rajin.
b. Istana  itu  besar  lagi  cantik.
22. selain
a. Selain  menternak  ayam,Puan  Wong  juga  menanam   sayur-sayuran.
b. Selain  menjemput  saudara  mara, dia  juga  menjemput   semua  kawannya.

23. maka
a. Disebabkan  kesombongannya ,maka  dia  dibenci  orang.
b. Dengan keberanian pemuda itu, maka  budak yang hampir mati lemas itu
berjaya diselamatkan.

24. malah/ malahan


a.Selepas  makan  ubat,pesakit  itu  tidak  sembuh, malah keadaannya  bertambah  tenat.
b. Dia  bukan  sahaja  bijak, malahan  rajin  pula.

25. sedangkan
a. Bagaimana  pencuri  memasuki  rumah, sedangkan pintu rumahnya  dikunci.
b. Wai  Kong  tidak  mahu  makan  ubat,sedangkan  dia   belum  sembuh  lagi.

26. bahawa
a. Budak  itu  menyatakan  bahawa  keluarganya  miskin.
b. Kami  mengetahui  bahawa  dia  berbohong.

27. bahkan
a. Bukan kami sahaja, bahkan murid yang  terbijak pun tidak dapat menjawab  soalan  itu.
b. Datuk  saya  bukan  sahaja  tidak  tahu   menulis,bahkan  tidak  tahu  membaca.

28. selagi
a. Kanak-kanak itu tidak dibenarkan keluar sekolah,selagi loceng balik belum berbunyi.
b.Talian telefon di rumahnya tidak akan disambung semula selagi bilnya belum dibayar.

29. asalkan
a. Kanak-kanak  boleh  masuk  ke  kawasan  itu  asalkan   diringi  oleh orang  dewasa.
b. Kamu  boleh  meminjan  buku  itu  asalkan  tidak   mengotorkannya.

Anda mungkin juga menyukai