Anda di halaman 1dari 1

8 petua sayangi diri sendiri

Sayangi diri anda dahulu sebelum anda mula berniat untuk menyanyangi diri orang lain. Ini
adalah tatacara yang perlu anda ikuti, sebelum anda menyerahkan sebahagian dari kasih
sayang yang anda ada kepada yang lain selain diri anda.

Kalau kita tak menyanyangi diri kita, dan tak mampu untuk merasa kasih terhadap diri
sendiri, maka tentu pasti anda tak akan mampu untuk memberikan kasih sayang anda pada
yang lain. Apa yang perlu bagi diri kita ini meyanyangi diri sendiri?

1. Jangan libatkan diri anda dengan perkara yang memudaratkan, samada dari segi
fizikal mahupun mental.
2. Bersyukur dengan setiap anugerah pancaindera yang diberikan kepada anda.

Tetapi malangnya, saya sendiri dan sahabat-sahabat tidak begitu. Tidak suka
melihat cermin kerana takut akan kekurangan yang ada pada
diri..kuruslah,gemuklah, kulit pucatlah, gelaplah, jerawatlah dan macam-macam
lagi..Rupa-rupanya memang sudah fitrah diri kita yang sedang meningkat remaja
sering merasa tidak sehebat dan standing yang lain..Emosi ibarat “roller coaster” ada
masa gembira sangat dan ada masa sedih sangat.

ayat ke 139 surah Ali Imran,” Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan pula
kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu seorang
beriman”.

3. Menggunakan segala nikmat yang diperoleh diri untuk membuat kebaikan.


4. Menjaga penampilan diri samada lahiriah mahupun psikologi.
5. Jangan mengabaikan kesihatan.
6. Sentiasa menyediakan diri untuk menjadi lebih baik daripada orang lain.
7. Sentiasa menyanyangi setiap inci tubuh badan, jangan sesekali menyesal tentang
diri anda, tetapi bermuhasabah dan melakukan perubahan untuk jadi lebih baik.
8. Memberikan senyuman pada diri sendiri.

Mudah je kan. Apabila kita dah buat apa yang perlu dan hak untuk diri kita, barulah kita
kongsikan dengan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai