Anda di halaman 1dari 2

Salin semula karangan di bawah.

Faedah Menyimpan Wang

“Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.” Itulah pegangan orang yang


pandai berjimat-cermat demi masa depan mereka. Wang amat penting
dalam kehidupan manusia. Dengan wang kita dapat membeli apa sahaja
yang diingini.

Oleh itu, kita hendaklah berjimat-cermat ketika


menggunakan wang. Kita boleh menyimpan wang di dalam tabung, bank
dan pejabat pos. Sungguhpun pada mulanya wang yang kita simpan itu
sedikit, tetapi lama-kelamaan ia akan menjadi banyak. Dengan wang
yang kita simpan itu, kita boleh menampung serba sedikit perbelanjaan
sekolah seperti membeli buku-buku dan alat tulis.

Selain itu, setiap hari ibu bapa membanting tulang mencari


wang untuk menyekolahkan kita. Kita harus memikirkan betapa susahnya
mereka mencari wang. Jadi, dengan menabung, mungkin suatu hari nanti
kita dapat membantu pula ibu bapa kita. Ibu bapa kita pasti akan berasa
bangga kerana kita dapat membalas jasa mereka.

Di samping itu, jika kita jatuh sakit atau ditimpa kemalangan,


wang yang disimpan boleh digunakan pada saat-saat genting ini. Kita
boleh menggunakan wang yang di simpan untuk tujuan rawatan dan
ubat-ubatan. Umum mengetahui bahawa belanja kos untuk perubatan
semakin mahal. Dengan adanya wang simpanan, sudah tentu wang
tersebut dapat digunakan untuk menampung kos perubatan tersebut.

Tambahan pula, jika kita ingin berniaga. Sudah tentu kita


memerlukan modal yang banyak. Wang simpanan kita akan membantu
kita menyenangkan perbelanjaan. Jika tiada wang simpanan, kita akan
terpaksa berhutang. Ini akan menyebabkan kerugian. Setiap orang yang
membuka perniagaan pastinya mahukan keuntungan daripada kerugian.

Kesimpulannya, tabiat menyimpan wang mempunyai banyak


faedah. Tabiat ini haruslah ditanam sejak kecil lagi. Bak pepatah, “kalau
melentur buluh, biarlah dari rebungnya.” Ini sekaligus dapat menjamin
masa depan yang lebih cerah dan terjamin.
SOALAN Latihan.
Bahagian C – Karangan (Masa dicadangkan 40 minit)

Ceritakan tentang kebaikan-kebaikan menyimpan wang di bank. Panjang


karangan anda mestilah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Rangka Karangan :

Pendahuluan
-digalakkan simpan wang di bank kerana banyak kebaikannya
-buka akaun bank sebelum boleh menyimpan wang
-banyak pilihan bank

Perenggan ke-2
-simpanan dijamin selamat
-kehilangan atau kecurian, tanggungjawab bank
-bencana alam, tangungjawab bank

Perenggan ke-3
-menjamin masa hadapan
-contoh; membiayai pengajian
-perlu menyimpan secara tetap

Perenggan ke-4
-cermat berbelanja
-pandai menguruskan wang sendiri
-lepas daripada masalah kewangan

Perenggan ke-5
-mendapat dividen setiap tahun
-menambah jumlah simpanan

Penutup
-amalan menyimpan wang perlu diamalkan
-kehidupan akan lebih terjamin

Anda mungkin juga menyukai