Anda di halaman 1dari 3

Ekonomi global mungkin alami kemelesetan

paling dahsyat - IMF


Bernama | April 15, 2020 04:26 MYT | Durasi: 3 minit, 15 saat

Ekonomi global mungkin akan mengalami kemelesetan paling teruk sejak Zaman Kemelesetan
pada tahun 1930-an, dan jauh lebih buruk daripada krisis kewangan global 2009, kata IMF.
KUALA LUMPUR: Dipacu oleh pandemik COVID-19, ekonomi global mungkin akan
mengalami kemelesetan paling teruk sejak Zaman Kemelesetan pada tahun 1930-an, dan jauh
lebih buruk daripada krisis kewangan global 2009, kata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
hari ini.

"Ini adalah krisis yang tidak pernah berlaku dan wujud ketidaktentuan mengenai kesannya
terhadap kehidupan kehidupan rakyat," kata ketua ekonominya, Gita Gopinath dalam Prospek
Ekonomi Dunia terkini.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini diunjurkan pada -3.0 peratus pada
tahun 2020, kemelesetan jauh lebih buruk daripada pengurangan 0.1 peratus semasa krisis
kewangan global 2009.

Unjuran pertumbuhan diturunkan lebih daripada enam mata peratusan berbanding pertumbuhan
3.3 peratus yang dikemas kini oleh IMF pada Januari - semakan yang luar biasa dalam tempoh
yang singk
"Keadaan yang digelar 'The Great Lockdown' ini dijangka menyebabkan kemerosotan
pertumbuhan global secara mendadak.

Keadaan yang digelar "The Great Lockdown" ini dijangka menyebabkan kemerosotan
pertumbuhan global secara mendadak. -IMF

Pemulihan separa diunjurkan untuk 2021, dengan tahap KDNK akan kekal di bawah trend pra-
virus, dengan ketidaktentuan terhadap tahap pemulihan kelak," katanya.

Hasil pertumbuhan buruk mungkin akan berlaku.

Ini akan terjadi jika langkah pencegahan pandemik itu berlaku lebih lama, negara sedang
berkembang dan membangun akan terjejas teruk, keadaan kewangan yang sukar akan
berlanjutan, atau ia mungkin menyebabkan penutupan penutupan perniagaan dan kadar
pengangguran, katanya.

Gita berkata krisis ini perlu ditangani dalam dua fasa: fasa pencegahan dan penstabilan diikuti
oleh fasa pemulihan. Dalam kedua-dua fasa, kesihatan awam dan dasar ekonomi mempunyai
peranan yang penting.

"Kuarantin, perintah berkurung, dan penjarakan sosial adalah kritikal untuk memperlahankan
penyebaran COVID-19, memberi masa kepada sistem penjagaan kesihatan untuk mengatasi
permintaan yang meningkat bagi perkhidmatan mereka dan masa untuk penyelidik
membangunkan vaksin.

Langkah-langkah ini dapat membantu menghindari kejatuhan aktiviti yang lebih teruk dan
berlarutan dan menetapkan tahap pemulihan ekonomi," katanya.

Ketua ekonomi itu berkata meningkatkan perbelanjaan dalam penjagaan kesihatan adalah
penting untuk memastikan sistem penjagaan kesihatan mempunyai kapasiti dan sumber yang
mencukupi.

Pemberian khas untuk profesional perubatan - yang berada di barisan hadapan memerangi
pandemik - harus dipertimbangkan, termasuk, sebagai contoh, elaun pendidikan bagi keluarga
mereka.

Walaupun ekonomi menutup operasinya, para penggubal dasar perlu memastikan bahawa rakyat
dapat memenuhi keperluan mereka dan perniagaan dapat dipulihkan selepas wabak pandemik itu
berakhir, kata Gita.

"Ini memerlukan langkah-langkah fiskal, monetari, dan kewangan yang bersasar untuk
mengekalkan hubungan ekonomi antara pekerja dan firma serta peminjam dan pemberi
pinjaman, menjaga infrastruktur ekonomi dan kewangan masyarakat secara utuh."

Sebagai contoh, di pasaran negara yang berkembang dan negara membangun dengan sektor
informal yang besar, teknologi digital baharu dapat digunakan untuk memberikan sokongan yang
disasarkan, tambahnya.

Mengulas unjuran pertumbuhan, laporan yang dikeluarkan oleh organisasi yang berpusat di
Washington itu berkata pertumbuhan dalam kumpulan ekonomi maju - di mana beberapa negara
dilanda wabak itu secara meluas dan menerapkan langkah-langkah pengekangan - diunjurkan
pada -6,1 peratus pada tahun 2020.

Kebanyakan negara di dalam kumpulan dijangka mengalami kemerosotan tahun ini, termasuk
Amerika Syarikat (-5.9 peratus), Jepun (-5.2 peratus), United Kingdom (-6.5 peratus), Jerman (-
7.0 peratus), Perancis (-7,2 peratus), Itali (-9,1 peratus), dan Sepanyol (-8,0 peratus).

Di bahagian Eropah, wabak itu teruk seperti di wilayah Hubei, China. Walaupun penting untuk
mencegah virus itu, perintah berkurung dan kawalan pergerakan memberi kesan kepada aktiviti
ekonomi.

Antara pasaran baharu dan negara membangun, semua negara menghadapi krisis kesihatan,
kejutan permintaan luaran yang teruk, kesukaran dramatik dalam keadaan kewangan global, dan
kejatuhan harga komoditi, yang akan memberi kesan teruk terhadap aktiviti ekonomi dalam
pengeksport komoditi, kata laporan itu.

Secara keseluruhannya, kumpulan pasaran sedang berkembang dan negara membangun dijangka
jatuh sebanyak 1.0 peratus pada tahun 2020; tidak termasuk China, kadar pertumbuhan untuk
kumpulan itu dijangka berada pada - 2.2 peratus.

ASEAN-5 - ekonomi terbesar di ASEAN - dijangka menyaksikan kejatuhan KDNK sebanyak


0.6 peratus.

-- BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai