Anda di halaman 1dari 21

DOUBLE CANDLE

By SHAH10PIPS
ISI KANDUNGAN

1. KENALI APA ITU DOUBLE CANDLE

2. SIFAT-SIFAT DOUBLE CANDLE

3. CARA MENGGUNAKAN DOUBLE CANDLE

4. REENTRY MENGGUNAKAN DOUBLE CANDLE

5. FALSE SIGNAL PADA DOUBLE CANDLE

6. SCALPING DENGAN DOUBLE CANDLE

7. INTRADAY DENGAN DOUBLE CANDLE

8. CONTOH DOUBLE CANDLESTICK BULLISH DAN BEARISH

9. GABUNGAN TRENDLINE , EMA200 & DOUBLE CANDLESTICK

10.TAMAT
KENALI APA ITU DOUBLE CANDLE
DOUBLE CANDLE merupakan candle berkembar atau dua candle bearish &
bullish yang akan muncul sama ada di area resistance atau pun support.
Kebiasaan nya ketika candle ini muncul , akan berlaku satu perubahan harga
yang kuat. Iaitu ketika harga berada pada paras yang tertinggi dan terendah.
➢ Sebagai contoh , ketika harga berada di paras yang tertinggi dan di
kesan berlaku rejection sama ada menggunakan trendline atau
pun ema200 atau apa sahaja indikator yang anda guna kan ,
kemudian di ikuti double candle pada harga tersebut , ini
bermakna kejatuhan harga bakal berlaku. Sebaliknya ketika harga
berada di paras yang terendah.

Merujuk pada gambar di atas , kita dapat lihat bahawa matawang USDJPY
berada pada paras yang tertinggi sebanyak 3 kali. Ketiga-tiga area resistance ini
muncul double candle yang sah dan valid untuk berlaku nya kejatuhan harga
pada masa akan datang. Dan ini kita panggil “Pengulangan Setup”
SIFAT-SIFAT DOUBLE CANDLE
Antara sifat-sifat DOUBLE CANDLE adalah seperti -;
➢ “Engulfing” Seperti yang kita ketahui , ramai trader menggunakan
engulfing sebagai pusat entry utama mereka namun begitu tidak
ramai memahami konsep engulfing sebenar serta tidak
memahami sifat sebenar engulfing.
➢ Sebaiknya , engulfing yang di katakan valid ini apabila candle
selepas nya lebih gah daripada candle sebelumnya. Body candle
selepas melebihi candle sebelumnya. Atau body candle selepas
menelan body candle sebelumnya.

BULLISH ENGULFING – Muncul ketika berakhirnya downtrend serta di


ikuti candle seperti doji atau bullish candle berikutnya.

BEARISH ENGULFING – Muncul ketika berakhirnya waktu uptrend dan


di ikuti candle bearish berikutnya.

*rujuk ebook naked chart 4 timeframe


Antara sifat lain DOUBLE CANDLESTICK adalah seperti dalam gambar di atas ,
ketika muncul double candle di pengakhiran downtrend , akan berlaku sekali
lagi pengulangan double candle sama ada engulfing atau shooting star atau
candle pattern yang lain pada awal kenaikan harga. (Rujuk gambar di bab
seterusnya) Biasanya candle-candle sebegini akan muncul semula bila berlaku
nya reentry pada hari berikutnya.

CARA MENGGUNAKAN DOUBLE CANDLE


Setelah mengenal sifat-sifat candle di bab sebelumnya , saya akan jelaskan
bagaimana cara menggunakan teknik double candle dengan lebih jelas.
Ini adalah contoh cara menggunakan teknik double candle. Ianya boleh sahaja
di gunakan di mana-mana timeframe kecuali m5 , dan m1. Kerana kebiasaan
nya timeframe kecil lebih banyak berlaku nya false signal. Kalau kita lihat pada
gambar di atas , harga berjaya naik sebanyak 60 pips. Ini adalah market hari ini
iaitu pada 10 April 2019.
SOP BUY TEKNIK DOUBLE CANDLE - ;
▪ Pastikan harga berada di paras terendah dan berlaku sebarang rejection
sama ada menggunakan trendline , fibo , magic line , ema atau apa
sahaja indikator yang anda gunakan untuk mengesan pergerakan harga
yang gagal menembusi mana-mana resistance.
▪ Muncul DOUBLE CANDLE di pengakhiran downtrend.
▪ BUY selepas double candle close. ( tidak sesuai di gunakan ketika market
dalam keadaan sideway )
▪ Stop loss di previous low
▪ TP di sekitar double candle bearish pada harga resistance.

*entry pada gambar di atas pada awalnya


harga suda pun break low previous
candle , namun di sebabkan BREXIT
kelihatan seolah2 entry tersebut pada
candle pertama.
SOP SELL TEKNIK DOUBLE CANDLE - ;
▪ Pastikan harga berada di paras tertinggi dan berlaku rejection dari
mana2 indikator yang anda gunakan.
▪ Muncul DOUBLE CANDLE di pengakhiran uptrend
▪ SELL selepas double candle close dan di ikuti candle bearish seterusnya (
rujuk ebook naked chart 4 timeframe )
▪ Stop loss di previous high
▪ Take profit di sekitar double candle yang muncul di bahagian support.

REENTRY MENGGUNAKAN DOUBLE CANDLE


Reentry ini biasanya berlaku dalam keadaan market sedang trending.
Sebagai contoh , ketika market dalam keadaan uptrend , kebiasaan nya akan
berlaku satu keadaan yang kita panggil retracement. Maka di retracement ini
lah nanti akan muncul candle-candle comfirmation untuk reentry BUY.
Sebaliknya jika masuk dalam position sell.
CONTOH REENTRY BUY

Sebagai contoh di atas , kalau kita lihat pada timeframe lebih besar. GBPJPY
masih dalam uptrend dan setup reentry BUY kerap muncul pada timeframe
seperti h4 dan h1. Iainya lebih valid di baca pada timeframe daily , H1 dan H4.
Teknik ini tidak melarang anda menggunakan pada timeframe weekly atau
monthly . Tapi seelok nya anda fokus melalui daily sehingga H1 sahaja.
CONTOH REENTRY SELL

Apa yang dapat kita lihat dari gambar di atas , double candle mula muncul di
akhir uptrend. Dan pengulangan double candle ini berlaku sebanyak 3x.
Pengulangan double candle ini lah yang menjadi reentry SELL pada matawang
USDJPY. Retrracement terjadi dahulu sebelum muncul nya double candle.
FALSE SIGNAL PADA DOUBLE CANDLE
Biasanya false signal ini terjadi dalam timeframe lebih kecil , jarang sekali
berlaku di timeframe lebih besar.
Jika anda melakukan position scalping , kebiasaan nya setup false signal ini
kerap terjadi.
Jadi anda kena lebih fokus dalam menggunakan Teknik Double Candle.

Contoh False Signal Pada Double Candle - ;

Lihat pada gambar di atas , kalau di lihat muncul double candle pada
timeframe m15 , harga seolah-olah nak jatuh dan pada akhirnya harga masih
meneruskan perjalanan ke atas dan berjaya break previous high.
Kalau ambil scalping dalam skala kecil pun tidak begitu berbaloi jika di kira-kira
pips yang kita ambil serta spread yang tinggi.
SCALPING DENGAN DOUBLE CANDLE
Dalam teknik DOUBLE CANDLE , scalping bukan lah keutaamaan.
Namun begitu anda masih boleh menggunakan teknik ini dengan
cara scalping.
Saya mencadangkan timeframe m30 sahaja. Kerana timeframe ini
lebih mudah dapat setup double candle dan lebih valid untuk
scalping. Dan ianya lebih berbaloi kerana scalping menggunakan
timeframe m30 ini lebih banyak profit yang kita perolehi.
Take profit yang di cadangkan adalah dalam 15-10 pips sahaja dan 25
pips untuk cross pair. Stop loss rujuk pada cara sebelum nya.
Contoh scalping – ;
Gambar di atas merupakan matawang eurousd , saya ada open
position scalping semalam namun tak sempat saya screen shoot
sebab harga bergerak terlalu pantas.
Tips untuk scalping m30 , lihat double candle sebaris. Pengulangan
sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali. Selalu nya , akan ada
pergerakan yang laju dan pantas jika muncul candle sebegini di area
resistance.
Kalau kita lihat pada gambar di atas , scalping sahaja mampu kumpul
profit sehingga 25 pips. Ianya sangat berbaloi.
Saya juga mencadangkan matawang major sahaja kerana spread
yang tidak terlalu tinggi.
Contoh Major Pair – Matawang yang melibatkan USD
GBPUSD
EURUSD
USDCHF
USDJPY
USDCAD
AUDUSD
Contoh Minor Pair – Matawang tidak berkaitan dengan USD
manakala major currency yang berpasangan selain USD juga dikenali
sebagai cross pair.
AUDJPY
EURCHF
EURCAD
GBPCAD dll.
INTRADAY DENGAN DOUBLE CANDLE
Dengan teknik double candle , keutamaan adalah intraday. Kerana
ianya setup yang boleh di gunakan setiap hari dan sentiasa
berlakunya pengulangan dalam market.

Saya tak ulas banyak mengenai intraday dalam bab ini , kerana anda
boleh rujuk semula pada awal bab saya ulas mengenai pair GBPJPY.
Setup tersebut merupakan setup intraday yang saya gunakan.
Contoh lain..

Rujuk pada gambar di atas , cubaan masuk position sell pada


komoditi iaitu XAUUSD atau juga di kenali sebagai GOLD.
Saya masuk position pada hari ini 11 April 2019.
Ini adalah setup intraday yang saya gabung menggunakan trendline.
Cuba lihat harga selepas masuk position SELL intraday bagi XAUUSD

CONTOH DOUBLE CANDLESTICK BULLISH DAN BEARISH


GABUNGAN TRENDLINE , EMA200 DAN DOUBLECANDLESTICK

Seperti yang kita sedia ketahui , ramai trader yang mahir


menggunakan trendline dan Moving Average.
Oleh yang demikian , saya telah meneliti beberapa lama nya untuk
melihat rentak penggunaan EMA200 dengan trendline.
Umpamanya , trendline ini adalah sahabat karib bagi ema200.
Kalau di ikut segi logikal , fungsi kedua-duanya adalah sama. Tapi
untuk mengukuhkan lagi syarat. Seeloknya guna kedua-dua sekali.
Jika anda kurang mahir dalam menggunakan trendline , maka anda
boleh sahaja menggunakan ema200.
Contohnya - ;

Dalam gambar di atas , di garisan trendline tersebut semuanya


muncul double candle , dan kalau di perhatikan Target profit
terdekat adalah di double candle pada box kelabu iaitu berhampiran
ema200.
Kebiasaan nya , saya akan marking trendline melalui skala besar di
timeframe h4.
Dan skala kecil pada timeframe h1. Dan di sini saya akan dapat dua
target profit yang mungkin bakal terjadi.
Sekiranya target profit hit pada TP1 dan berlaku breakout di ema200
dan candle close bawah ema200 , ini bermakna kejatuhan harga
pada trendline skala kecil yang saya marking pada timeframe H1
akan berlaku. Ianya hanya analisa sahaja. Ketepatan analisa hanya
bergantung pada teknikal sahaja dan tidak melibatkan sebarang
kesan daripada hasil fundamental.

BONUS – :
UNTUK MEMASTIKAN TEKNIK INI BERHASIL DAN KONSISTEN , ANDA
DI SYORKAN MENGGUNAKAN AKAUN DEMO DAHULU SEBELUM
MENGGUNAKAN REAL AKAUN.
TRADE SMART AND BE WISE.
GUD LUCK!!
FOLLOW CHANNEL TELEGRAM DI SINI
https://t.me/joinchat/GhQlpBJYOmhShrGc0UgppQ

GUDANG FOREX 2017 - GFAH


Dapatkan info2 percuma mengenai forex...dan dptkan analisa
percuma setiap hari dan juga signal2 yg menarik dari GFAH 😊
https://t.me/shahwafx

4 TIMEFRAME -NAKED CHART BY SHAH10PIPS


Follow sini... analisa percuma untuk mereka yg serius ingin belajar
dalam forex... bukan skadar marking line , saya bg detail
penerangan... boleh direct pm @Shah10pips apa yg tak faham... ok
bosku😎
https://t.me/NakedChart10Pips
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai