Anda di halaman 1dari 2

EDUP3013 – FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Tugasan Tutorial 3

Nama: Nur Mashitah binti Mustafa


Kumpulan: PISMP PI4620

Soalan Esei:
Jawab semua soalan berikut:

1. Falsafah Pendidikah dibentuk berdasarkan ideologi dan falsafah sesebuah negara


tertentu. Huraikan implikasi Falsafah terhadap sistem pendidikan di sesebuah
negara.
- Terdapat tiga implikasi falsafah terhadap sistem Pendidikan di sesebuah negara
iaitu implikasi terhadap kurikulum, implikasi terhadap pendidik dan implikasi
terhadap institusi Pendidikan.
- Implikasi terhadap kurikulum ialah perubahan sukatan pelajaran yang
berorientasikan kepada program bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis. Selain itu, dengan adanya bahan-bahan pelajaran yang
mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran
contohnya subjek Pendidikan moral.
- Implikasi terhadap pendidik pula ialah perubahan sikap peribadi pendidik sendiri
dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan
tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, pelbagai strategi
dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang
berilmupengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.
- Implikasi terhadap institusi Pendidikan ialah perubahan kemudahan-kemudahan
supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial, secara menyeluruh dan
seimbang. Contohnya, kemudahan yang penuh dengan alat teknologi.

2. Buat analisis tentang kepentingan Falsafah Pendidikan kepada guru.


- Kepentingan falsafah Pendidikan kepada guru amat memainkan peranan yang
penting agar guru-guru dapat mendidik anak murid dengan berjaya. Dengan itu,
dengan adanya falsafah ini dapat menjadi panduan untuk para guru dengan
mengamalkan kemahiran professional. Kemudian, berusaha dalam mencari ilmu
dan pelbagai kemahiran. Selain itu, dapat melahirkan guru yang berkualiti dan
kreatif serta berpegang teguh kepada agama. Kesimpulannya, jika para pendidik
berpegang kepada Falsafah Pendidikan kebangsaan dalam melaksanakan tugas
mereka, maka sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi
kenyataan.

Anda mungkin juga menyukai