Anda di halaman 1dari 6

TAFSIR DAN TAKWIL

DEFINISI TAFSIR
BAHASA
• Penjelasan terhadap sesuatu maklumat yang sedia ada supaya mudah difahami
(Ibn Faris dan Ibn al-Manzur).
• Keterangan, penjelasan dan kupasan terhadap sesuatu.

ISTILAH
• Pengulangan kata-kata menggunakan perkataan lain yang lebih mudah difahami.
• Ilmu yang membahaskan tentang cara menuturkan lafaz-lafaz al-Quran,
membahaskan petunjuk-petunjuknya dan hukum-hakamnya sama ada secara
bersendiri atau berkelompok.
• Mensyarahkan al-Quran iaitu dengan menerangkan maknanya dan menjelaskan
apa yang dikehendaki oleh firman Allah (Al-Kilbi)
DEFINISI TAKWIL
BAHASA
• Berasal daripada al-Awl bermaksud al-Ruju iaitu kembali ke belakang dan mundur daripada makna
zahir.
• Ibnu al-Manzur: pentafsiran yang berlainan terhadap terjemahan sesuatu susunan perkataan ayat
yang asal.
• Salah Abdul al-Fatah: Proses penjelasan dan penghuraian terhadap maksud tersirat yang
dikehendaki dalam sesuatu susunan perkataan.

ISTILAH
• Ibnu al-Jarir al-Tabari menerangkan maksud dengan mentafsirkan perkataan dan menjelaskan
pengertian maksudnya sama ada ia bersesuaian dengan zahir ayat atau bertentangan.
• Manna al-Qattan: Memalingkan lafaz daripada makna pertama kepada makna kedua iaitu makna
yang paling dikehendaki maksudnya berdasarkan konteks ayat dengan dalil atau bukti yang
menyertainya.
PERBANDINGAN TAFSIR DAN TAKWIL
Tokoh Tafsir Takwil
Berdasarkan dan dalil-dalil Berdasarkan huraian dan
Abu Mansur al- disepakati oleh para ulama tafsir
dalil-dalil yang tidak
Maturidi disepakati oleh para ulama
tafsir
Penelitian huraianterhadap Penelitian huraian
Abu Talib al- maksud ayat-ayat al-Quran yang terhadap maksud ayat-
Thalabi
tersurat ayat al-Quran yang tersirat
al-Baghawi & al- Tumpuan kepada makna zahir ayat Melangkau makna zahir
Thalabi al-Quran semata-mata ayat kepada maksud lain
Penghuraian terhadap makna yang Penghuraian terhdap
Al-Alusi hampir dengan sesuatu ayat makna yang jauh dengan
sesuatu ayat
CONTOH
‫اء ن َ ْص ُر الل َّ ِه َوال ْ َفتْ ُح‬
َ ‫ِإ َذا َج‬
Terjemahan: Apabila telah datang pertolongan Allah dan
kemenangan
(Surah Al-Nasr; 1)

• TAFSIR
Apabila Allah membantumu wahai Muhammad dengan
memberikan ‘pertolongan’ untuk menewaskan orang-orang kafir
quraisy dan memberikan ‘kemenangan’ untuk kembali
menguasai Kota Mekah
• TAKWIL
Ibn Abbas menyebut bahawa ayat ini merupakan sebahagian daripada
tanda tibanya hari kewafatan nabi SAW. Hal ini kerana apabila Islam
sudah mendapat kemenangan, bererti agama ini sudah sempurna.
Apabila agama ini sudah sempurna, bererti tugas rasulullah SAW akan
selesai. Apabila tugas bagin SAW selesai, bererti baginda SAW akan
kembali menghadap Allah SWT (wafat).

Takwil ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas

Anda mungkin juga menyukai