SOALAN : KETAKSAMAAN DALAM PENDIDIKAN ADALAH MATLAMAT UNTUK MENYEDIAKAN
PELUANG PENDIDIKAN YANG SAMA UNTUK SEMUA. BERCAKAP MENGENAI KETAKSAMAAN
BUKANLAH SATU PERKARA YANG MUDAH. BANYAK ISU YANG TERLIBAT ANTARANYA TERMASUKLAH BAHASA, LAYANAN GURU, GENDER DAN KAUM SERTA PENCAPAIAN AKADEMIK. BERDASARKAN ISU YANG DIBERI, HURAIKAN BAGAIMANA SESEORANG GURU DAPAT MEMAINKAN PERANAN YANG BERKESAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA YANG PELBAGAI SOSIOBUDAYA.
Guru merupakan agen sosialisasi yang penting dalam menyatupadukan pelajar
pelbagai kaum, seterusnya membentuk kesedaran generasi muda mengenai tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara. Berdasarkan ketaksamaan seperti bahasa, layanan guru, gender, kaum serta pencapaian akademik, guru memainkan peranan yang berkesan dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai sosiobudaya. Pertama, guru harus mewujudkan rasa penerimaan dan layanan yang adil kepada semua anak-anak muridnya. Guru hendaklah sanggup untuk mendalami segala perkara yang membezakan anak-anak muridnya seperti latar blakang, bahasa, kepercayaan, agama dan sebagainya. Sebagai contoh, situasi murid-murid yang beragama islam adalah sedikit dalam kelas dan mereka sedang berpuasa di bulan ramadan. Patutkah guru tersebut memberikan kebebasan kepada anak-anak muridnya yang bukan beragama islam makan dan minum secara bebas dalam kelas?. Apabila keadaan ini berlaku, perasaan tidak selesa atau tidak diterima akan dirasai dalam kalangan murid beragama islam. Sudah tentu juga dalam kalangan murid- murid tidak ada suasana yang membolehkan nilai saling menghormati diterapkan dalam diri pelajar. Sebaik-baiknya guru harus terangkan keadaan rakan-rakan mereka yang beragama islam sedang menjalani ibadah puasa yang memenatkan, oleh itu mereka semua memerlukan sokongan daripada rakan-rakan tidak seagama yang lain agar tidak tewas pada nafsu. Salah satu cara memberikan sokongan adalah tidak makan dan minum di hadapan mereka. Kedua, penggunaan strategi pembelajaran koperatif dalam bilik darjah. Strategi ini berfokus pada proses yang membantu murid untuk berinteraksi antara satu dengan yang lain bagi mencapai satu matlamat khusus dalam suatu pembelajaran. Guru harus sedar bahawa dalam bilik darjahnya bukan sekadar perbezaan berkenaan aspek budaya sahaja, malahan anak-anak muridnya juga akan ada perbezaan dari segi gaya dan tahap pembelajaran. Oleh itu,cara ini sesuai bagi murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian berbeza bagi bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan, memastikan pencapaian kumpulan, saling membantu dan berinteraksi. Dalam strategi ini, murid-murid harus dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kumpulan tersebut harus terdiri daripada murid-murid pelbagai aras kemahiran, dalam konteks ini, murid-murid yang berbagai latar, khususnya dari pelbagai etnik dan taraf sosial. Dapat dilihat dengan jelas di sini bahawa strategi ini bukan sahaja sesuai bagi mencapai objektif pembelajaran, malahan ia dapat mewujudkan persefahaman antara murid dan sangat berkesan bagi menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, ketepatan, kesungguhan dan sebagainya. Interaksi dan kerjasama yang lebih kerap antara murid akan mewujudkan suatu hubungan dan persefahaman yang erat dalam kalangan murid walaupun berlainan bangsa dan budaya. Peranan guru yang terakhir adalah pemilihan bahan sumber pembelajaran yang digunakan dalam bilik darjah. Di bahagian ini, tidak akan disentuh berkenaan pemilihan bahan sumber yang membantu dalam meningkatkan motivasi dan pembelajaran murid, tetapi melihat bagaimana peranan bahan sumber pembelajaran yang sesuai dapat membantu guru menerapkan nilai perpaduan dalam diri murid-muridnya. Guru mungkin boleh pelbagaikan latar budaya yang berlainan dalam sesi pengajarannya. Contohnya dalam pengajaran mengenai perayaan, guru boleh memaparkan perayaan setiap kaum di Malaysia serta membawa makanan tradisional yang terlibat dalam perayaan tersebut. Secara keseluruhannya, guru memainkan peranan penting sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan kaum di sekolah. Pelbagai kaedah yang berkesan perlu digunakan oleh guru untuk mencetuskan kesedaran pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara dan kepentingan perpaduan dalam kalangan kaum.
ASPEK PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK Murid Yang Terdiri Daripada Pelbagai Bangsa Perlu Bersosial Dalam Kelompok Mereka Terutamanya Dalam Melakukan Aktiviti Pembelajaran
ILMU PERUBAHAN DALAM 4 LANGKAH: Strategi dan teknik operasional untuk memahami bagaimana menghasilkan perubahan signifikan dalam hidup Anda dan mempertahankannya dari waktu ke waktu