Anda di halaman 1dari 3

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD KOTA SETAR 2018

SYARAT- SYARAT PERTANDINGAN

1. TARIKH, MASA DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 24 Januari 2018


Masa : 7.30 pagi
Tempat : SMK Tengku Laksamana

2. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini pada keseluruhannya dijalankan mengikut undang-undang Kesatuan


Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Peraturan am Majlis Sukan Sekolah Malaysia
(MSSM) dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Kedah
(MSSK).

3. JENIS PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan secara individu sahaja.

4. KATEGORI PENYERTAAN, HAD UMUR DAN JARAK LARIAN

4.1

BIL KATEGORI & HAD UMUR PESERTA JARAK LARIAN


LELAKI BAWAH 18 TAHUN
1. 8 km
( Tidak lebih 18 tahun pada 01.01.2018)
LELAKI BAWAH 15 TAHUN
2. 6 km
( Tidak lebih 15 tahun pada 01.01.2018)
PEREMPUAN BAWAH 18 TAHUN
3. 6 km
( Tidak lebih 18 tahun pada 01.01.2018)
PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN
4. 6 km
( Tidak lebih 15 tahun pada 01.01.2018)
LELAKI BAWAH 12 TAHUN
5. 4 km
( Tidak lebih 12 tahun pada 01.01.2018)
PEREMPUAN BAWAH 12TAHUN
6. 4 km
( Tidak lebih 12 tahun pada 01.01.2018)

4.2 Seorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur
sahaja bagi pertandingan ini. Peserta tidak dibenarkan menyertai pertandingan
dalam kumpulan umur lebih tinggi daripada kumpulan umurnya.

4.3 Semua peserta hendaklah bersedia menunjukkan kad pengenalan / salinan sijil
kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan sekolah peserta
berkenaan sekiranya ada bantahan.

5. PETA LALUAN ( Dibentangkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan )

6. PENDAFTARAN PESERTA

6.1 Setiap sekolah dikehendaki mendaftar satu pasukan sahaja bagi setiap
kategori pertandingan.
6.2 Setiap kategori dibenarkan mendaftar EMPAT(4) peserta bagi sekolah rendah dan
ENAM (6) peserta bagi sekolah menengah
6.3 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada Borang Pendaftaran Rasmi yang
disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
6.4 Setiap sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap peserta yang
didaftarkan sihat dan berkemampuan untuk menyertai pertandingan ini serta
mendapat surat kebenaran waris.

6.5 Borang penyertaan yang telah lengkap diisi berserta dengan salinan fotostat Kad
Pengenalan atau Sijil Lahir yang disahkan hendaklah dihantar pada atau sebelum
22 JANUARI 2018 kepada :

SMK Tengku Laksamana


Jalan Kuala Kedah, Telok Cengai
06600 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
No. Tel : 04-7716482
No. Faks : 04-7721482
Email : kee2108.ppdks@gmail.com

7. KELAYAKAN PESERTA

7.1 Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah kerajaan, sekolah agensi
kerajaan lain dan sekolah swasta yang berdaftar dengan MSSK layak menyertai
kejohanan ini.
7.2 Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan rasmi Kementerian
Pelajaran Malaysia tidak layak menyertai kejohanan ini.
7.3 Pelajar Tingkatan 6 Rendah boleh didaftar dalam Kategori Bawah Umur 18 tahun.

8. HADIAH DAN SIJIL

8.1 Hadiah dan Sijil Pemenang – Tempat 1 hingga ke 15 sahaja bagi setiap kategori.

9. NOMBOR PESERTA

9.1 Mengikut nombor dan huruf yang telah ditetapkan seperti yang digunakan semasa
Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota Setar.
9.2 Setiap peserta hendaklah memakai sepasang nombor di depan dan di belakang baju
peserta dan disematkan dengan pin pada keempat-empat penjuru kain nombor.
9.3 Setiap sekolah dikehendaki menyediakan kain nombor masing-masing. Warna kain
adalah seperti berikut :

KATEGORI UMUR

LELAKI LELAKI LELAKI PEREMPUAN PEREMPUAN PEREMPUAN


18 tahun 15 tahun 12 tahun 18 Tahun 15 Tahun 12 Tahun

BIRU HIJAU KUNING MERAH UNGU JINGGA


10. PAKAIAN

10.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas sewaktu mengambil


bahagian dan semasa majlis penyampaian hadiah.

11. PEMBATALAN PESERTA

11.1 Peserta-peserta yang tidak lengkap tanda-tanda pengenalan atau


pengesahan larian yang akan dinyatakan semasa taklimat akan dibatalkan
penyertaannya.

12. BANTAHAN

12.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat dengan mematuhi Prosedur Peraturan 147 KOAM.
12.2 Bantahan mengenai keputusan hendaklah dilakukan dalam masa SEPULUH
( 10 ) MINIT selepas keputusan rasmi diumumkan.
12.3 Sebarang bantahan bertulis kepada JURI RAYUAN mestilah disertakan dengan
wang pertaruhan sebanyak RM 100.00 ( Ringgit Malaysia : Satu ratus sahaja )

13. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

13.1 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak


tersedia dalam peraturan ini dan Peraturan Am MSSK / MSSM dan Undang-
undang KOAM.
13.2 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan,
kemalangan, dan kehilangan harta benda kepunyaan peserta dan pegawai
semasa pertandingan dijalankan.
13.3 Walau bagaimanapun, pihak pengelola berusaha untuk mengambil langkah-
langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan peserta dan pegawai terjamin
semasa pertandingan ini.

14. PENGUJIAN LALUAN

14.1 Pihak sekolah boleh membuat latihan pengujian laluan pada 22 Januari
2018 mulai jam 5.00 petang.

15. BAYARAN PENYERTAAN

15.1 Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 secara tunai dan dibayar
kepada URUSETIA pada atau sebeleum 22 Januari 2018.

Disediakan oleh :
Pengerusi Teknik Balapan & Padang MSSD Kota Setar

Anda mungkin juga menyukai