Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM ANTOLOGI KREATIF IPG KPM 2020

1. Latar Belakang Program Antologi Kreatif IPG KPM

a. Tarikh Penulisan : 1 April – 15 Jun 2020


b. Konsep Penulisan : Warga IPG KPM diminta (WAJIB) mencipta Sajak,
Pantun atau Syair, dengan memasukkan elemen-elemen NILAI dalam
karya masing-masing.
c. Editing : 16 Jun – 30 September 2020
d. Penerbitan : 1 Oktober – 31 Disember 2020

2. Objektif

a. Meningkatkan semangat penciptaan kreatif dalam kalangan warga


IPGKPM di samping menyemarakkan semangat dekad membaca;
b. Menyemai semangat cintakan membaca dalam kalangan warga
IPGKPM kerana semangat ini akan mendorong kepada pemikiran
kreatif dan inovatif yang akan membawa kepada budaya membaca;
c. Membentuk budaya membaca dan menambah ilmu pengetahuan
dalam kalangan warga IPGKPM selaras dengan matlamat Dekad
Membaca.

3. Syarat-syarat Penulisan

a. Wajib kepada semua warga IPGKPM


b. Syarat seperti yang dinyatakan (lihat spesifikasi Sajak, Pantun dan
Syair))
c. Karya kreatif adalah nukilan asli dan belum pernah diterbitkan
atau dipertandingkan.
d. Elemen NILAI perlu dimasukkan merangkumi semua bidang.
e. Sebarang penggunaan perkataan yang mengandungi unsur-unsur
sensitiviti dan provokasi yang menyentuh sensitiviti kaum, agama
dan politik adalah tidak dibenarkan;
f. Setiap karya perlulah ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa
Inggeris dan tidak melebihi 150 patah perkataan;
g. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penghasilan karya kreatif
dan hanya yang memenuhi syarat akan diterbitkan.
h. Semua penulisan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh
Panel Penilai.
i. Bilangan penyertaan adalah tidak terhad.
j. Penyelaras Pusat/Pejabat Pendaftar/Unit IPGM dan Penyelaras IPG
Kampus perlu menghantar Karya yang telah di sunting (edit)
berdasarkan syarat-syarat penulisan dalam bentuk softcopy CD (Pdf
dan word) kepada Pusat Pembangunan Latihan IPGM sebelum atau
selewat-lewatnya pada 30 Sepetember 2020.
Spesifikasi Sajak

• Sajak berbentuk karangan berangkap, berbentuk bebas dan tidak terikat


pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan
sebagainya.
• Sajak mestilah menepati elemen NILAI.
• Sajak yang mengandungi unsur NILAI tetapi tidak bersifat provokasi atau
sensitiviti.
• Sajak tidak melebih 150 patah perkataan.
• Sajak yang dihantar mestilah menggunakan Font Arial, 12 dengan spacing
1.15.

Spesifikasi Pantun

• Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun empat
baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud.
• Rima hujung baris mestilah berpolakan “a,b,a,b” .
• Pantun yang dihantar mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 rangkap
keseluruhannya.
• Pantun mestilah menepati elemen NILAI tetapi tidak bersifat provokasi atau
sensitiviti.
• Hasil kreatif pantun adalah nukilan asli dan belum pernah diterbitkan atau
dipertandingkan.
• Pantun yang dihantar mestilah menggunakan Font Arial, 12 dengan spacing
1.15.

Spesifikasi Syair

• Syair yang dibenarkan hanyalah jenis empat baris serangkap.


• Jumlah suku kata dalam setiap baris antara 8-14 suku kata.
• Rima akhir syair berakhir dengan “a,a,a,a” .
• Syair tidak perlu ada sampiran/pembayang seperti pantun.
• Semua baris mengandungi isi/maksud.
• Di antara satu rangkap dengan rangkap lain ada pertalian maksud.
• Keseluruhan rangkap syair merupakan kesatuan maksud/ isi/ penceritaan.
• Syair boleh disampaikan dalam bentuk penceritaan dongeng, cerita biasa,
petua dan nasihat.
• Syair mestilah menepati elemen NILAI tetapi tidak bersifat provokasi atau
sensitiviti.
• Hasil kreatif syair adalah nukilan asli dan belum pernah diterbitkan atau
dipertandingkan.
• Syair yang dihantar mestilah menggunakan Font Arial, 12 dengan spacing
1.15.
BORANG PROGRAM ANTOLOGI KREATIF IPG KPM 2020
SAJAK

Nama
No. K/P
IPG KPM
Pusat/Jabatan/Unit
No. Tel. (H/P)
E-mel
Tajuk

Hasil Nukilan :
BORANG PROGRAM ANTOLOGI KREATIF IPG KPM 2020
PANTUN

Nama
No. K/P
IPG KPM
Pusat/Jabatan/Unit
No. Tel. (H/P)
E-mel
Tajuk

Hasil Nukilan :
BORANG PROGRAM ANTOLOGI KREATIF IPG KPM 2020
SYAIR

Nama
No. K/P
IPG KPM
Pusat/Jabatan/Unit
No. Tel. (H/P)
E-mel
Tajuk

Hasil Nukilan :

Anda mungkin juga menyukai