Anda di halaman 1dari 3

TAJUK ISU :

PEMUTUSAN UNIVERSITI DALAM MENJALANKAN PEMBELAJARAN


SECARA MAYA
Muhammad Nurharfizzie bin Mohd Harfizzan

Pada April 2020 bermulanya fasa Pra pelaksanaan PPJ telah dilaksanakan bagi
meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran setelah terhenti buat seketika akibat daripada
wabak COVID-19 yang melandakan seluruh dunia. Pelaksanaan PPJ ini telah diumumkan
melalui pekeliling Timbalan Naib Canselor (Akademik dan antarabangsa), TNCAA Bil
1/2020. Pekeililing ini adalah penjelasan TNCAA kepada mahasiswa/i mengenai pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh penguatkuasaan perintah kawalan
pengerakan (PKP) dilaksanakan ketika negara sedang bergelut dengan masalah wabak covid-
19 ini. Tempoh Pra pelaksanaan PJJ ini adalah fasa penting bagi meneruskan kelangsungan
pengajaran dan pembelajaran dalam suasana norma baharu ini. Ia menjadikan peranan pihak
berkaitan secara langsung terbabit dengan mahasiswa memerlukan lebih penelitian dan
hikmah.

Apabila pelaksanan Pengajaran dan pembelajaran jarak jauh ini secara rasminya
dilaksanakan, mahasiswa perlu menyesuaikan diri dengan suasana kuliah maya yang
merupakan norma baharu bagi mahasiswa UTHM itu sendiri. Perubahan ini amatlah memberi
kesan kepada warga UTHM samaada pelajar mahupun pensyarah itu sendiri kerana sudah
menjadi kelaziman kaedah pembelajaran konvensional menjadi main stream di UTHM. Pada
masa sama, sudah pasti menguruskan perubahan berkaitan kaedah pengajaran dan
pembelajaran bukan perkara mudah, apatah lagi setelah sekian lama kita mendengar ‘muzik
dan nada’ yang sama. Pelajar perlu bersifat keterbukaan untuk mematuhi segala arahan yang
dikeluarkan oleh pihak universiti supaya pergerakan dan penyampaian maklumat adalah
selari.

Majlis Perwakilan Pelajar UTHM 2019/2020 peka dan prihatin terhadap


kemaslahatan yang dihadapi mahasiswa dalam menempuh era PJJ yang merupakan perkara
baharu bagi mereka. Pada masa inilah yang menjadikan MPP dengan membawa suara
mahasiswa UTHM kepada pihak pengurusan. Sedar atau tidak, wabak ini juga
menyebabkan peranan Mpp menjadi begitu dan relevan dalam memastikan kebajikan
mahasiswa terbela. Tinjauan khas MPP UTHM terhadap keberkesanan pelaksanaan Pra-Pjj
telah dilaksanakan melihat interpretasi yang merangkumi pandangan pelajar UTHM terhadap
keberkesanan pra pembelajaran dan pengajaran jarak jauh. Usaha ini tidak akan berjaya
sekiranya tidak berganding bahu dengan pelajar UTHM itu sendiri. Mahasiswa memberi
Kerjasama sepenuhnya dalam memberi maklumat dan maklum balas supaya perancangan
serta Tindakan awal boleh diambil oleh wakil pelajar dan pihak pengurusan universiti dapat
dilaksanankan secara holistik.

6546 orang mahasiswa UTHM yang terdiri daripada semua fakulti dan tahun
pengajian bahawa tinjauan ini platform untuk melihat sejauh mana keberkesanan Pra-PJJ
yang ditempuh oleh semua pelajar UTHM sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Hasil dapatan tinjaun tersebut sebanyak 52.4 % tidak bersetuju PJJ diimplementasikan
manakala 47.6 % setuju PJJ diimplementasikan sepanjang tempoh PKP yang diumumkan
oleh kerajaan. Peratusan tidak bersetuju PJJ diimplementasikan adalah peratusan tertinggi
berbanding bersetuju. Peratusan ini telah dipengaruhi oleh permasalahan yang dihadapi oleh
pelajar. Antaranya menganggap bahawa pembelajaran secara maya tidak memberi
pemahaman yang mendalam terhadap sesuatu konsep atau teori. Perkara ini terbukti melalui
laporan tinjauan khas tersebut yang seramai 4899 orang pelajar memilih “Ya” berkenaan
dengan persoalan tentang penilaian yang diberikan pensyarah kepada mereka semasa tempoh
Pra-PJJ. Scenario ini merupakam luahan hati pelajar terhadap kebimbangan pelaksanaan PJJ
kerana boleh menjejaskan pemahaman dan penerimaan pembelajaran yang baik.

Akibat pendemik COVID-19 yang melanda negara ini dan seluruh dunia pada masa
kini telah memaksa keperluan untuk mengadaptasikan kepada norma baharu adalah aktiviti
seharian. Pelajar dahulunya dapat pergi kuliah Bersama rakan-rakan, pensyarah mengajar
dihadap kelas, kini tidak lagi kelihatan di kampus, namum begitu, tidak seharusnya
memudarkan semangat belajar mahasiswa UTHM malahan kita perlu memikirkan alternatif
dan bersedia menghadapi cabaran ini dalam lensa norma baharu. Penggunaan teknologi
dalam pelaksanaan PJJ ini sangat penting akan tetapi pendedahan aplikasi berteraskan
teknologi ini berada tahap yang rendah. Sehubungan itu, pihak yang bertanggungjawab dan
memainkan peranan penting seperti fakulti,pensyarah, wakil pelajar dan juga pelajar itu
sendiri dalam mengatasi masalah ini perlu mengambil inisiatif dan penelitian terhadap
perkara tersebut agar proses penyampaian ilmu berjalan lancar. Tindakan untuk memudahkan
semua pihak dalam penggunaan aplikasi teknologi Pendidikan ini adalah tinjauan terhadap
kaedah pembelajaran atau platform pensyarah yang boleh diggunakan oleh pensyarah itu
sendiri seperti AUTHOR UTHM dalam menyampaikan maklumat kursus kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai