Anda di halaman 1dari 2

Soalan 5

Apakah ciri-ciri peribadi yang diperlukan oleh Syafiq untuk menjawat jawatan sebagai
pengurus?
1) Nilai kepimpinan yang tinggi
= Syafiq mesti mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi jika ingin menjawat jawatan
pengurus. Ini kerana nilai kepimpinan mempengaruhi pekerja bawahan syafiq untuk
berusaha ke arah pencapajan sesuatu objektif yang telah ditentukan. Pemimpin yang
berkualiti amat diperlukan. Seseorang pemimpin perlu merancang dan menyusun sesuatu
organisasi, dan memberi inspirasi kepada ahli-ahli dalam sesebuah organisasi agar
mengikuti dan bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan oleh majikan.

2) Bertanggungjawab
=Selain itu juga syafiq mesti mempunyai sikap bertanggungjawab sebagai pengurus.
Nilai ini dapat menjamin seorang pengurus menjalankan tanggungjawab kepimpinannya
dengan telus. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggunjawab juga, seorang pemimpin
akan bertanggungjawab ke atas setiap tindak tanduk serta arahan yang dikeluarkan oleh
majikan.

3) Bersikap Adil
= Syafiq seharusnya tidak pilih kasih atau pilih bulu dalam melaksanakan tanggungjawab
sebagai pengurus. Setiap yang dipimpin harus diberi hak sama rata tanpa mengira tahap
atau perinkat. Nilai ini amat perlu dalam melaksanakan kepimpinan. Jika tidak berlaku
adil pekerja bawahan syafiq tidak akan memberi komitmen kerja yang tinggi. Kurang
kepercayaan dan kurang rasa hormat pada kita. Jadi syafiq perlulah bersikap adil kepada
setiap kakitangan supaya masalah itu dapat diatasi.
4) Berdisiplin
= Nilai disiplin juga harus dimiliki oleh syafiq sebagai seorang pengurus. Tunggak
kejayaan sesebuah organisasi adalah terus menerus berlandaskan kepada disiplin, baik di
peringkat rendah malah juga di peringkat tertinggi. Patuh dan mengamalkan secara
berterusan segala arahan, peraturan dan ketetapan yang dikenakan oleh sesuatu
organisasi. Perkara ini yang dinamakan disiplin dan pemimpin yang berdisiplin tidak
akan lari dari perkara ini.
5) Berkomunikasi dengan baik
= Akhir sekali berkomunikasi dengan baik juga sangat penting dikuasai oleh syafiq
sebagai seorang pengurus dalam sesebuah organisasi, pada kebiasaannya, seseorang
pengurus memainkan peranan penting sebagai jurubicara. Seseorang jurubicara akan
mewakili sesebuah organisasi dan menyampaikan mesej-mesej daripada organisasinya
dengan efektif. Seseorang jurubicara mempunyai kredibilit yang tinggi serta apabila
berdepan dengan pelbagai persoalan daripada pelbagai pihak tentang organisasinya, dia
mampu menjawab dengan baik. Serta jawapannya dapat diterima.

REFLEKSI

Berdasarkan kajian kes yang telah kami buat mengenai syafiq kami boleh membuat refleksi
bahawa pengurus bertindak membimbing dan pada masa yang sama bergerak seiring bersama
subordinat untuk melaksanakan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan. Pengurus biasanya
mempunyai kuasa bagi membolehkannya melaksanakan dan tanggungjawabnya mengemudi
organisasi di samping menjalankan fungsinya mengetuai subordinatnya. Tugas sebagai seorang
pengurus amat penting kerana ia menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Jika seorang
pengurus tidak dapat mengendalikan sebuah organisasi dengan betul, maka objektif yang ingin
dicapai tidak akan berjaya. Calon untuk menjadi seorang pengurus mestilah mempunyai
kepimpinan yang tinggi, bertanggungjawab, bersikap adil terhadap pekerja bawahan, berdisiplin
dan dapat berkomunikasi dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai