Anda di halaman 1dari 1

kami bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kepada kami ini tepat pada

masanya. Semasa diberikan tugasan ini, kami mengalami kesukaran untuk menyiapkannya kerana
sukar untuk mendapatkan bahan maklumat. Akan tetapi selepas saya menyiapkan tugasan ini,
banyak yang saya telah mempelajari. Banyak cabaran yang saya terpaksa hadapi untuk menyiapkan
tugasan ini lagi-lagi pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang berlangsung. Semasa
menyiapkan tugasan ini, kami mendapati sedikit kesukaran dalam membuat perbincangan kerana
masing-masing berada di tempat yang jauh. Perkara ini menyukarkan kami membuat perbincangan.
Akan tetapi dengan bantuan kemajuan ICT, kami melakukan perbincangan menggunakan aplikasi
ZOOM. Aplikasi ini membenarkan kami untuk bersemuka secara maya. Hal ini memudahkan kami
berbincang dengan lebih mudah dan berkesan. banyak lagi cabaran yang kami hadapi namun itu
semua mengajar saya menjadi pelajar yang lebih baik dan komitet dengan kerja yang diberikan.

Selepas menyiapkan tugasan ini, kami mengetahui beberapa perkara yang sangat berguna kepada
kami. Antaranya ialah kami mengetahui bahawa pengambilan pekerja ini bukanlah semudah yang
kita fikirkan. banyak perkara yang majikan perlu pertimbangkan kerana itu semua akan
menggambarkan masa hadapan untuk syarikat majikan itu sendiri. Pemohon perlu mengambil berat
beberapa perkara antaranya ialah pemohon perlu berpengalaman. Menurut Dale (1995)
pengalaman yang dimaksudkan ialah pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang dimohon,
Selain itu, mereka juga perlu menjaga keterampilan mereka. Menurut Lim (1994) keterampilan
memberikan persepsi pertama kepada pihak majikan dalam memilih pekerja. Perkara ini disokong
oleh Yacob (1996) yang menegaskan bahawa keterampilan calon ini penting dalam memilih seorang
pekerja. Dan yang terakhir ialah personaliti. kriteria personaliti dalam amalan memilih pekerja
meliputi aspek-aspek berfikir, sikap, proses pembuatan keputusan dan nilai yang ada dalam diri
seseorang calon. Menurut Dakin (1994) yang menegaskan bahawa personaliti memainkan peranan
dalam pemilihan pekerjaan. Jika semua diatas dimbil berat dalam memohon pekerjaan, pemohon
akan berada selangkah daripada pemohon yang lain

cadanagn saya untuk menambahbaikkan kerja saya pada masa akan datang ialah perbaiki sikap diri
dan menguruskan masa dengan baik. ketika kami menyiapkan tugasan ini, tugasan ini mengajar kami
erti kerjasama dan tolong menolong. Dalam masa yang sama, kami juga berlajar untuk mengagihkan
tugasan dengan adil dan saksama agar tugasan yang diterima tidak bersifat berat sebelah. Kami juga
melakukan tugasan ini bersama-sama dengan rakan sekelas yang lain. Banyak kerjasama dan
kolaborasi antara kami dengan rakan-rakan yang lain dan juga pensyarah yang banyak memberi
tunjuk ajar dalam porses menyiapkan tugasan ini. Kami berharap pada masa akan datang untuk
melakukanmana-mana tugasan bengan lebih baik dari sekarang.

Kesimpulannya, kerja kursus ini sememangnya membantu kami mengetahui serba sedikit mengenai
dunia pekerjaan yang kami akan tempuhi tidak lama lagi. Tanpa kami sedari, kerja kursus ini banyak
memberikan faedah kepada kami secara langsung dan tidak langsung. Oleh itu, kami akan berusaha
sedaya upaya kami untuk meningkatkan mutu kerja kami pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai