Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacaraan Hari Kanak-kanak Sedunia 2019

12 Nov 2019.......

‫ و بركاته‬ ‫ هللا‬ ‫ و رحمة‬ ‫ عليكم‬  ‫السالم‬..‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.. 


Yang  Berusaha, Puan Norizam Bin Sulong, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan 
Gong Kapas,
Yang  Dihormati, Barisan Penolong Kanan,
Encik W Azman bin W Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Zaitun Abdullah, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Encik Syamsul Bahri bin Shafie, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak Sedunia penuh ceria

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke


hadrat Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya,
kita dipertemukan lagi pada pagi ini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa

Majlis dimulakan dengan persembahan daripada murid-murid dari prasekolah


dengan segala hormat dipersilakan…

Seterusnya bagi memberkatikan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-
sama menadah tangan penuh kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis
menjemput Us abdul basit bin yahya untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.......    
                           
 Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Us Abdul Basit
Bin Yahya atas bacaan doa sebentar tadi.
Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, Tuan Ja`Far Bin
Bohari, Guru Besar SK Kangka Tebrau untuk menyampaikan ucapan perasmian
serta simbolik perasmian. Dengan segala hormatnya, dipersilakan#.........

Buah Longan beli sekati,


Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha, Tuan Ja`Far Bin Bohari. \

Seterusnya masjlis diteruskan lagi dengan penyampaian goodies kepada semua


murid oleh semua guru.(akak tolong edit nie jap)

Seterusnya, majlis mempersilakan mohd shafik dari kelas 5 cemerlang dan


shafika dari kelas 6 gemilang untuk membuat persembahan Irama Malaysia.
Dipersilakan........

Begitulah seronok dan hebatnya persembahan yang dipertontonkan sebentar


tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid daripada kelas inspirasi insan


untuk membuat persembahan. Dipersilakan........

Begitulah merdunya suara-suara kakak Tahun Lima memperdengarkan lagu


sebentar tadi. Semoga kita semakin bertambah semangat setelah mendengar
lagu tersebut. Terima kasih diucapkan.
........

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Pra Sekolah untuk


membuat persembahan Pakaian Beragam. Dipersilakan........

Betapa cilik dan bergayanya adik-adik prasekolah membuat persembahan.


Semoga sidang hadirin terhibur........

Seterusnya, majlis diteruskan dengan majlis sambutan hari lahir yang


(dipengerusikan oleh cikgu siti Mariam)
Terima kasih diucapkan kepada cikgu siti Mariam dan tahniah diucapkan kepada
murid-murid yang menyambut hari lahir.(akak edit bagi ayat sedap ckit)

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Enam untuk


membuat persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah
___________________________________. Dipersilakan........

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian hadiah kepada


1) anugerah kehadiran terbaik setiap kelas
2) anugerah sambutan kanak-kanak

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi maka, berakhirlah


majlis kita pada hari ini.

(( Burung kelicap makan padi,


Padi datang dari Medan,
Perut kini sudah berbunyi
Tibalah masa untuk santapan.

Untuk makluman semua murid, sebentar lagi kamu akan diraikan dengan
jamuan di kelas masing-masing..SELAMAT HARI KANAK-KANAK
SEDUNIA...Jumpa lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah..

Ribuan kemaafan kami berdua pohon andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu


`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai