Anda di halaman 1dari 6

BismilLahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis,

Yang Berusaha
Puan Zaini bt Yahaya
Guru Besar SK Paka II

Yang Berusaha
Encik Enchek Rahamat b Mustafa
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK Paka II

Yang Berusaha
Puan Hjh Nor Shamsiah bt Ismail
Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum
SK Paka II

Yang Dihormati
Tn Hj Raffar b Muda
YDP PIBG SK Paka II

Para sahabat guru dan murid-murid yang dikasihi.


Hadirin yang dihormati,

Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih dan berbesar hati kerana pi
hak majlis sudi menjemput saya untuk menyampaikan ucapan wakil guru
dalam majlis pada pagi yang mulia ini.
Sebagaimana yang kita ketahui, majlis ini diadakan adalah untuk meraikan
hari persaraan ke tiga-tiga kakak yang kita sayangi iaitu
Cikgu Noor Rashidah bt Othman, Pen Kanan 1 SK Paka II,
Puan Rogayah bt Awang
dan Puan Rokitas bt Sembok.

Sesungguhnya masa berlalu begitu cepat sekali. Terasa baru semalam saya
mendengar kata-kata yang pernah dilontarkan oleh Cg Rokitas bahawa beliau
ada 3 tahun lagi untuk berkhidmat, namun ternyata hari ini 3 tahun tersebut
telah berlalu.

Kita berasa amat sedih kerana kehilangan 3 orang guru yang sangat kita
hargai dan sayangi dan yang pernah hadir dalam kehidupan kita disk Paka II.

Hadirin yang dikasihi,

Cikgu Noor Rashidah atau lebih mesra kami memanggilnya dengan panggilan
Kak Dah merupakan Guru Pen Kanan 1 yang sangat berdedikasi dalam
menjalankan tugasnya. Sudah masuk 3 tahun kami bersama-sama bekerja
dengan beliau dan saya selaku Penyelaras UPSR merasakan bekerja di
bawahnya adalah suatu yang sangat selesa, bebas dan senang. Beliau juga
mudah untuk dibawa berbincang dan sudah tentu idea-idea yang beliau
kemukakan untuk kepentingan UPSR dan unit-unit di bawahnya merupakan
idea-idea yang terbaik.

Kami guru-guru sangat menghormatinya sebagai seorng kakak yang kami


sayangi dan kami kenal hati budinya sangat baik dan seorang yang
bertanggungjawab. Cikgu Noor Rashidah juga sangat disayangi oleh murid-
murid SK Paka II. Mereka menghormati sikapnya yang tegas dan dalam masa
yang sama beliau sangat mesra dengan anak-anak didiknya.
Para hadirin sekelian,
Kita juga bakal merindui kakak yang sangat-sangat disenangi oleh semua
guru. Itulah kak long kami, Cikgu Rokitas. Semalam genaplah usia beliau 60
tahun dan beliau telah berkhidmat bersama-sama kita selama 9 tahun. Kakak
kita ini telah bersama-sama saya mengurus kedai sekolah selama 6 tahun.
Sudah tentu kami guru kedai sekolah akan merasai ketiadaan beliau di sisi
kami. Sudah tentu anak-anak murid akan tercari-cari suara yang pernah
mereka dengar menjual barangan keperluan sekolah dengan nada yang
berseloroh dan penuh dengan kemesraan. Sudah tentu tiada cerita-cerita
nakal dan gelak ketawa beliau buat pengubat stress kami setelah selesai
urusan kami di kelas.

Hadirin dan hadirat sekelian,


Kami mengenalinya sebagai seorang yang suka bergurau, berseloroh secara
bersahaja, sentiasa ada senyuman di bibirnya walaupun penat melanda,
namun apakan daya, masa telah melabuhkan tirainya semoga Cikgu Rokitas
sentiasa meletakkan kita semua di dalam hatinya.

Hadirin dan hadirat sekelian


Allah SWT telah mengatur kehidupan yang sangat sempurna untuk hamba-
hambanya. Begitu juga dengan perjalanan kehidupan kita di bumi Paka II ini.

Hadirin dan Hadirat sekelian, Izinkan saya untuk bercerita sejarah peribadi
saya bersama insan seterusnya.
Saya yakin saya mengenali insan yang bernama Rogayah bt Awang lebih lama
daripada sahabat-sahabat sekelian iaitu pada tahun 2001, hampir 19 tahun
yang lalu. Beliau ketika itu merupakan guru kelas anak sulung saya di SK Seri
Paka dan ketika itu saya mengajar di SMK Paka. Saya masih ingat kali pertama
saya melihat beliau ketika itu dengan bertudung bawal dan beliau
melontarkan senyuman manis kepada saya. Di dalam hati saya berkata, cikgu
ni mcm pernah aku kenal tetapi hakikatnya itulah kali pertama saya
mengenali beliau.
Insan yang saya anggap sebagai kakak sendiri ini cukup istimewa orangnya.

Seorang yang humble tetapi banyak ilmu di dada, seorang yang cool tetapi
penuh dengan semangat ingin belajar dan terus belajar secara teknikalnya,
seorang yang berjiwa tenang tetapi kerja mempunyai ’high performance skill’
dan uniknya beliau rela tak makan selagi kerja tak siap. Seorang yang sangat
berpengalaman di dalam mengurus kedai sekolah, tak pernah merungut kerja
bertambah dan beliau tidak akan pulang selagi tak siapkan lesson plan. Itu dia
rahsia kakak kita ini.
Disamping itu, Beliaulah tempat saya mengadu, tempat saya mencurah segala
permasalahan saya dan tempat saya berkongsi cerita.... Beliau juga tempat
saya mendapatkan nasihat dan meminta tunjuk ajar. Sudah tentu tiada
pengganti sebagai kakak di hati saya.

Hadirin dan hadirat sekelian


Kak yah juga sangat disenangi oleh kakak dan adek-adek semua. Dengan sifat
lemah lembutnya dan susun kata yang sopan menyebabkan kita semua
terpanggil untuk menyenangi dan menyayngi beliau. Saya yakin sahabat guru
semua bersetuju jika saya katakan kita pasti merindui saat-saat manis kita
bersama beliau.
Di majlis ini, saya mewakili sahabat guru-guru yang lain mendoakan agar ke
tiga-tiga kakak yang kita sanjungi ini sentiasa diberi kesihatan yang sempurna,
dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan berjaya dalam kehidupan dunia
dan akhirat serta mendapat keberkatan dari-Nya dalam setiap perkara yang
dilakukan.

Akhir sekali, saya mewakili rakan-rakan yang lain ingin memohon maaf atas
segala kesalahan dan kesilapan yang telah kami lakukan sepanjang kita
bersama-sama berkhidmat di sekolah ini

Semoga hubungan ukhwah dan persaudaraan diantara kita sentiasa terjalin


walaupun di mana kita berada dan sebelum saya mengundur diri, saya akhiri
ucapan saya dengan rangkap-rangkap pantun:

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh ribuan batu,
Hilang di mata, di hati jangan.

Pulau pandan jauh di seberang, Naik rakit bersama kemudi,


Tempat bermain si ikan haruan, Kemudi di bawa di dalam peti,
Kakak-kakak semua akan kami kenang, Banyak budi perkara budi,
Menjadi ingatan sepanjang zaman . Budi mu kakak kami
hargai.

Sekian, terima kasih..... Selamat Maju jaya. wabillahi taufiq


walhidayah,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai