Anda di halaman 1dari 4

SOCIAL STORY / CERITA SOCIAL

Tujuan

1. Tujuan utama ABM ini dihasilkan ialah untuk Mengurangkan masalah tingkah laku
murid berdasarkan cerita sosial yang dipelajari.

2. Meningkatkan kemahiran berbahasa murid


Dapat meningkatkan kemahiran berbahasa semasa sesi bercerita. Murid juga akan
lebih yakin dan mahir untuk bertutur sekiranya sering bercakap.

3. Kecerdasan logical
Akan diperoleh semasa mereka membilang nombor, meneroka setiap gambar dan
menghubungkait setiap gambar untuk memahami cerita.

4. Kecerdasan interpersonal
Boleh didapai semasa berinteraksi dengan rakan ketika aktiviti kumpulan dijalankan.
Pembelajaran melalui aktiviti kumpulan sangat memberi kesan positif kepada murid.

5. Intrapersonal
Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Murid akan
cuba untuk memahami perasaan dalaman dan perhubungan dengan orang lain,
kelemahan dan kekuatan yang ada semasa aktiviti ini.

6. Kecerdasan visual

Meningkatkan kecerdasan visual murid berasarkan gambar-gambar yang perlu


dihubungkaitkan semasa sesi bercerita. Murid –murid istimewa lebih mudah untyuk
bercerita berdasarkan gambar berbanding dalam bentu tulisan.

Puzzle

Tujuan

1. Menggalakkan interaksi yang sihat antara murid-murid khas semasa menyiapkan

cantuman puzzle dalam kumpulan.


2. Merangsang pemikiran murid untuk menyelesaikan masalah.

3. Meningkatkan kreativiti murid semasa bermain.

4. melatih tahap fokus dan perhatian murid terhadap tugasan seperti aktiviti

menyusun kepingan-kepingan puzzle yang betul.

5. Melatih murid untuk bersabar sekiranya tersekat semasa mencantum kepingan puzzle.

Nombor

1. Meningkatkan kemahiran matematik murid seperti membilang nombor dengan


konsisten, menyusun nombor menaik dan menurun, meneka nombor, dan mencari
nombor yang sama dalam aktiviti ini.
2. Melatih murid untuk lebih fokus semasa aktiviti dijalankan kerana murid perlu
peka untuk mendengar huruf yang disebut oleh guru.
3. Meningkatkan daya ingatan murid terhadap nombor.
4. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
Apple tree

Tujuan

1. Membantu murid belajar konsep tambah dan tolak sambil bermain.


2. Motor halus murid dapat dilatih kerana permainan ini melibatkan gerakan otot
–otot jari dan tangan untuk menggantung buah.
3. Mengenal warna
4. Meningkatkan kemahiran sosial murid semasa menjalankan aktiviti
5. Meningkatkan daya tumpuan murid untuk belajar dalam keadaan yang
menyeronokkan.
6. Meningkatkan koordinasi mata tangan semasa aktiviti dijalankan.
7. Meningkatkan kemahiran mendengar murid apabila mendengar arahan guru.
8. Mengajar murid untuk menunggu giliran semasa bermain.

Anda mungkin juga menyukai