Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN MINGGU SAINS PPKI SKSJ

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai


kekuatan dan kelemahan yang ada bersama mereka. Sebagai pendidik, guru-
guru seharusnya memikirkan bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan
pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam pengajaran bagi membantu kanak-
kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani kehidupan secara
optimumPengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan
kepelbagaian teknik yang bersesuaian berserta penggunaan sumber dengan
mengambil kira kemahiran yang ada dan perlu mereka capai (Yasmin, 2000;Khatijah
& Yasmin 2006). Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak ini melalui
perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor
mereka.

Kanak-kanak berkeperluan khas yang datang ke sekolah kadang-kadang


mempunyai masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah motor, sosialisasi
dan masalah emosi. Bagi membantu kanak-kanak ini mencapai potensi yang
maksimum sesuai dengan keupayaan mereka. Sehubungan dengan itu, guru-guru
PPKI SKSJ telah mengadakan satu program berunsur sains untuk membantu kanak-
kanak mencapai potensi diri mereka. Antara aktiviti yang terkandung dalam program
ini ialah Eksperimen letusan gunung berapi, mencari dan menangkap serangga,
Eksperimen bahan asid dan alkali serta Eksplorasi flora.

Program ini diadakan pada 5 dan 7 Oktober 2017 ( Isnin dan Selasa) bertempat di
kawasan sekolah. Antara objektif lain program ini adalah untuk :

 memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan kemahiran dan


pengetahuan yang mereka perolehi daripada pengajaran secara langsung
dan mengabungkan dalam pendekatan projek.
 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan perkembangan
intelektual melalui dalam melakukan pemerhatian dan penyiasatan untuk
pengalaman dan persekitaran mereka
 Memberi peluang untuk menggunakan kemahiran literasi dan numerasi dalam
projek yang diikuti.
 Menerapkan unsur terapi carakerja kearah membantu individu bermasalah
fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima mungkin.
 Memberi peluang kepada murid pendidikan khas untuk bersosialisasi dan
berkomunikasi dengan masyarakat luar.

Sepanjang program ini berlangsung, murid- murid menunjukkan minat yang


mendalam disamping saling bekerjasama dalam pasukan. Besar harapan guru-guru
agar dapat meneruskan program ini di masa hadapan agar potensi dan
kecenderungan murid dapat digilap dan dikenalpasti.

Disediakan Oleh Disemak Oleh :

…………………………………. ……………………………..
(NOOR FADZILLA BT. MAHMAD RAZALI)
S/U Progam

Disahkan Oleh :

……………………………………
LAMPIRAN

EKSPERIMEN LETUSAN GUNUNG BERAPI

CARI DAN TANGKAP SERANGGA


EKSPERIMEN ASID DAN ALKALI

EKSPLORASI FLORA

Anda mungkin juga menyukai