Anda di halaman 1dari 1

BAB 3

KEPIMPINAN PENGETUA

Pengetua adalah jawatan atau akar umbi yang mucul daripada konstituensi yang tertentu dan harus
diterima oleh ahli konstituensi sekolah walaupun pada lazimnya kehadiran seseorang pengetua tidak
boleh ditolak. Tugas seorang pengetua amat mencabar dan memerlukan darjah profesionalisme yang
tinggi. Segala cabaran perlu ditangani dengan secara prpfesional. Seorang pengetua cemerlang dapat
membina organisasi sekolah yang cemerlang. Cara untuk membezakan pengeta yang cemerlang dengan
tidak ialah melihat pada aspek kepimpinan. Pengetua yang hebat akan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan profesionalisme bagi memajukan diri. Pengetua yang hebat juga harus mempunyai daya
kepimpinan yang hebat iaitu bersifat relational iaitu hubungan antara pemimpin dengan ahli organisasi
yang menggalakkan dan memastikan penyertaan semua dalam setiap aktiviti.

Kepimpinan bukan sahaja memberi penekanan kepada aspek pengurusan umum malah ia juga perlu
selari denngan kepimpinan pengajaran. Sesebagai pemimpin masa hadapan, seorang pengetua harus
memahami diri sendiri, cuba memahami orang lain disekelilingnya dan menjemput orang lain secara
personal dan professional.

Seorang pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mempunyai gaya kepimpinan yang hebat dan
bersesuaian dengan cabaran-cabaran masa kini.

Anda mungkin juga menyukai