Anda di halaman 1dari 1

Konsep Pelaksanaan KBAT menurut KPM di dalam bilik darjah memerlukan

perubahan di dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Kurikulum yang dibentuk


bersandarkan KBAT memerlukan ianya ditulis secara eksplisit di dalam dokumen
kurikulum. Pedagogi pula dilaksanakan dengan pelbagai strategi PdP yang
menerapkan KBAT seperti alat berfikir, soalan aras tinggi dan inkuiri. Bagi
pentaksiran, pentaksiran yang dipelbagaikan menerusi soalan berbentuk aras tinggi
(KBAT) dalam peperiksaan pusat dan penilaian yang dilakukan secara berterusan
menerusi Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) yang melibatkan tiga aspek utama
iaitu penilaian psikomotor, peperiksaan dan pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(PAJSK) (KPM, 2014). PdP yang masih menjurus kepada peperiksaan menjadi
salah satu isu kerana ia telah melemahkan usaha untuk melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang termaktub dalam
kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Untuk meningkatkan
kemahiran berfikir di dalam bilik darjah, guru perlu mempelbagaikan kaedah
pentaksiran supaya guru lebih nampak murid terlibat aktif di dalam kelas sekaligus
dapat menilai murid. Zamri dan Razah (2011) dalam kajian yang dijalankan oleh
mereka menyatakan bahawakejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata
pelajaran tidak akan menjadi kenyataansekiranya pengajaran guru masih
menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengambilkira aspek kemahiran berfikir
pelajar sedangkan kemahiran berfikir itu adalah merupakanaspek penting dalam
menguasai sesuatu kemahiran yang dilihat banyak mempengaruhi pencapaian
pelajar.

Anda mungkin juga menyukai