Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN 1

JURNAL

Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap


Pelajar Autisme Sekolah Menengah

BUKU
1) Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan
2) Pengantar Pendidikan Khas
3) Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-Kanak

1
1.1 ANALISIS JURNAL DAN BUKU

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk
memajukan individu-individu dengan keperluan-keperluan khas untuk mendapat kemahiran,
membina potensi, kepercayaa agama dan boleh merancang dan mengurus hidup mereka
sebagai individu dan ahli masyarakat secara seimbang dan produktid sejajar dengan
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Definisi, konsep dan kepentingan kesihatan

Kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial, dan
bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja. Manakala definisi pendidikan
pula Pendidikan ialah satu usaha sistematik yang disengajakan, dibuat oleh sesuatu
masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya.
Ia juga merupakan satu usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang
berlaku dalam diri manusia. Kanak-kanak pendidikan khas seolah-olah akan lebih sempurna
dalam hidup mereka kerana mampu untuk menghindarkan diri daripada penyakit serta dapat
melatih diri untuk sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Dalam hidup ini kanak-kanak pendidikan khas mestilah menjaga kesihatan.


Kesihatan diri perlu dijaga supaya kanak-kanak ini dapat hidup selesa dan gembira. Oleh
itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga kesihatan diri dipraktikkan
dengan sebaik mungkin. Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri, kanak-kanak
pendidikan khas dapat melakukan berbagai aktiviti yang mereka suka. Sebagai contoh,
mereka dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya mereka akan
lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang diminatinya.

Selain itu,apabila kanak-kanak pendidikan khas menjaga kesihatan kita dengan


baik, kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru
sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita
tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,
demam, sakit perut dan lain-lain lagi.

Di samping itu, kanak-kanak pendidikan khas yang menjaga kesihatan juga tidak
menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan mereka tidak boleh hadir ke sekolah.
Jika mereka sakit sudah tentu mereka merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit

2
kepada rakan-rakan. Mereka mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan
kanak-kanak pendidikan khas akan kerugian dalam pelajaran. Kesimpulannya, melalui
penjagaan kesihatan secara fizikal dengan baik akan membantu untuk berfikiran secara
baik. Bak kata pepatah minda yang cerdas datang daripada tubuh badan yang sihat.

MENGULAS DAN MENGKRITIS JURNAL

Berdasarkan jurnal yang ditulis oleh TAN TECK BEE & LOH SAU CHEONG adalah
untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas memaksimumkan peluang
pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan program intervensi
kemahiran membaling bola serta mengenal pasti kebolehan pelajar-pelajar autisme
membaling bola tepat pada sasaran. Oleh itu program intervensi yang dirancang harus
berdasarkan kebolehan dan keperluan individu.

Kajian kes ini dijalankan ke atas tiga orang pelajar autisme sekolah menengah dalam
program intervensi kemahiran membaling bola. Setiap pelajar mempunyai Rancangan
Pendidikan Individu (RPI). Pengajaran kemahiran membaling bola adalah berasaskan
pencapaian subjek dalam ujian kemahiran bagi sesi latihan sebelumnya. Setiap responden
mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan memiliki tahap autisme yang berbeza.

Saya berpendapat kaedah pemerhatian yang digunakan penulis sangat sesuai


kerana perlakuan setiap fasa dapat diperhatikan dengan jelas. Pembahagian pelakuan
mengikut fasa dapat membantu penulis mengesan kekuatan dan kelemahan responden.
Pembahagian kemahiran kepada tiga fasa adalah penting kerana ia dapat menyenangkan
penyelidik mengesan kesalahan perlakuan subjek (Hay, 1993). Pembahagian skor juga
dapat membantu penulis mengumpulkan skor yang dikumpulkan mengikut tahap
pencapaian responden. Penulis turut menyatakan bagaimana sesuatu kemahiran diuji.
Setiap responden memulakan kemahiran dengan memanaskan badan dan seterusnya
melakukan kemahiran asas yang lain seperti memegang dan membaling bola. Langkah
sebegini pada saya perlu kerana responden perlu membiasakan diri dengan perlakuan yang
hendak diuji.

Akibat daripada perbezaan tahap kebolehan dasar, aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
setiap subjek pada sesi latih tubi adalah berbeza antara individu. Strategi pengajaran dan

3
pembelajaran yang direka bentuk khas untuk setiap subjek adalah berdasarkan keperluan,
kebolehan dan pencapaian subjek dalam setiap sesi latihan. Menurut Khairul Yusri (2007),
perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal,
mental, sosial, emosi dalam kalangan individu. ketiga-tiga subjek belajar dengan cara yang
berlainan. Berdasarkan dapatan kajian, responden belajar melalui kaedah yang pelbagai
antaranya demonstrasi dan arahan. Responden berupaya mengubahsuai kesalahan setelah
penyelidik memberi maklum balas dan memberitahu kesalahannya. Menurut Teng (2001)
bahawa maklum balas yang diberi harus spesifik, serta merta dan positif. Maklum balas
merupakan galakan dan dorongan untuk responden meneruskan semangat berlatih.

Kaedah pemerhatian yang digunakan penulis sangat sesuai kerana perlakuan setiap
fasa dapat diperhatikan dengan jelas. Pembahagian pelakuan mengikut fasa dapat
membantu penulis mengesan kekuatan dan kelemahan responden. Pembahagian
kemahiran kepada tiga fasa adalah penting kerana ia dapat menyenangkan penyelidik
mengesan kesalahan perlakuan subjek.

Penulis menyatakan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru untuk mengajar
murid-murid autisme. Pelajar-pelajar autisme dalam kategori tahap pembelajaran rendah
memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi baru. Setiap individu
autisme memerlukan bantuan. Apabila pelajar pelajar autisme tidak dapat melakukan
sesuatu perlakuan, guru harus menghulurkan bantuan agar mereka boleh mencuba.

Menurut penulis lagi, Pendidikan Jasmani Suaian yang berdasarkan prinsip-prinsip


latihan dan tata cara latihan memberi peluang kepada pelajar-pelajar autisme memperbaiki
domain psikomotor, afektif dan kognitif. Oleh itu, melalui dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar autisme mempunyai kebolehan untuk belajar kemahiran motor dan
tahap kemahiran mereka boleh ditingkatkan.

4
ULASAN KESELURUHAN

Berdasarkan artikel Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian Pelajar Berkeperluan Khas


dan Program Intervensi Kemahiran Membaling Bola Terhadap Pelajar Autisme Sekolah
Menengah, terdapat beberapa perkara yang dapat disimpulkan. Pertama, Pendidikan
Jasmani yang dilaksanakan secara terancang dan sesuai untuk sesuatu kategori keperluan
khas boleh membawa kesan yang positif kepada perkembangan fizikal, emosi dan mental
individu. Perlu bagi seseorang guru merancang Rancangan Pengajaran Individu yang baik
dan sesuai dengan murid berkeperluan khas agar objektif pembelajaran tercapai.

Seterusnya, program intervensi dalam bentuk pendidikan jasmani suaian dapat


membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas meningkatkan kebolehan motor. Mereka harus
diberi peluang pendidikan yang sebaik mungkin untuk memperkembangkan potensi kendiri
walaupun proses kemajuan mereka mungkin lebih lambat daripada pelajar-pelajar normal.
Setelah didedahkan dengan kemahiran-kemahiran tertentu, mereka mampu melakukan
aktiviti fizikal yang lebih berfokus dan dapat melatih diri memaksimakan penggunaan fizikal.
Dengan bantuan dan latihan yang sistematik, mereka tetap boleh mencapai potensi kendiri.
Malah menurut penulis, guru perlu lebih bersikap penyabar dan positif apabila berdepan
dengan kanak-kanak khas ini.

Tidak kurang penting juga, mereka perlu peka mengenai perbezaan yang terdapat
pada anak didik mereka. Masalah yang dikemukan penulis seperti kekurangan guru
pendidikan jasmani yang berkelayakan dan peralatan yang tidak sesuai bagi pelajar khas
perlu diatasi dengan segera agar pelajar berkeperluan khas juga mampu mendapat peluang
belajar dan beraktiviti seperti pelajar normal. Pendidikan Jasmani perlu dilihat sebagai lebih
menyeluruh berbanding dengan subjek lain. Subjek-subjek lain banyak menyentuh aspek
kognitif (intelektual), sedikit ruang untuk aspek rohani (afektif) dan hampir tiada ruang untuk
aspek psikomotor dan fizikal. Aktiviti jasmani yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar
berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah
yang dihadapi. Aktiviti Pendidikan Jasmani yang bersesuaian perlu disediakan untuk
melazimkan keupayaan mereka ke tahap yang optimum bagi menyediakan mereka untuk
menghadapi kehidupan sebenar di luar sekolah serta dapat menggalakkan kesejahteraan
emosi kepada golongan istimewa ini.

5
2.0 TUGASAN 2

2.1 DEMONSTRASI VIDEO

6
Ringkasan Video

Cara menggosok gigi dengan betul

Langkah 1

Untuk permukaan luar gigi, letakkan berus pada sudut 45


darjah di atas permukaan gigi. Gunakan gerakan memberus yang lembut dan pendek,
dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.

Langkah 2

Untuk membersihkan bahagian dalam gigi belakang,


tempatkan bulu berus bersebelahan dengan permukaan gusi dan berus secara bulatan.

Langkah 3

7
Untuk membersih bahagian dalam gigi hadapan, pegang
berus menegak dan gunakan pergerakan lembut ke atas dan ke bawah menggunakan
hujung berus.

Langkah 4

Untuk membersihkan permukaan mengunyah gigi (occlusal


surface), berus dengan gerakan untuk mencapai bahagian belakang gigi.

Langkah 5

Bersihkan lidah dari belakang ke hujung lidah untuk 10 saat.

Video 2

Membersihkan gigi dengan menggunakan benang (dental floss)

8
Langkah 1

menggunakan benang gigi (dental floss) adalah


satu kaedah yang baik yang mampu untuk mencegah gigi daripada berlakunya karang gigi
yang mengakibatkan terjadinya mulut berbau.

Langkah 2

Tarik benang (dental floss) kira-kira 45cm dan


lilitkan sebahagian besar benang pada kedua jari telunjuk.

Langkah 3

9
gunakan benang (dental floss) dan letakkan
secara perlahan-lahan ke dalam celah antara dua gigi sehingga sampai ke gusi. Ulang
perlakuan ini pada setiap gigi untuk mendapat kebersihan yang optimum.

3.0 TUGASAN 3
3.1 ANALISIS SLIDE

Secara amnya, Obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang berkumpul


di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila
tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan
yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat
penghidapnya juga semakin pendek

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang
pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.
Piramid Makanan juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat.
Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita
dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan
baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh
membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.

10
ARAS 1

Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat
kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan
vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini
perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi,
mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2

Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan
serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam
setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-
buahan.

ARAS 3

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya
dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan
buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan
penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat.
Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal
dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju
dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan
vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4

Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras
4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu
dimakan.

KESIMPULAN MENGENAI OBESITI

11
Masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul.
Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat
dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak dan lebih kerap
bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini
memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Pengurusan masa kurang memberikan kesan
kepada berlakunya masalah berat badan. Namun begitu jika ia tidak diberikan penekanan
pastinya akan menjadi masalah yang tidak disedari sebagai punca kepada menyumbangnya
masalah berat badan dan kesihatan.

Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar
hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita. Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori
tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia. Ibu
bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada
makanan segera. Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat
mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan.

Oleh itu, untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat yang dapat menghindarkan diri
daripada berlakunya obesiti ini selain kita bersenam untuk menjadi sihat dan kuat. Antara
faedah lain bersenam ialah dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina
kekuatan otot di samping menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan badan. Dengan
terhindarnya penyakit obesiti ini maka kehidupan seseorang akan menjadi lebih bermakna
kerana terhindar daripada berlakunya penyakit. Obesiti bukan keadaan seseorang tetapi
ianya merupakan penyakit seseorang.

12

Anda mungkin juga menyukai