Anda di halaman 1dari 6

PERLUAS KAFETERIA SIHAT DI SEKOLAH

14 September 2016  |  GOKINA MORGANAN

UNGAI PETANI - Latihan menyediakan makanan yang selamat dan sihat akan diperluaskan ke
sekolah di daerah lain di negeri ini, tahun depan berikutan 123 sekolah di Kota Setar dan 140
sekolah di Kuala Muda yang sudah dilaksanakan pada 27 Ogos lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, program yang digerakkan melalui
kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan diperluaskan selaras dengan sasaran
penglibatan 10,000 sekolah rendah dan menengah, menjelang 2018 di seluruh

negara.

Menurutnya, program kafeteria sihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bersama


Kementerian Pendidikan itu adalah inisiatif awal yang dilakukan di peringkat sekolah dalam
mempromosikan dan mendidik masyarakat tentang amalan makan secara sihat. 

“Pengiktirafan akan diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan


pengusaha premis makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan
(pelajar sekolah),” katanya, ketika sidang media pada Majlis Penganugerahan Sijil

Pengiktirafan ‘Kafeteria Sihat’  yang pertama di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil, di sini,
baru-baru ini.

Hadir sama, guru besar sekolah, Mohamad Bakri Md Taib

Menurutnya, antara komponen yang dinilai untuk mendapat pengiktirafan ‘Kafeteria Sihat’ ialah
mematuhi kriteria asas hidangan sihat, mempamerkan dan memaparkan maklumat pemakanan
dan menjalankan aktiviti promosi makanan secara sihat di premis
“Selain, pengusaha premis makanan itu juga perlu mematuhi prinsip Amalan Pengilang Yang
Baik (GMP), tidak menjual rokok atau tidak menyediakan kemudahan merokok dan mendapat
pensijilan Halal,” katanya.

Sebelum itu, Dr Norhizan yang menyampaikan sijil pengiktirafan turut memuji inisiatif pengusaha
kantin Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil, di sini, muncul sekolah pertama mendapat
pensijilan kafeteria sihat daripada KKM, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau berbangga dengan pencapaian sekolah ini yang muncul sekolah pertama
yang menerima pengiktirafan kafeteria sihat.

“Ini adalah usaha yang positif dalam membendung pelbagai penyakit termasuklah penyakit tidak
berjangkit seperti masalah obesiti, kencing manis dan darah tinggi.

“Saya berharap usaha ini dapat diteruskan dan ianya dapat menjadi amalan warga sekolah
khususnya murid sehingga dewasa sekali gus dapat diterapkan kepada ahli keluarga,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian juga melaporkan kejayaan SK Sungai Pasir Kechil, di sini, yang
muncul sebagai sekolah pertama mendapat pensijilan kafeteria sihat daripada KKM.
Pengusaha kantin, Siti Hasma Mat Zain, 37, yang berpengalaman mengusahakan kantin sekolah
lebih 18 tahun bersama suami, Omar Mat Din, 37, dan mengendalikan kantin SK Sungai Pasir
Kechil, di sini sejak tujuh lalu, begitu gembira kerana menerima pengiktirafan

Kafeteria Sihat dari KKM.

Menurutnya, menjual buah-buahan segar di kantin sekolah mendapatkan sambutan


menggalakkan bukan sahaja dalam kalangan guru malah murid menyukainya dan elakkan dari
menjual makanan ringan seperti bebola ikan, nuget dan termasuk minuman bertin, berperisa dan
berwarna merupakan langkah yang membantu sehingga berjaya menghasilkan Kafeteria Sihat
pertama di kantin sekolah.

“Selain mementingkan kebersihan makanan dan persekitaran, kami juga menyediakan maklumat
pemakanan iaitu jumlah kalori dalam setiap hidangan yang dipaparkan di sudut dinding kantin.

“Kami memberi pilihan kepada pelanggan untuk memilih makanan berdasarkan jumlah kalori
yang mereka mahu," katanya.

Katanya,kejayaan itu bukan sahaja atas usaha pengusaha kantin sebaliknya kerjasama semua
pihak termasuklah bantuan guru, ibu bapa dan pihak sekolah.

Majlis Anugerah Kantin Sekolah Bersih 2010 Peringkat


Kebangsaan 
M aj li s A nuger ah Ka nt in S ek ol ah B er si h 2 01 0 tela h dia da k a n pada 30 Mac, 20 11 di PI CC P ut ra ja y a.
 
Kontrak batal jika ada keracunan
makanan
Aizat Sharif
mohd.aizat@hmetro.com.my

Jerlun: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mewujudkan satu klausa perjanjian baru yang
memberi kuasa kepada mereka untuk menamatkan kontrak pengendali makanan bermasak
yang didapati terbabit dalam kes keracunan makanan di sekolah berasrama negara ini.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah berkenaan diambil sebagai salah
satu penambahbaikan skop dan spesifikasi bagi kontrak perkhidmatan membekal makanan
bermasak di sekolah berasrama yang akan berkuatkuasa mulai 1 Jun hadapan.
"Bagi tahun 2015 dan 2016, Kementerian sudah membelanjakan sebanyak RM2.8 bilion untuk
1,310 jumlah kontrak Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak dan disebabkan nilai
perbelanjaan yang diperuntukkan ini adalah besar, maka kementerian sudah menggariskan
beberapa mekanisma pemantauan makanan yang lebih pro aktif dalam memastikan tahap
keselamatan dan kualiti makanan yang dibekalkan dan disediakan sentiasa berada dalam
keadaan yang terkawal.
"Statistik pada 2015 merekodkan sebanyak 63 kejadian keracunan makanan berlaku di sekolah
asrama dan jumlah berkenaan meningkat kepada 98 kejadian pada tahun lalu.
Siasatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati antara punca berlaku kes
keracunan ini adalah disebabkan oleh makanan yang disediakan di dapur asrama sekolah.
"Oleh hal demikian, kita mengambil pendekatan dalam meningkatkan prestasi makanan
bermasak dengan penambahbaikan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan khas di Sekolah
Menengah Sains (SMS) Kubang Pasu, di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, selain daripada mewujudkan klausa baru dalam perjanjian antara pengendali
makanan bermasak dan juga pihak kementerian, pihaknya juga turut menambahbaik jawatan
pengurus dan penyelia makanan bergantung kepada kategori sekolah.
"Maksudnya disini, sebagai contoh, bagi Kategori A iaitu sekolah yang mempunyai murid
melebihi 600 orang, maka seseorang pengurus atau penyelia makanan yang dilantik perlu
mempunyai diploma dalam bidang yang berkaitan atau sekurang-kurangnya mempunyai tiga
tahun pengalaman bekerja dalam bidang teknologi makanan.
"Selain itu juga, bagi menggalakkan pihak pengendali makanan memberikan perkhidmatan
terbaik, kita juga sudah membuat keputusan untuk memberikan peluang kepada pengendali
makanan melanjutkan tempoh kontrak pembekalan makanan daripada dua tahun kepada tiga
tahun tertakluk kepada prestasi kontraktor dan pengesyoran daripada pihak sekolah," katanya.
Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan
Pelajaran), Datuk Seri Azmi Lateh, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Datuk Azuyah Hassan
dan Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Nurhizan Ismail.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 2:24 PM

Rahsia kantin tersihat negara

SUNGAI PETANI - Menerima pengiktirafan


sebagai kafeteria sekolah tersihat dalam negara
ini nyata sesuatu yang mengagumkan bagi
warga Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Pasir Kechil, dekat sini.
Barang kali juga ramai yang tertanya-tanya bagaimana pengiktirafan itu boleh
diberikan, namun segala persoalan terjawab sekiranya anda berkunjung sendiri ke
kantin sekolah tersebut.
Tidak hanya menyajikan makanan sihat dan bersih, keadaan kantin yang ceria,
berinformasi, kemas dan tersusun sememangnya melayakkan pengiktirafan itu
diberi oleh Kementerian Kesihatan.
Kantin sekolah tersebut yang dikendalikan syarikat Eimpian Enterprise diangkat
sebagai satu-satunya kantin sekolah di negara ini yang menerima pengiktirafan
sebagai kafeteria sihat.
Kantin yang ingin mendapatkan pengiktirafan tersebut perlu mematuhi beberapa
syarat ditetapkan dengan tidak menjual makanan tidak berkhasiat termasuk
makanan ringan.
Bukan itu sahaja, pengusaha kafeteria juga perlu mempromosi makanan sihat di
premis, mematuhi prinsip amalan pengilangan baik (GMP), tidak menjual rokok atau
menyediakan kemudahan merokok serta digalakkan mendapat pensijilan halal.
Bercakap tentang rahsia kejayaan sekolah berkenaan, pemilik Eimpian
Enterprise,Mat Zain Itam, 64, mengakui gembira dengan apa yang dilakukannya
kerana berjaya memberi perkhidmatan terbaik kepada 'cucu-cucunya' di sekolah
tersebut.
“Ibarat memberi makan kepada ahli keluarga, sudah tentu kita mahu memberi yang
terbaik. Sama juga di sini di mana makanan dan minuman untuk pelajar dipastikan
agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada mereka.
“Di sini kami tidak menyediakan nasi lemak sebaliknya hanya nasi putih dan sambal
ikan bilis. Para pelajar juga boleh memilih untuk menikmati ikan kembung bakar dan
nasi yang dijual pada harga RM1.50,” katanya yang lebih mesra dipanggil Tok Wan
oleh murid-murid di situ.
Bagi minuman pula katanya, pihaknya hanya menjual air mineral, air bertapis, milo
serta air soya sekali gus menepati piawaian ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
untuk melayakannya menerima pengiktirafan tersebut.
Sementara itu, guru besar sekolah tersebut, Mohd. Bakri Md. Taib berkata, usaha
untuk melakukan perubahan di kantin sekolah tersebut bermula kira-kira tiga tahun
lalu setelah ada dalam kalangan ibu bapa pelajar yang bekerja dengan Kementerian
Kesihatan, menyuarakan keprihatinannya mengenai perkara itu.
“Usaha tersebut dirancakkan lagi setelah sekolah kami terpilih untuk program 'saya
nak sihat' anjuran Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda yang
menyasarkan penurunan indeks jisim badan (BMI) untuk para pelajar obes pada
tahun lalu.
“Hasilnya, 13 daripada 31 murid sekolah ini menepati sasaran setelah BMI mereka
berjaya diturunkan. Apa yang kami lakukan adalah bersandarkan rasa
tanggungjawab dan pengiktirafan bukanlah sesuatu yang tidak dijangka,” katanya.
Melalui aktiviti berkenaan katanya, semua murid dapat mempelajari dan
mengamalkan budaya pemakanan sihat termasuk dalam kalangan ibu bapa dan
waris mereka.
“Selain murid ibu bapa turut diberikan kursus amalan pemakanan sihat.
“Alhamdulillah usaha sekolah ini mendapat kerjasama baik dalam kalangan
pengusaha kantin, ibu bapa, murid serta guru sekolah,” katanya.

ITRA: Kerajaan akan menamatkan kontrak penyedia bekalan makanan bermasak (BMB) ke
sekolah berasrama, serta-merta, jika terbukti menyebabkan keracunan makanan kepada pelajar,
berkuatkuasa 1 Jun.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ia antara tiga penambahbaikan skop dan
spesifikasi untuk kontrak perkhidmatan BMB bagi memastikan tahap keselamatan dan kualiti
makanan, sekali gus mengelakkan kes keracunan makanan.

Katanya, kementerian juga menetapkan syarikat bagi sekolah kategori A iaitu mempunyai 600
pelajar, perlu melantik pengurus makanan dengan kelulusan diploma atau tiga tahun pengalaman
bekerja dalam bidang pemakanan.

“Bagi tahun 2015 dan 2016, kementerian membelanjakan sebanyak RM2.8 bilion untuk 1,310
kontrak perkhidmatan bekalan makanan bermasak

“Beberapa mekanisma pemantauan dilaksanakan membabitkan bahagian, jabatan dan pentadbir


sekolah, untuk memastikan kualiti makanan, namun kes keracunan tetap berlaku.

“Berdasarkan statistik 2015, terdapat 63 kejadian keracunan dan meningkat kepada 98 kes tahun
lalu,” katanya selepas melawat Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, dekat sini, sebentar
tadi.

Beliau berkata, melalui penambahbaikan berkenaan, kementerian juga akan melanjutkan tempoh
kontrak pembekalan makanan kepada tiga tahun, tertakluk pada prestasi syarikat dan syor
daripada pihak sekolah.

Pada masa sama, Mahdzir berkata, pihaknya dan Kementerian Kesihatan akan melancarkan
program rintis pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) bagi dapur dewan makan sekolah
berasrama untuk meningkatkan standard keselamatan penyediaan makanan di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai