Anda di halaman 1dari 1

PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN

Peranan guru dalam usaha untuk mempertingkatkan potensi kanak-kanak yang diwujudkan
melalui konsep pembelajaran bermakna dapat memberi kesan yang positif. Konsep ini
bertujuan untuk mencorakkan perwatakan kanak-kanak supaya memiliki ciri-ciri tingkah laku
yang baik dan sesuai dengan kehendak matlamat sekolah selari dengan Falsafah
Pendidikan kebangsaan.

Guru merupakan pengaruh yang paling utama dalam perkembangan kanak-kanak


dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap
menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan melahirkan
murid yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
negara. Suasana persekitaran yang selesa serta dilengkapi kemudahan-kemudahan
pengajaran dan pembelajaran bermakna akan membantu perkembangan kanak-kanak.

Oleh yang demikian, guru haruslah peka dengan arus perubahan semasa supaya
konsep pengajaran dan pembelajaran bermakna dapat dimantapkan lagi seterusnya
meransang perkembangan kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai