Anda di halaman 1dari 4

SULIT

PENTAKSIRAN STANDARD AKHIR TAHUN


(PERSEDIAAN MENGHADAPI UPSR - TAHUN
2021/2022) (PERSEDIAAN KE SEKOLAH MENENGAH
2021)

BAHASA MELAYU - PEMAHAMAN 011


Oktober 2020
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.


2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Bagi Bahagian A, setiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
4. Bagi Bahagian B, jawab semua soalan dalam ruang jawapan yang telah disediakan.
Ceraikan Bahagian B daripada kertas peperiksaan ini.
5. Serahkan Bahagian B bersama-sama kertas jawapan objektif kepada pengawas
peperiksaan pada akhir peperiksaan.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 6 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak
di Bahagian A dan 7 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak di Bahagian B.

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Pentaksiran Standard Akhir Tahun SULIT
SULIT 2 PSAT - 011

Bahagian A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 8
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Nurul Amira : Jom menyertai pertandingan mencipta sajak patriotik sempena


Bulan Kemerdekaan bersama-sama.
Aiman Haris : Cadangan yang baik Nurul. tajuk atau tema sajak tersebut?
A kita ... Apakah
B saya ... Adakah
C awak ... Kenapakah
D kamu ... Bagaimanakah

2 Pak Cik Husni hendak menambah bilangan ternakannya supaya dapat dijual dan
mendapat keuntungan yang lebih banyak.
A biri-biri
B anai-anai
C ampai-ampai
D kunang-kunang

3 Nenek taat mematuhi aturan diet bagi mengawal penyakit diabetes yang sedang
dialaminya itu supaya cepat sembuh.
A agak
B benar
C paling
D terlalu

4 Puan Kamariah sepasang kasut sukan kepada anaknya kerana kejayaannya dalam
pertandingan badminton peringkat daerah baru-baru ini
A dihadiahi
B dihadiahkan
C menghadiahi
D menghadiahkan

5 Kerepek ubi kayu di dalam bekas plastik itu sudah kerana adik terlupa menutup
bekas tersebut dengan rapat.
A hapak
B lemau
C tengik
D rangup

[Lihat halaman sebelah


011 © 2020 Pentaksiran Standard Akhir SULIT
Tahun
10 Penduduk Desa Wawasan mengamalkan sikap ketika membaiki rumah seorang
warga emas yang rosak akibat dilanda ribut.
A seperti aur dengan tebing
B seperti murai dicabut ekor
C seperti pinang dibelah dua
D seperti dakwat dengan kertas

11 Merujuk surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor, baginda sultan Johor telah bersetuju
untuk merasmikan Sekolah Kebangsaan Parit Bilal, Batu Pahat.

Berdasarkan situasi bagi rangkai kata bergaris dalam ayat di atas, apakah tindakan yang
akan dilakukan oleh baginda sultan Johor untuk merasmikan sekolah tersebut?
A beradu
B bertabal
C berangkat
D bersemayam

12 Jambatan kayu di Kampung Seberang Batu Hampar itu masih kukuh lagi walaupun usianya
telah mencecah hampir satu abad.
Pilih perkataan sinonim bagi kukuh.
A kuat
B unik
C ceria
D lasak

13 Untuk mengelakkan daripada dijangkiti wabak Covid-19, orang ramai telah dinasihatkan
supaya sentiasa memakai topeng muka dan menjaga kebersihan diri.
Pilih perkataan antonim bagi mengelakkan.
A menular
B merebak
C menahan
D menyusur

14 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Pengusaha inap desa itu sentiasa memberikan layanan yang sungguh mesra dan baik kepada
semua pengunjung yang bercuti di situ.
A Siapakah yang dilayan oleh pengusaha inap desa itu?
B Bagaimanakah pengusaha inap desa itu menjaga hati pengunjungnya?
C Bilakah pengusaha inap desa itu membuat pengunjungnya berasa puas hati?
D Adakah pengunjung inap desa itu berpuas hati dengan layanan pengusaha tersebut?
Tambahan

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.


 
15. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah
barunya.

______________________________________________________________________

16. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai
lencana sekolahnya.

_________________________________________________________________________

17. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit
tersebut.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

18.  Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.

19. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.

-----_-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

20. Kalian harus menyiapkan kerja yang saya berikan dengan segera.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai