Anda di halaman 1dari 2

Wacana

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang
1.
penting bagi wacana.
Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula
mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun
2.
kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan
sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja.
Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, dan ayat merupakan peringkat
3.
bentuk; manakala wacana merupakan peringkat fungsi.
4 Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai:

i. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan'

ii. kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato, khutbah)
atau tulisan (seperti surat, aartikel, novel, cerpen).
5. Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . Ia melebihi tingkat ayat.
Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:

a. pendahuluan

b. tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda


bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
6.
c. penutup

d. graf, jadual, peta dan statistik.

 
7. Ia dapat digambarkan seperti berikut:
 
Wcana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan, iaitu sama ada naratif
8.
(pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.
9. Wacana mempunyai penanda, juga dikenali sebagai penanda wacana.
Fungsi Contoh
dan, serta, lagi, tambahan lagi, tambahan
1. Tambahan
pula, selanjutnya, seterusnya, di samping.
pertama, kedua, seterusnya, selepas itu,
2. Urutan kemudian, kemudian daripada itu,
akhirnya.
iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang
3. Penyataan semula
diterangkan.
contohnya, seperti, ibarat, laksana,
4. Contoh macam, umpama, bagai, bak kata,
sebagai.
rumusannya, kesimpulannya, sebagai
5. Rumusan kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul
kata
berhampiran dengan, bersebelahan
6. Tempat
dengan, bertentangan dengan.
apabila, ketika, semasa, kemudian,
7. Waktu selepas, pada mulanya, lama-kelamaan,
lambat-laun, akhirnya.
oleh itu, sebab itu, justeru itu, fasal,
8. Sebab dan kesan
lantaran, jadi, dengan itu.
seperti juga, serupa dengan, sesuai
9. Bandingan
dengan, sama juga dengan.
tetapi, sebaliknya, sungguhpun, walau
10. Pertentangan bagaimanapun, namun begitu,
bertentangan dengan.
sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya,
11. Pengesahan
tentulah, pastilah, sememangnya.
(kembali ke laman utama)

Anda mungkin juga menyukai