Anda di halaman 1dari 2

IKRAR INTERGRITI

MALAYSIA

Kami, rakyat Malaysia yang merdeka dan berwawasan, dengan tulus dan suci hati berikrar
memantap dan memperkukuhkan maruah dan intergriti kami, keluarga dan masyarakat, agama,
bangsa, dan negara kami.

Ke arah itu, kami berikrar:

 Mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang


 Mematuhi dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
 Mempertingkatkan intergriti dengan mengamalkan nilai-nilai murni dabn beretika
 Berkerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk mencegah sebarang perlakuan
jenayah, salah laku dan perbuatan tidak berintergriti
 Menyokong dan bekerjasama bagi mengambil Tindakan tegas terhadap mereka yang
menggugat intergriti masyarakat dan negara
 Membudayakan intergriti sebagai amalan hidup harian secara individu dan berpasukan

IKRAR INTERGRITI
PERKHIDMATAN
Kami pegawai awam Malaysia dengan sepenuh dan rela hati
berikrar mempertahankan dan memperkukuhkan intergriti perkhidmatan awam dengan mncegah
dan membanteras segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui Tindakan
yang berikut:

 Pertama: Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah


 Kedua: Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah
 Ketiga: Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan
etika jabatan
 Keempat: Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang
perlakuan jenayah rasuah
 Kelima: Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat intergriti dan imej
pegawai awam
 Keenam: Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni
yang berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas

Anda mungkin juga menyukai