Anda di halaman 1dari 16

RUKUN NEGARA 1M

R U K U N   N E G A R A
AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA
BAHAWASANYA, NEGARA KITA MALAYSIA
Mendukung cita-cita hendak:
 Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
 Memelihara satu cara hidup demokratik;
 Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama;
 Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak;
 Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden
MAKA KAMI , rakyat Malaysia ,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:-
 Kepercayaan Kepada Tuhan
 Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan dan Kesusilaan
PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta
mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan Negara adalah matlamat penting dalam setiap
dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa
perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan
kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan Negara terjejas dan berlaku huru-hara, rusuhan
pergaduhan kaum dan sebagainya .
Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi
pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya
sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Melalui perpaduan yang kukuh, tahap
pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju
di samping mewujudkan suasana politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan,
keharmonian masyarakat serta pembinaan sebuah masyarakat Malaysia yang sejahtera , bersatu
padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia
sebagai masyarakat yang cemerlang , gemilang dan terbilang .
Rukun Negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan
bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi aspek keagamaan,
kebudayaan,ekonomi ,politik dan perundangan. Rukun Negara terbentuk ekoran daripada peristiwa
13 Mei 1969 di mana berlaku rusuhan kaum yang mengggugat keamanan dan keutuhan negara
ketika kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah
ditubuhkan yang bertujuan untuk mengembalikan keamanan,menegakkan semula undang-undang
negara dan memupuk suasana harmoni serta mempercayai dalam kalangan rakyat secara
berkekalan.
SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA
Kedatangan Inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar bentuk
masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari China
dan India untuk bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar .
Di bawah dasar pecah dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris, ketiga-tiga kumpulan etnik ini telah
dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan
bekerja disektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam
perniagaan . Orang India pula tinggal dan bekerja di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang
tinggal di bandar. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi aliran pendidikan dengan
mempunyai sekolah aliran masing-masing tanpa sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama.
Keadaan ini berterusan sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pada tahun 1956, iaitu setahun sebelum kemerdekaan, kekacauan telah berlaku di Pulau Pinang
semasa perayaan pemberian taraf Bandaraya kepada Pulau Pinang. Perbalahan yang sama turut
berlaku di Pulau Pangkor (1960) , di Bukit Mertajam (1966) dan Pulau Pinang sekali lagi (1967) .
Peristiwa kekacauan ini hanya berlaku secara kecil –kecilan sahaja. Langkah dan usaha yang serius
iaitu peristiwa ini, Kerajaan telah mengambil langkah tegas untuk mencari satu formula bagi
mengatasi masalah tersebut supaya tidak berulang lagi.
Berikutan itu Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah
Undang-Undang Darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970.
Anggota –anggota Majlis Perundangan Negara terdiri daripada seorang Pengerusi (Allahyarham
Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah MAGERAN), tiga orang menteri
(Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato’ Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang
Tun V.T. Sambanthan), wakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama,
badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru
dan wakil-wakil kumpulan kecil.
Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang dipengerusikan oleh Pengarah
MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein .Setelah berbincang serta mengkaji
sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa
satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini.
Berasaskan keputusan tersebut , maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh yang di-
Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.
Setiap warganegara Malaysia hendaklah menjadikan Rukun Negara sebagai teras dan landasan
hidup bermasyarakat di negara ini. Rukun Negara diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni
seperti nilai keagamaan ,kesetiaan kepada Raja dan Negara, kepatuhan kepada Perlembagaan ,
Kedaulatan Undang-Undang serta membentuk masyarakat yang mengamalkan nilai Kesopanan dna
Kesusilaan.
Rukun Negara juga menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum ke arah
pembentukan perpaduan nasional dan menjamin kesejahteraan masyarakat , seterusnya
melahirkan sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu , demokratik ,adil, liberal dan saintifik
tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.
Prinsip-prinsip Rukun Negara adalah kunci kepada masyarakat majmuk negara ini untuk
memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum demi kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara.
OBJEKTIF
Rukun Negara bercita-cita melahirkan masyarakat Malaysia yang demokratik saintifik, progresif dan
bersatu-padu serta bersikap terbuka terhadap pelbagai cara hidup rakyat pelbagai keturunan. Cita-
cita ini akan tercapai apabila objektif Rukun Negara diamalkan oleh setiap rakyat negara ini. Rukun
Negara terbahagi kepada dua bahagian:-
1. BAHAGIAN PERTAMA
Menggariskan Objektif Masyarakat Malaysia Yang Mahu Dibentuk:-
 Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
 Memelihara satu cara hidup demokratik
 Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksaman
 Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai –bagai corak; dan
 Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden
MENCAPAI PERPDUAN YANG LEBIH ERAT
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana
ahli-ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan
dan kepercayaan masing-masing . Rakyat negara ini  terdiri daripada pelbagai kaum dengan
berbagai –bagai persoalan yang wujud.
Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.
Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu
bangsa yang bersatu padu, di mana semua rakyat tanpa mengira kaum mempunyai semangat
kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
MEMELIHARA SATU CARA HIDUP DEMOKRATIK
Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik
rakyat asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Namun,hak-hak serta kebebasan yang
diberikan ini tidak boleh disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan
perkauman atau memusnahkan sistem demokrasi di negara ini.
Apabiila berlaku sebarang masalah yang melanda negara , kepentingan bangsa dan negara
mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan
sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.
MENCIPTA SATU MASYARAKAT YANG ADIL
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.
Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan
saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka
mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lebih maju. Masyarakat
adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhdap yang lain ataupun
penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.
MEMBENTUK SATU SIKAP YANG LIBERAL
Masyarakat bebas mengamalkan agama,adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai
dengan matlamat perpaduan negara. Malaysia mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan
adat resam yang diamalkan oleh masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu
masyarakat berlainan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara .
MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam
bidang sains dan teknologi . Ini selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa
sempadan dan era globalisasi. Dunia kini menyaksikan perubahan dan perkembangan pesat dalam
bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi.
Malaysia progresif yang hendak diwujudkan adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar
dengan kemajuan sains dan teknologi yang akan membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju
sebagaimana matlamat Wawasan 2020 . Namun , kemajuan  tersebut tidak akan menjadikan rakyat
negara ini terkeluar daripada batas-batas dan nilai-nilai keagamaan.
PRINSIP
II.         BAHAGIAN KEDUA
Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara Yang Berikut:-
 Kepercayaan Kepada Tuhan
 Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan dan Kesusilaan
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui
kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi
agama-agama dan kepercayaan lain oleh diamalkan bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan
membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama
sekali.
Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan
kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan
pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing ,prinsip ini telah dipilih
sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di mana
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara . Selaras dengan
kedudukan Yang di Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan , sistem beraja juga
diamalkan di setiap negeri dan Yang di Pertuan Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.
Seri Paduka Baginda , Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri adalah lambang perpaduan
rakyat.
Kesetian kepada Raja dan Negara bermaksud setiap rakyat hendaklah menumpukan sepenuh
taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Di peringkat
negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri
tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di Pertuan Agong .
Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan
kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan rakyat kepada negara,
Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara juga  adalah salah satu faktor
yang boleh menyatukan rakyat Malaysia.
Sebarang sikap atau pengaruh yang boleh mengalihkan kesetiaan rakyat ke arah negara lain
atau rakyat mengaabaikan taat setia kepada Malaysia dan Rajanya adalah elemen yang
bertentangan sama sekali dengang prinsip Rukun Negara.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Malaysia yang menjadi sumber dan tunjang
perundangan yang tertinggi negara. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap
rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warganegara Malaysia dikehendaki menghormati,menghargai,memahami  maksud dan
kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan in telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di
negara ini. Dengan demikian, ia adalah kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan
dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan
Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio ekonomi rakyat negara ini. Ini adalah
sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan perundangan,
kedudukana dan hak sosio ekonomi rakyat.
Aspek-aspek utama Perlembagaan yang dirangkumi dalam prinsip ini ialah berkaitan
kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, kedudukan
agama Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi, hak-hak istimewa orang Melayu di Semenanjung dan
bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan bumiputera juga diberikan, seperti
pemberian taraf warganegaraan Malaysia kepada mereka seperti mana yang termaktub di
dalam Perlembagaan, Walaupun Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi, perkembangan
bahasa –bahasa lain tidak dihalang. Orang bukan Islam bebas menganut dan mengamalkan
agama mereka mengikut kepercayaan masing-masing. Hak asasi rakyat juga dijamin oleh
Perlembagaan Malaysia.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Keadilan berasaskan kedaulatan undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya
di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia
di mana undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu, kedaulatannya
perlu diterima dan pertahankan, Tanpa undang-undang, hidup masyarakat dan negara tidak
akan aman dan stabil. Sehubungan itu, undang-undang mesti dihormati dan dipatuhi,
bukannya dipersendakan. Kedaulatan undang-undang negara dijamin oleh institusi
kehakiman yang bebas dan berwibawa.
Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman , stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang 
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat
boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-
perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Hak-hak dan kebebasan yang dijamin
oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan Kerajaan sama ada dengan
kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.
Kedaulatan undang –undang perlu dipertahankan agar masyarakat dapat terus hidup dalam
keadaan aman dan harmoni. Kesedaran ini perlu diwujudkan dan kekalkan dalam pemikiran
rakyat.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip kelima Rukun Negara ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku
setiap rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga yang bersopan santun dan bersusila
selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni. Individu yang bersopan santun
dan bersusila adalah amat penting dalam konteks perhubungan perlbagai kaum di negara ini.
Setiap kaum di negara ini percaya bahawa bersopan santun dan bersusila adalah asas
didikan membentuk peribadi yang mulia dan disegani. Tatasusila ini membenci dan
mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang
atau sesuatu golongan. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada lingkah laku dan tutur kata seseorang . Bahasa
yang lembut dan bersopan santun serta tingkah laku yang baik akan menjamin perhubungan
yang harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Prinsip ini jika dipraktikkan akan membentuk indivivu bersisiplin dan bermoral yang akan
membantu mewujudkan sebuah masayarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu .
KESIMPULAN
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan menjadi
lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun
dalam negara itu sendiri.
Rukun Negara diwujudkan ekoran daripada peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13
Mei 1969. Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan kita semua, betapa pentingnya
bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga mencurigai
satu sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa
mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan
yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan dan mempergiatkan
pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara
yang demokratik.

Ketuanan Melayu
Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan
Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara
kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel menjurus bagaimana kerajaan pusat
melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke
dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap
sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan
legal bagi ketuanan Melayu.
Kamus Dewan mentakrifkan istilah ‘ketuanan’ sebagai membawa maksud hak menguasai dan
memerintah sama ada sesebuah negeri, daerah dan sebagainya.
Istilah ‘ketuanan’ juga dirujuk sebagai kedaulatan. ‘Ketuanan’ berbeza dengan perkataan
‘tuan’ yang membawa maksud orang tempat menghambakan diri. Contohnya, ‘dahulu orang
kulit putih di Amerika banyak yang menjadi tuan kepada hamba abdi terdiri daripada bangsa
Negro’.
Oleh itu apabila dibangkitkan bahawa istilah ketuanan Melayu kononnya membawa maksud
kekuasaan Melayu dalam konteks sehingga boleh menghambakan bangsa lain, maka ia
kesimpulan yang tidak tepat dan mesti diperbetulkan.
Bukan sahaja maksud ketuanan Melayu telah disalahertikan oleh orang bukan Melayu, malah
secara realitinya boleh dilihat dengan jelas siapa sebenarnya yang menjadi ‘hamba’ kepada
siapa.
Hakikatnya, kebimbangan istilah ketuanan Melayu kononnya menimbulkan rasa tidak selesa
di kalangan kaum-kaum bukan Melayu mesti berasaskan kepada fakta yang berpijak di bumi
nyata.
Sehubungan itu, rakyat negara ini tidak terlalu sensitif terhadap istilah ketuanan Melayu
sebaliknya mereka harus melihat perkara itu secara positif dari sudut sejarah dan
perlembagaan negara. Apa yang paling penting, setiap rakyat perlu memahami bahawa
maksud ketuanan Melayu itu, tidak bermakna kaum Melayu adalah tuan dan bukan Melayu
adalah hamba.
Istilah Ketuanan Melayu ini merujuk kepada sejarah bahawa negara ini pernah diperintah
Sultan dan Raja-raja Melayu, yang merupakan tuan kepada tanah Melayu yang sudi
memberikan kuasa mereka kepada rakyat melalui penerimaan sistem Raja Berperlembagaan,
memandangkan mengikut perlembagaan negara, Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah simbol
kepada ketuanan Melayu di negara ini, seperti mana di negara-negara barat lain yang
mempunyai Raja.
Kita sendiri tidak tahu mengapa ketakutan terhadap ketuanan Melayu muncul secara tiba-tiba
terutamanya dalam keadaan orang bukan Melayu menikmati kehidupan yang cukup
sempurna di negara yang satu ketika dulu bernama Tanah Melayu.
Memperhambakan Sejarah sendiri membuktikan bahawa Melayu tidak pernah
memperhambakan kaum-kaum lain pada bila-bila masa sekali pun. Melayu berjuang
membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah bukan demi kepentingan Melayu
semata-mata. Hasil kemerdekaan dan kemakmuran Tanah Melayu dikongsi dengan kaum-
kaum lain demi memastikan perpaduan dan kemakmuran sentiasa terjalin dengan kukuh
serta sentiasa bertolak ansur dan beralah demi menjaga hati saudara yang bukan sebangsa
yang menjadi rakyat di negara ini.
Catatan dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia juga bukanlah bermakna sepenuhnya
kuasa veto itu terletak di tangan bangsa Melayu, dalam menyediakan Hak Istimewa kepada
ketuanan Melayu, bangsa-bangsa lain juga bebas memperjuangkan ‘ketuanan’ mereka
masing-masing samada dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Mereka bebas untuk
mengamalkan budaya dan cara hidup sendiri, bebas dalam meningkatkan taraf ekonomi
kaum, bebas beragama, bebas meneruskan sistem pendidikan sekolah jenis kebangsaan
Cina dan Tamil dengan mengekalkan pengajaran bahasa ibunda masing-masing dan
sebagainya. Faktor ini membuktikan bahawa konsep Ketuanan Melayu itu, bukanlah satu
konsep yang mengiktiraf bahawa bangsa Melayu itu menjadi tuan, sementara kaum-kaum lain
menjadi hamba kepada bangsa Melayu. Negara mana yang memberi kelonggaran seluas ini
sedangkan bukankah orang yang mendatang mesti menyesuaikan diri dengan negara yang
dikunjunginya.
Selain itu, kita wajar mengakui bahawa Melayu dominan dari segi politiknya dan hak-hak
Melayu dilindungi di sisi Perlembagaan, tetapi sejauh mana benarnya istilah ketuanan Melayu
bermaksud menghambakan kaum lain mesti dijawab oleh pihak yang berkenaan. Kita tidak
pernah terlepas pandang bagaimana harmoninya rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum menjalani kehidupan seharian. Keharmonian ini mesti dizahirkan secara jujur
dan ikhlas, agar tiada wujud rasa sangsi dan iri hati sehingga istilah ketuanan Melayu yang
telah digunakan turun temurun itu pun mendatangkan masalah.
Mungkin benar mata pelajaran sejarah diberi pendedahan seluas-luasnya dan mesti
diwajibkan di semua peringkat dan aliran, supaya rakyat lebih memahami apa makna sebenar
ketuanan Melayu.
Bangsa-bangsa lain masih ada ketuanan di negara asal mereka tetapi Melayu inilah negara
tanah tumpah bangsa Melayu. Tiada dua jauh sekali tiga, oleh itu kekalkan istilah ketuanan
Melayu.

(idéologi) faham (ajaran) yg dipakai atau yg dicita-citakan utk dasar pemerintahan dll: demokrasi ialah satu ~ yg
diagung-agungkan oleh orang-orang yg bertamadun; berideologi mempunyai ideologi, ada ideologinya;
berideologikan menggunakan sesuatu fahaman sbg ideologi: sistem politik yg ~ nasionalisme.
HUBUNGAN ETNIK 

Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan
secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti
wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah,
nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai
kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan,
Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu
menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang
rendah dan dianggap ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral.

Ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke arah penggubalan prinsip Rukun Negara dan kepentingan lima prinsip
tersebut bagi menghasilkan individu dan masyarakat yang dihasratkan oleh objektif dan matlamat ideologi itu dalam
konteks perpaduan hubungan etnik di Malaysia. 

“…Saya menyeru warga Malaysia berusaha bersama saya memperkukuhkan perpaduan nasional. Kita harus
mempertahankan dan meningkatkan hubungan harmoni yang terjalin dalam kalangan warga yang
berlatarbelakangkan pelbagai agama, kaum, budaya dan bahasa. Kita harus terus istiqamah dalam membina satu
kesamaan identiti yang kukuh berakar dalam persekitaran Negara Malaysia, berlandaskan segala keistimewaan yang
terkandung dari pelbagai budaya. Kita hendaklah terus menghargai semangat toleransi dan saling menghormati yang
menjadi penentu kepada kedamaian dan perdaduan yang kita capai…”. 

Kata-kata ini diungkapkan adalah untuk merealisasikan sebuah ideologi yang bergelar Rukun Negara. Ideologi
bermaksud ajaran atau satu bentuk fahaman yang boleh dijadikan pegangan hidup atau cita-cita yang hendak
dicapai secara bersungguhsungguh dalam pemerintahan demokrasi yang diagung-agungkan oleh orang-orang yang
bertamadun. Dalam konteks Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan, ia merujuk kepada lunas-lunas dalam dasar
pemerintahan demokrasi untuk dijadikan panduan am tindakan rakyat di Malaysia. 

Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan dan satu visi
bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa
penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 

Konsep Rukun Negara 

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup
bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek
kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian
dan kemakmuran negara Malaysia. 
Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk
mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara
yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di
Negara ini untuk membentuk warga berintegriti. 

Prinsip Rukun Negara 

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran
negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden; 
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: 

• Kepercayaan kepada Tuhan 


• Kesetiaan kepada Raja dan Negara 
• Keluhuran perlembagaan 
• Kedaulatan undang-undang 
• Kesopanan dan kesusilaan 

Sejarah Pembentukan Rukun Negara

Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari
Kemerdekaan Kali Ke-13. Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika
itu memikul tanggungjawab menjalankan pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada
16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh
seorang Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu perbalahan
antara etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam),
1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur). 

Rukun Negara adalah hasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara
(MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara di bawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak,
MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis
Perundingan Negara. 

Faktor Penggubalan Prinsip Rukun Negara 

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu.
Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di
Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang
Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang
Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih
timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara
tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka
yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969. 

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang
terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih
tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang
Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan
dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan.
Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan
tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang
syaratsyarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan
kepada Tanah Melayu. 

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-
Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun
menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga
(Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam. Turut memburukkan keadaan adalah
kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan
menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960. 
Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang secara
tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew
menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya
peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi
hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku
sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui. 

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah 
memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka 
Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah
mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem
kerajaan berparlimen digantung. 

Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan
Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab
menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan
Agong. 

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara
yang bertanggungjawab untuk membincang
dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum.
Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di
Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan.
Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan
ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju
membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip
utama. 

Objektif dan Matlamat Rukun Negara 

Penggubalan Rukun Negara sudah tentu mempunyai objektifnya tersendiri. Objektif Rukun Negara adalah seperti
berikut; 

(a) Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran Negara dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara. Masyarakat
yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dibahagikan dengan adil dan saksama. Bagi mencapai
tujuan ini pihak pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing
dengan pihak-pihak lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan
seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain. 

(b) Untuk memelihara cara hidup demokratik 


Perlembagaan Negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatankegiatan berpolitik rakyat negara ini
asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak boleh
disalahgunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman atau bagi memusnahkan demokrasi. 

Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan.
Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu pihak, jika tidak,
kestabilan dan keselamatan negara akan terancam. 

(c) Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat Semua rakyat hendaklah
mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli-ahli masyarakatnya mengangap diri
mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing. 

Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud. Keadaan ini
bertambah rumit lagi kerana wujud ketidak seimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur
perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat
tanpa mengira kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara. 

(d) Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan
matlamat perpaduan negara. Negara kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam
yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah
bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan
dan menjadi sumber kekuatan kepada Bangsa dan Negara Malaysia. 

(e) Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden Kita bercita-cita
hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi
selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini sedang
menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi. 

Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan
kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat
Wawasan 2020. Tetapi kemajuan tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas
agama dan nilai-nilai ketuhanan. 

Penjelasan Prinsip Rukun Negara 

(a) Kepercayaan kepada Tuhan 

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan
beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang
sama sekali. 

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam
kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan
negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-
masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara. 

(b) Kesetiaan Kepada Raja dan Negara 

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan 


dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-
Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-
Pertua Negeri bagi negerinegeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah
merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara
hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di
peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat
mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di- Pertuan Agong. 

(c) Keluhuran Perlembagaan 


Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi
perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. 
Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan
serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. 

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan
demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-
mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-
ekonomi di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosioekonomi rakyat. 

(d) Kedaulatan Undang-Undang 

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang
negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Unang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. 

Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan
bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas
dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang
aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapa bergerak
dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat.
Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-
perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh
Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-
cara yang tidak menurut Perlembagaan. 

(e) Kesopanan dan Kesusilaan 

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk
membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang
berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau
sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua
kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni. 

Kepentingan Rukun Negara untuk menghasilkan individu dan masyarakat yang dihasratkan oleh objektif dan
matlamat ideologi itu dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu
perpaduan negara adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama
ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman
dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara
rusuhan,pergaduhan kaun dan sebagainya. 

Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan
pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka
dan berdaulat. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya
taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasanan politik yang stabil. Kecemerlangan dalam
bidang pendidikan, keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan
akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang. 

Rukun Negara harus dihayati oleh semua lapisan masyarakat: warganegara Malaysia. Rukun Negara adalah satu nilai
yang perlu dicapai. Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan. Rukun Negara adalah satu visi bagi
merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan Malaysia. 

Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak mempunyai semangat
patriotik kepada Malaysia. Rukun Negara juga tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang
itu tidak mengetahui asal usul dan sejarah Malaysia, iaitu negaranya sendiri. Rukun Negara tidak memberi sebarang
kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu tidak dapat berfikir dengan rasional dan secara ilmiah. 

Kita sebagai warganegara Malaysia harus menyokong dan melibatkan diri dalam setiap program, dasar dan
rancangan kerajaan yang bertujuan untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera. 

Negara yang aman haruslah dipelihara. Pemeliharaan keamanan adalah tugas dan tanggungjawab semua
warganegara. Kita harus hidup secara aman dan harmoni. Kita jangan melakukan kegiatan yang boleh mencetus
salah faham antara kaum. Kita perlu patuhi undang-undang sepanjang masa. 

Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita kecapi sekarang adalah hasil daripada komitmen, kerjasama
dan perpaduan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak termasuk individu, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan
(NGO). 

Keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati ini tidak mampu bertahan sekiranya rakyat tidak
bersatu dan tidak memberi kerjasama kepada kerajaan. 

Kita harus menyokong dan melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh memupuk perpaduan. Kita jangan menyentuh
kegiatan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. Tindakan ini boleh mengancam keamanan negara.
Perpaduan kaum yang erat membolehkan negara kita menghadapi dan menangani sebarang cabaran masa depan.
Rakyat yang bersatu padu dan negara yang aman akan dihormati dan dikagumi oleh negara luar. Semangat
kerjasama semua pihak penting sebagai benteng untuk menghadapi segala bentuk cabaran yang boleh mengancam
kemakmuran, keamanan, kesejahteraan masyarakat dan negara kita. 

Kesimpulan 

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ni telah menyebabkan
semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat
menghindari sifat curigamencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin
dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu
akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu
sendiri. 

Oleh itu kewujudan rukun negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah pencapaian perpaduan dalam kalangan
semua etnik di Malaysia. Apabila rakyat Malaysia menghayati maksud Rukun Negara dengan sepenuhnya, maka ia
akan memudahkan proses pentadbiran negara kerana rakyat mula sedar tentang konsep hormat-menghormati
antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit, latar belakang dan budaya sesuatu masyarakat. Sehubungan
dengan itu matlamat Rukun Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prejudis. 
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia
penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah
diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri. 

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,bermuhibah tanpa mengira kaum
sertaa bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu
negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan
sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik. 

Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah
sudah dilupakan serta tidak lagi relevan dalam konteks kehidupan hari ini. Tindakan seperti mempertikaikan kuasa
Raja-Raja Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi; kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera serta protes dan demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti Kesetiaan kepada
Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila
pihak yang terbabit membuat percaturan. 

Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara negara 
yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari
kaum yang berbilang bangsa, hidup bersama tanpa timbul masalah besar. 

Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan iri 
hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa bahawa iklim kemakmuran dan
keamanan negara yang selama ini dikecapi hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing. 

Negara kita juga tidak sunyi dengan isu disiplin pelajar sekolah atau remaja yang semakin merosot, sanjungan yang
semakin longgar terhadap guru dan warga emas serta pengabaian terhadap kanak-kanak. Suasana ini memberi
isyarat bahawa tahap kesopanan dan kesusilaan segelintir masyarakat semakin rapuh. 

Anda mungkin juga menyukai