Anda di halaman 1dari 6

7.

0 JUSTIFIKASI PELABURAN

Pelaburan yang akan dilakukan haruslah mengambil kira perancangan masa hadapan. Hal ini
demikian, kami mengumpul segala maklumat kewangan daripada pelbagai sumber untuk
membuat keputusan yang tepat. Malah, pelaburan yang bakal dilakukan harus mengambil kira
situasi semasa yang berlaku iaitu pandemik Covid 19. Dengan masa yang ada, kami melakukan
perbincangan dan bertukar pendapat serta idea agar pelaburan yang akan dilakukan berbaloi.
Berdasarkan empat pilihan pelaburan tersebut, kami membuat keputusan untuk melakukan dua
jenis pelaburan apabila memperoleh RM 100, 000 dengan mengambi kira pandemik Covid19
yang berlaku. Pelaburan yang pertama ialah pelaburan amanah saham dan seterusnya ialah
simpanan tetap.

7.1 PELABURAN AMANAH SAHAM

Keputusan yang telah dibuat ialah dengan meletakkan RM 30, 000 untuk pelaburan
amanah saham. Wang ini akan dilaburkan dalam pelaburan Amanah Saham Berhad.
Pelaburan ini khas untuk bumiputera maka kami berfikir sesuai dengan kami yang
bertaraf bumiputera. Walaupun begitu, untuk golongan bukan bumiputera, mereka boleh
melabur di Amanah Saham Berhad namun memilih produk alternatif yang lain. Hal ini
bertujuan agar kami mempunyai simpanan alternatif serta dapat memberikan pulangan
yang konsisten dalam jangka masa panjang.

Had pelaburan maksimum adalah sebanyak RM 200, 000 sahaja dan ini adalah
syarat bagi pelaburan asas. Namun begitu, setiap pengagihan pendapatan tidak dikira
dalam had RM 200, 000. Hal ini bermaksud sekiranya kami melabur sebanyak RM 200,
000 pada tahun 2020, dan kadar dividen yang diumumkan ialah 6%. Maka kami akan
memperoleh RM 12, 000, maka duit tersebut tidak termasuk kepada RM 200, 000 yang
sudah ada dalam akaun ASB. Oleh itu dengan kadar dividen semasa sebanyak 5.5%,
kami akan melaburkan sebanyak RM 30, 000 dalam akaun Amanah Saham Berhad.

Seterusnya, pelaburan ini sangat mudah dan fleksibel. Hal ini dapat ditunjukkan
apabila pelabur dapat melabur sebanyak RM 10 minimum dan dapat dilakukan di mana-
mana cawangan bank seperti Maybank, RBH Bank, CIMB dan sebagainya. Malah
pembukaan akaun bank juga boleh dilakukan di Pos Malaysia. Tambahan pula, agen-
agen ASB yang dipercayai boleh dijumpai di mana-mana. Sebagai contoh, agen-agen
tersebut juga melakukan kempen di institusi pendidikan tinggi untuk menggalakkan
pelabur muda terlibat dalam pelaburan. Fleksibelnya pelaburan ini dapat dilihat apabila
tiada caj dikenakan bagi jualan dan jualan balik tidak seperti unit amanah lain yang
mengenakan caj sebanyak 5% daripada nilai pelaburan.

Salah satu sebab lain yang menyebabkan kami melakukan pelaburan di Amanah
Saham Berhad ialah risiko yang rendah. Melihat sejarah ASB yang pernah menerima
dividen yang paling tinggi iaitu 10% dan kini mengalami penurunan dari tahun ke tahun.
Memahami keadaan ekonomi global pada masa terkini, pelabur memahami baha dan
pasaran kini mengalami penurunan. Walaupun penurunan dividen berlaku, risiko yang
rendah serta tidak menjejaskan pelabur dapat dilihat apabila pelabur masih menerima
5.5% dividen pada tahun 2019. Maka kami akan melabur pada bulan September dengan
jangkaan dividen sebanyak 5.5%. Sekiranya, kadar dividen pada tahun 2020 meningkat,
kami turut akan merasai keuntungan tersebut namun sekiranya kadar dividen menurun
atau tepat sama, pelaburan ini tidak akan menjejaskan kami.

Walau bagaimanapun, kami bersepakat untuk melaburkan kesemua RM 30, 000


di ASB dan tidak melakukan penyimpanan secara berkala. Hal ini untuk mengelakkan
kadar minimum rendah dan kami bertekad untuk tidak melakukan pengeluaran
melainkan untuk hal-hal yang kecemasan sahaja. Sekiranya kami melakukan
penyimpanan secara berkala iaitu penyimpanan setiap bulan, pelaburan tersebut akan
menjejaskan pulangan kerana dividen dikira berdasarkan jumlah minimum setiap bulan.
Oleh itu, kami akan bentangkan pengiraan yang dilakukan untuk menunjukkan
perbezaan penyimpanan secara keseluruhan dan penyimpanan secara bulanan bagi
satu tahun iaitu 12 bulan.

Pengiraan tersebut akan menggunakan formula di bawah:

Jumlah Baki Minimum Bulanan


× Dividen ASB
12 Bulan

Kadar dividen ASB yang terkini ialah 5.5%. Dividen ini akan berubah setiap
tahun mengikut pasaran saham semasa.
Jadual 1 menunjukkan Julah Dividen ASB berdasarkan Simpanan Tidak Tetap

Bil Bulan Baki Awal Tambahan Pengeluaran Baki Akhir Baki


(RM) (RM) (RM) (RM) Minimum
(RM)
1 September 2, 500 - - 2, 500 2, 500
2 Oktober 2, 500 2, 500 - 5, 000 2, 500
3 November 5, 000 2, 500 - 7, 500 5, 000
4 Disember 7, 500 2, 500 - 10, 000 7, 500
5 Januari 10, 000 2, 500 - 12, 500 10, 000
6 Februari 12, 500 2, 500 - 15, 000 12, 500
7 Mac 15, 000 2, 500 - 17, 500 15, 000
8 April 17, 500 2, 500 - 20, 000 17, 500
9 Mei 20, 000 2, 500 - 22, 500 20, 000
10 Jun 22, 500 2, 500 - 25, 000 22, 500
11 Julai 25, 000 2, 500 - 27, 500 25, 000
12 Ogos 27, 500 2, 500 - 30, 000 27, 500
Jumlah Baki Minimum Bulanan 167, 500
Jumlah Baki Minimum Bulanan 13, 958.33
12 Bulan

Jumlah Baki Minimum Bulanan


Dividen ¿ × Dividen ASB
12 Bulan

RM 167 ,500
¿ ×5.5 %
12 Bulan

¿ RM 13 , 958.33 × 5.5 %

¿ RM 767.70

Jadual 1 menunjukkan Julah Dividen ASB berdasarkan Simpanan Secara Terus

Bil Bulan Baki Awal Tambahan Pengeluaran Baki Akhir Baki


(RM) (RM) (RM) (RM) Minimum
(RM)
1 September 30, 000 - - 30, 000 30, 000
2 Oktober 30, 000 - - 30, 000 30, 000
3 November 30, 000 - - 30, 000 30, 000
4 Disember 30, 000 - - 30, 000 30, 000
5 Januari 30, 000 - - 30, 000 30, 000
6 Februari 30, 000 - - 30, 000 30, 000
7 Mac 30, 000 - - 30, 000 30, 000
8 April 30, 000 - - 30, 000 30, 000
9 Mei 30, 000 - - 30, 000 30, 000
10 Jun 30, 000 - - 30, 000 30, 000
11 Julai 30, 000 - - 30, 000 30, 000
12 Ogos 30, 000 - - 30, 000 30, 000
Jumlah Baki Minimum Bulanan 360, 000
Jumlah Baki Minimum Bulanan 30, 000
12 Bulan

Jumlah Baki Minimum Bulanan


Dividen ¿ × Dividen ASB
12 Bulan

RM 360 ,000
¿ ×5.5 %
12 Bulan

¿ RM 30 , 000 ×5.5 %

¿ RM 1 , 650.50

7.2 SIMPANAN TETAP


Pelaburan yang kedua kami pilih ialah pelaburan tetap di cawangan bank Maybank Islamic
Fixed Deposit. Hal ini demikian kerana, pelaburan di akaun simpanan tetap dapat memperoleh
pulangan berbanding akaun persendirian. Simpanan tetap memberikan pulangan mengikut
tempoh matang. Tempoh matang setiap bank adalah berbeza dengan kadar faedah yang
berbeza. Kami bercadang untuk menyimpan sejumlah wang sebnyak RM 70, 000 selama
setahun iaitu 12 bulan. Selagi belum cukup tempoh matang iaitu selama setahun, kami tidak
dibenarkan untuk melakukan pengeluaran.
Kemudahan simpanan tetap ialah selagi simpanan belum mencapai jumlah yang
dikehendaki dan tempoh matang yang ditetapkan, penyimpan tidak dibenarkan untuk
melakukan sebarang pengeluaran . Maka, dengan peraturan dan polisi yang dikenakan,
penyimpan akan menyimpan secara konsisten dan mendapat pulangan yang berbaloi. Terdapat
cawangan bank yang memberi pilihan untuk menyimpan sendiri atau menolak secara terus
daripada gaji bulanan untuk mencapai jumlah simpanan yang ditetapkan. Hal ini memudahkan
individu tersebut untuk menyimpan sejumlah wang daripada pendapatan bulanan dan
mengelakkan amalan boros dalam perbelanjaan.

Dengan mengambil kira faktor pandemik Covid 19 yang melanda di negara kita, kami
memutuskan untuk menyimpan sejumlah wang yang besar. Hal ini demikian kerana, sekiranya
simpanan tersebut telah mencapai tempoh matang, kami boleh memilih untuk meneruskan
pelaburan atau melakukan pengeluaran ke akaun simpanan persendirian. Hal ini demikian
kerana dengan simpanan ini, kami dapat melakukan persediaan berhadapan dengan hal-hal
kecemasan atau kegunaan masa hadapan.

Salah satu sebab kami memilih untuk meletakkan RM 70, 000 di akaun simpanan tetap
ialah pulangan yang terjamin. Kami telah melakukan pengiraan pulangan yang bakal kami
terima sekiranya kami menyimpan di akaun simpanan tetap. Kadar faedah yang ditawarkan
oleh Maybank Islamic Fixed Deposit ialah sebanyak 3.35% iaitu cukup tinggi anggaran
pulangan bagi setiap bank ialah antara 3% hingga 4%. Melalui kadar faedah tersebut, kami
melakukan pengiraan seperti di bawah untuk melengkapkan justifikasi kami.

Jadual 3 menunjukkan Baki Jumlah Matang Setiap Bulan bagi Simpanan Tetap

Bil Bulan Baki Awal Tambahan Pengeluaran Baki Akhir Baki Jumlah
(RM) (RM) (RM) (RM) Matang
1 September 70, 000 - - 70, 000 70, 195.42
2 Oktober 70, 195.42 - - 70, 195.42 70, 391.38
3 November 70, 391.38 - - 70, 391.38 70, 587.89
4 Disember 70, 587.89 - - 70, 587.89 70, 784.95
5 Januari 70, 784.95 - - 70, 784.95 70, 982.55
6 Februari 70, 982.55 - - 70, 982.55 71, 180.71
7 Mac 71, 180.71 - - 71, 180.71 71, 379.43
8 April 71, 379.43 - - 71, 379.43 71, 578.69
9 Mei 71, 578.69 - - 71, 578.69 71, 778.52
10 Jun 71, 778.52 - - 71, 778.52 71, 978.90
11 Julai 71, 978.90 - - 71, 978.90 72, 179.84
12 Ogos 72, 179.84 - - 72, 179.84 72, 381.34

Baki Jumlah Matang ¿ ( Baki 12AwalBulan


Bulanan
× Kadar Faedah )+ Baki Akhir

¿ ( RM12 70Bulan
, 000
× 3.35 % ) + RM 70 , 000

¿ RM 195. 41+ RM 70 , 000

¿ RM 70 , 195.41

Pulangan akhir bagi simpanan tetap yang bakal diterima dengan kadar faedah
3.35% selama 12 bulan ialah sebanyak RM 72, 381.34. Manakala pelaburan ASB yang
terus selama setahun dengan kadar dividen 5.5% memberikan pulangan sebanyak
RM 31, 650.50. Justifikasi di atas membuka mata kami bahawa kami membuat
keputusan yang tepat untuk melakukan dua pelaburan berikut.

8.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, setiap pelaburan ini mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri.  Pelabur
haruslah bijak memillih pelaburan yang sesuai dan mudah difahami.  Hal ini demikian kerana
terdapat banyak skim pelaburan yang telah berjaya menipu ramai pihak.  Oleh itu, pelaburan-
pelaburan ini hendaklah dianalisis dan dikaji dengan mendalam agar pelabur mengetahui
mengenai risiko yang bakal diterima dan pemerolehan pulangan yang berpatutan dengan
jumlah awal pelaburan.

Anda mungkin juga menyukai