Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : 1 UTM

Tarikh/Hari : 4 Julai 2019/ Khamis

Masa : 7:40-8:10 pagi

Bilangan Murid : /28

Tajuk : Apresiasi Muzik

Standard Kandungan : 1.2 Elemen Seni Muzik

Standard Pembelajaran : 2.1.1 Mengenal, memahami dan membezakan warna ton suara

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


1. Membezakan warna ton suara manusia
2. Menyanyikan lagu Suaraku dengan ton suara yang sesuai

Pengetahuan Sedia Ada Murid sudah mengetahui suara manusia.

Kemahiran Berfikir (KB) 1. Murid dapat membanding beza bunyi


2. Murid dapat membuat bunyi mengikut keutamaan.
3. Murid dapat mengaplikasi elemen muzik.

Penerapan Nilai : 1. Murid mendengar arahan yang diberikan oleh guru.


2. Murid memberi tumpuan sewaktu guru mengajar.
3. Murid berkelakuan disiplin
Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan
Set induksi
Bahan Bantu Mengajar : Alatan Audio, Alatan Tayangan KB
Menyusun ikut
7 minit PERSEDIAAN GURU 1. Murid dipasang lagu Kalau Rasa keutamaan
Fokus MI : Muzik
Guru memasang bunyi audio lagu Didi Gembira Didi and Friends untuk Menghubung kait
Membuat
Amalan pedagogi masa : Pembelajaran
and Friends Koperatif
Kalau Rasa Gembira. menarik minat. gambaran
kini 2. Murid menyanyikan lagu Didi and
Kemahiran sosial Nilai & Sikap
Kemahiran Insaniah : Friends dan membuat gaya yang Berani
Kemahiran komunikasi Kerjasama
terdapat dalam lagu tersebut.
Bantu Membantu
3. Guru menerangkan objektif
pembelajaran pada hari ini.
BBM
Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Alat audio
Catatan
Langkah 2 KB
10 minit MEMBEZAKAN WARNA TON SUARA 1. Murid mendengar bunyi audio yang Menyusun ikut
MANUSIA dipasang oleh guru keutamaan

Guru menayangkan gambar. 2. Murid akan meneka bunyi audio Menghubung kait
Membuat
Guru memasang audio bagi ton suara tersebut sesuai dengan gambar yang
gambaran
manusia berikut diberikan.
- Suara bercakap 3. Kumpulan yang mendapat jawapan
Nilai & Sikap
- Suara bernyanyi yang betul akan mengajuk suara
Berani
- Suara memanggil tersebut. Kerjasama
- Suara berbisik 4. Murid yang lain akan
mengikut Bantu Membantu
- Suara lelaki kumpulan tersebut mengajuk ton suara
- Suara perempuan tersebut. BBM
5. Aktiviti ini berlangsung selama 4 Senduk kayu
pusingan. Kotak minuman
Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan
Beg kertas
Langkah 3
1. Guru memasang lagu Suaraku. Penutup mata
8 minit MENYANYIKAN LAGU SUARAKU KB
2. Murid mendengar lagu Suaraku. Menyusun ikut
DENGAN TON SUARA YANG SESUAI keutamaan
3. Murid menyanyikan Suaraku dengan Menghubung kait
bimbingan guru.
Nilai & Sikap
4. Guru menekankan bunyi ton suara yang Berani
berbeza yang terdapat lagu ini. Mendengar arahan

BBM
Alatan Audio
Alat Tayangan
Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan
Penutup
6 minit RUMUSAN 1. Murid diberi token penghargaan dalam KB
kumpulan masing dan dituntut dengan Menyusun ikut
keutamaan
hadiah pada hujung bulan. Menghubung kait
2. Guru merumuskan apa yang dipelajari
Nilai & Sikap
pada hari ini. Berani
Mendengar arahan

BBM
Alatan Audio
Alat Tayangan
Catatan Guru Pembimbing:

Catatan Pensyarah Penyelia:


Refleksi

Sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini dapat dijalankan dengan lancar mengikut
rancangan pengajaran harian yang disediakan. Keberkesanan pengajaran pada hari ini diukur
apabila murid dapat mencapai objektif pembelajaran pada hari ini. Pada hari ini sebanyak 70%
murid dapat mencapai kedua-dua objektif yang pertama manakala 30% dapat mencapai objektif
yang pertama namun objektif kedua berada pada tahap sederhana. Pelbagai kelemahan dan
kekuatan yang berlangsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kekuatan yang boleh dikenal pasti dalam langkah 2 di mana guru menggunakan
pelbagai suara untuk membezakan ton suara. Penggunaan gambar yang sesuai dalam aktiviti
dapat merangsang pembelajaran secara visual adan pembelajaran auditori di mana murid
dikehendaki untuk mendengar bunyi. Dengan adanya aktiviti ini, objektif pembelajaran dapat
dicapai dengan mudah apabila murid kelihatan dapat memadankan bunyi audio dan gambar
yang sesuai.

Kelemahan bagi sesi pengajaran ini adalah pada set induksi. Set induksi yang
dijalankan kurang berkait dengan aktiviti pembelajaran pada hari ini. Guru menggunakan lagu
Didi and Friends yang bertajuk Kalau Rasa Gembira untuk menarik minat murid. Walau
bagaimanapun, aktiviti yang dijalankan bagi set induksi seboleh-bolehnya berkait dengan sesi
pembelajaran pada hari ini. Oleh itu penambahbaikan boleh dilakukan pada aktiviti seterusnya
dengan melakukan aktiviti yang berkait dengan aktiviti pembelajaran pada hari ini supaya murid
mendapat gambaran tentang apa yang mereka akan pelajari pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai