Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN 3 PENULISAN REFLEKTIF

Berdasarkan tugasan tiga, saya dikehendaki untuk memilih satu isu sepanjang proses
menjalankan tugasan projek. Tugasan tersebut merupakan penstrukturan semula dan
kewujudan semula tanaman herba yang sudah lama ditinggalkan di tepi kafe. Sebelum saya
mengambil keputusan untuk melakukan projek tanaman herba ini, halaman di tepi kafe
tersebut tidak kelihatan seperti taman herba langsung dengan semak-samunnya yang
banyak. Sepanjang saya lalu lalang di hadapan taman tersebut untuk ke kelas, saya
beranggapan bahawa taman tersebut merupakan tempat terbiar. Apabila tugasan projek
diamanahkan kepada saya dan rakan-rakan, kami mula masuk ke taman herba tersebut buat
pertama kali. Pada mulanya saya berasa agak kecewa melihat persekitaran taman herba
tersebut yang penuh dengan sampah buangan dan pokok yang tidak terurus. Namun demi
menjalankan tanggungjawab, saya melakukan langkah pertama di taman herba tersebut
denganh menyiram pokok-pokok untuk terus subur.

Melalui pembelajaran yang berasaskan projek ini, satu kesedaran telah timbul dalam
diri saya. Kesedaran untuk mengenali pelbagai pokok. Saya menyedari bahawa saya
mempunyai ilmu yang sangat cetek mengenai penjagaan pokok yang betul. Pengalaman
sebelum yang saya ada mengenai penjagaan pokok ialah cara menyiram pokok yang sering
diterapkan di rumah atas paksaan ibu saya. Bagi generasi kini seperti saya, tumbuh-tumbuhan
ini sekadar dilihat sebagai tanaman penghias atau beranggapan tumbuh-tumbuhan yang
tumbuh melata ini sebagai semak samun sahaja. Tidak diketahui nama apalagi khasiatnya.
Lazimnya, saya biasa melihat tumbuh-tumbuhan ini dijadikan ulam, tanaman hiasan atau
sekadar semak-samun ditepi jalan tetapi ruginya saya tidak mengetahui dengan lebih
mendalam lagi, sedangkan pengkaji tumbuh-tumbuhan bukan sahaja mengetahui namanya
malah khasiat serta nilai perubatannya juga turut berjaya dibongkar. Saya sering merungut
dan beranggapan bahawa tumbuh-tumbuhan yang hidup atau tumbuh melata, menyemakkan
dan tidak mempunyai sebarang manfaat tersendiri sedangkan setiap kejadian Tuhan itu pasti
ada gunanya kepada manusia. Banyak rahsia tumbuhan di alam ini masih tidak diketahui dan
tersimpat rapi dan harus diterokai oleh manusia.

Terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan daripada pelbagai spesies berbeza di


dalam dunia ini. Setiap satu daripada spesies-spesies ini mempunyai keistimewaan tertentu
yang berbeza-beza samada dari segi bentuk, warna, serta ciri-ciri lain termasuk nilai-nilai
perubatan. Lebih kurang 1 ,200 spesies iaitu 8% daripada tumbuhan di negara ini dikatakan
mempunyai nilai perubatan dan telah digunakan sejak turun temurun sebagai ramuan di
dalam penyediaan ubat herba tradisional. Sebahagian daripada sediaan ubat herba
tradisional ini, telah diproses dan dijual dalam bentuk yang menyerupai sediaan fannaseutik
dalam bentuk krim, pil dan kapsul. Suatu definisi yang menyeluruh berkaitan ubatan daripada
herba adalah seperti berikut ;

‘.....medicinal products that contain as active ingredients aerial or underground part or


parts of plants, or other plant material, or combinations thereof, whether in crude state or as
plant preparations. Plant material includes juices, gums, fatty oils, essential oils, and any other
substances of this nature ... '

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Tanaman herba ubatan juga didefinisikan secara umumnya sebagai tumbuhan,


bahagian-bahagian tumbuhan, atau ekstrak tumbuhan yang digunakan untuk tujuan
perubatan (Herb Trade Association, 1976 ). Definisi kedua ini merupakan definisi yang
menjadi asas bagi keseluruhan projek penyelidikan ini temtama bagi jenis-jenis tanaman
herba ubatan yang disenaraikan di dalam penemuan pada bahagian seterusnya.

Seterusnya, kembali kepada projek asal iaitu Herbal Garden. Penstrukturan semula
dilakukan dengan lancar apabila rumput-rumput yang panjang dan semak-samun yang
banyak telah ditebas oleh petugas lanskap. Perasaan gembira melihat Herbal Garden
semakin bersih apabila kami membuang sampah-sarap yang bertimbunan di situ. Lazim bagi
kami untuk datang menyiram pokok dengan kadar yang sepatutnya bagi pokok tersebut malah
dengan jadual penyiraman yang dibina membuatkan semua ahli kumpulan lebih
bertanggungjawab untuk mewujudkan semula taman herba. Sepanjang kami belajar di taman
herba, kami juga mempelajari bahawa tanaman pokok di situ memri manfaat kepada manusia
dari segi pencegahan ataupun perawatan penyakit. Sebagai contoh, kami mempelajari
bahawa buah mahkota dewa mampu mengurangkan penyakit darah tinggi dan mencegah
kanser dan sering digunkaan sebagai perubatan tradisional di kampung. Di taman herba ini
juga terdapat satu pokok yang mempunyai daun yang rimbun yang dipanggil daun asam
gelugor. Daun tersebut boleh dimakan begitu sahaja namun saya nasihatkan supaya
bersihkan daun tersebut dengan air terlebih dahulu sebelum makan.

Pengalaman pahit turut terjadi apabila kami saya mendapati terdapat pokok yang mati.
Pengalaman ini amat menyedihkan apabila kami melawat taman kami dan kami temui
terdapat pokok yang layu yang tidak mempunyai harapan untuk tumbuh. Pelbagai punca
dikenal pasti untuk mengetahui punca kematian pokok tersebut. Salah satu sebab pokok
tersebut mati ialah keadaan tanah yang gersang. Kami dapati terdapat satu kawasan yang
tanahnya sangat gersang dan tidak sesuai untuk penanaman pokok yang baru tumbuh. Anak-
anak pokok perlu dipelihara dengan sangat teliti dan penjagaan anak pokok memainkan
peranan jangka hayat pokok tersebut. Maka dalam hal ini, pelbagai perkara dari pelbagai
aspek perlu dititikberatkan agar kejadian yang sama tidak berulang lagi. Pengalaman pahit
tidak terhenti di sini apabila kami mendapati rumput-rumput tersebut menaik dengan cepat.
Hal ini membuatkan kami risau tentang persaingan pokok dan rumpuit yang ada. Hal ini
membuatkan kami menerima fikiran untuk meracuni rumput-rumput tersebut namun setelah
kami berbincang kami merasakan meracun rumput adalah perkara yang tidak seharusnya
dilakukan untuk melestarikan alam sekitar. Hal ini mungkin akan mempengaruhi pokok-pokok
lain yang hidup subur dan mekar.

Di samping itu, kami diberi pendedahan dengan baja organik buatan sendiri yang boleh
dilakukan di rumah oleh Tuan Haji Puzi. Baja organik tersebut diperbuat dengan
menggunakan ikan, tumbuhan-tumbuhan dan gula merah. Cara pembuatan yang sangat
ringkas dan mudah dan sangat menarik membuatkan saya berasa kagum dengan baja
organik tersebut. Kami telah melakukan cubaan dengan meletakkan baja organik tersebut di
taman herba kami dan ajaibnya dengan kuasa Tuhan terdapat tumbuhan dan pokok yang
pada mulanya layu namun kini hidup dengan subur. Pendedahan tentang baja organik
tersebut sangat membantu tanaman herba hidup dengan jangka masa yang panjang dengan
khasiat yang diberi. Kadar penggunaan baja organik ini haruslah bersesuaian dengan pokok
tersebut. Menurut Tuan Haji Puzi, baja organik tersebut diletakkan di keliling pokok dengan
kadar yang sangat minima. Hal ini berikutan, terdapat tumbuhan yang mati akibat penggunaan
baja yang yang berlebihan. Baja organik buatan sendiri juga turut boleh dijual di pasaran
dengan haraga yang berpatutan. Maka, baja merupakan satu elemen yang bertindak sebagai
katalis dalam mempercepatkan kadar penumbuhan pokok.

Pelbagai pengalaman yang saya perolehi semasa menyempurnakan tugasan projek


ini sama ada pahit ataupun manis. Pendedahan terhadap pokok-pokok yang pelik dan unik
merupakan pengalaman yang paling istimewa. Perkara ini terjadi semasa saya menolong
mencari sebatang pokok yang bakal disedekahkan kepada kumpulan Tiny Forest. Saya
mengambil inisiatif untuk mengenali pokok-pokok dengan memuat turun satu aplikasi yang
dikenali sebagai ‘PlantSnap’ di mana aplikasi ini berfungsi dengan mengambil gambar pokok
tersebut untuk mengenal pasti nama pokok ini berserta manfaatnya kepada manusia. Dalam
saya memilih pokok yang sesuai, saya menjumpai pelbagai jenis pokok seperti pokok avocado
yang hidup subur di lereng-lereng bukit dan di tepi longkang. Pokok avocado sangat menarik
perhatian saya sebagai pokok yang ini diberikan kepada kumpulan Tiny Forest namun
berdasarkan kesesuaian pokok tersebut saya biarkan pokok tersebut hidup subur di tempat
asal dan beralih kepada pokok lain. Perasaan sedih yang menyelubungi saya hilang apabila
saya menjumpai pokok Ara yang sangat sesuai dan menjadi pilihan saya untuk mencabut
pokok tersebut dengan hati-hati dan diberikan kepada kumpulan Tiny Forest.
Pada 24 September 2019, kami telah menyahut Hari Ozon Sedunia dengan
mendengar pembetangan daripada panel dari pelusuk negara di Hotel Tenera. Hari Ozon
Sedunia yang disambut bersempena dengan tema ’32 Years and Healing’ yang menandakan
kerjasama antarabangsa dalam melindungi lapisan ozon dan iklim cuaca di bawah Montreal
Protocol. Satu kajian saintifik yang terkini telah menunjukkan bahawa lapisan ozon kembali
p[ulih dengan kadaran 1-3% per dekad sejak tahun 200. Pemulihan lapisan ozon ini kembali
mengingatkan kita untuk meruskan momentum tersebut demi penduduk dan planet Buni yang
selamat dan sihat. Terdapat satu panel daripada Malaysia yang mengagumkan saya di mana
beliau telah melakukan pemasangan penghawa dingin menggunakan bahan ammonia
semula jadi. Pembentangan beliau mengenai pengendalian bahan ammonia dalam
pemasangan penghawa dingin di pejabat yang berjaya dilakukan sangat terkesan dengan
Hari Ozon Sedunia. Usaha beliau untuk memulihkan lapisan ozon telah mendapat mendapat
perhatian dari negara United Kingdom dan Jepun. Malah dalam sesi soal jawab, mereka
berbincang untuk melakukan penambahbaikan tentang pengendalian bahan ammonia
terhadap bahan elektrik yang lain seperti peti ais. Hal ini kerana, bahan semula jadi dapat
mengurangkan pengeluaran klorofluorokarbon oleh bahan elektrik yang boleh menyebabkan
nipisnya lapisan ozon. Maka, saya dapat pelajari bahawa dengan adanya ilmu dan usaha, kita
dapat berbakti kepada alam dengan mengurangkan pencemaran alam dengan mengeluarkan
bahan yang berbahaya kepada alam.

Kesimpulannya, saya merasakan bahawa kursus elektif terbuka Lestari Alam Sekitar
banyak memberi saya pelbagai maklumat dan membuatkan minda saya terbuka tentang alam
sekitar yang harus kita terokai dan kita jaga sebaiknya. Melalui, pembelajaran berasaskan
projek ini, saya dapat mengetahui nilai-nilai perubatan tradisional yang ditemui daripada
tanaman herba. Malah perubatan berasaskan tanaman herba seharusnya diperjelaskan lagi
kepada masyarakat di Malaysia supaya semua orang mendapat manfaatnya. Penerapan
sayang kepada alam sekitar harus ditanam sedalamnya kepada generasi demi generasi agar
penduduk Bumi masih merasai nikmat alam sekitar yang sihat. Maka, kursus elektif terbuka
Lestari Alam Sekitar ini merupaka kursus yang sesuai untuk bakal pendidik yang bertindak
sebagai medium penyampaian maklumat dari semasa ke semasa untuk melahirkan generasi
akan datang yang menghargai nikmat alam yang sihat.
RUJUKAN
Baja Organik Sisa Dapur. (2018). Didapatkan dari Harian Metro:
https://www.hmetro.com.my/hati/2018/09/375944/baja-organik-sisa-dapur

Hobbs, Christopher. (2017). An Outline of The History of Herbalism An Overview and


Literature. Didapatkan dari http :1 /www. gaiagarden. com/ articles/history_
herbal_ medicine.html

International Day for the Preservation. (2019). Didapatkan dari


https://www.un.org/en/events/ozoneday/

Tumbuhan Herba . (2017). Didapatkan dari http://ipgmktar.edu.my/etnobotani/wp-


content/uploads/2017/08/Tumbuhan-Herba-TE.pdf

Zand, Janet. (2016). Herbal Medicine. Didapatkan dari


http://www.darcynat.com/world_herb_approach.htm

Anda mungkin juga menyukai