Anda di halaman 1dari 13

KERTAS CADANGAN

GOTONG ROYONG PERDANA

Pendahuluan

Persekitaran sihat adalah persekitaran yang bebas daripada unsur-unsur yang


membahayakan kesihatan. Ini termasuk binatang dan serangga pembawa penyakit seperti
tikus, nyamuk, lalat dan lipas. Selain daripada itu, unsur-unsur yang boleh mencemarkan air,
makanan, udara dan tanah juga membahayakan kesihatan. Persekitaran yang tidak sihat
mengancam kesihatan dan kesejahteraan manusia. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan setiap
individu untuk memahami, menghargai dan menyumbang kepada persekitaran bersih dan
sihat. Persekitaran bersih dan sihat penting untuk :

• Memastikan keperluan asas kehidupan kita seperti air, udara dan makanan sentiasa bersih
dan berterusan.
• Mewujudkan suasana yang indah dan menenangkan fikiran.
• Menyumbang kepada kesejahteraan emosi.
• Mengurangkan bahaya dan risiko jangkitan penyakit kerana ini secara langsung
mengurangkan pembiakan nyamuk, lipas, lalat dan tikus.
• Mendorong individu melakukan aktiviti fizikal seperti beriadah dan senaman.
• Menimbulkan minat dan memberi keselesaan untuk bekerja dengan tekun.
• Meningkatkan prestasi kerja dan produktiviti.
• Menimbulkan keharmonian keluarga dan masyarakat.

Kebersihan adalah tuntutan semua agama dan amat dihargai oleh semua ahli
masyarakat. Persekitaran yang bersih dan sihat harus dilindungi agar kita boleh meneruskan
kehidupan yang sejahtera. Perkara yang boleh kita lakukan untuk mewujudkan persekitaran
bersih dan sihat adalah:

• Amalkan pembuangan sampah sarap yang sempurna


- Jangan membuang sampah merata-rata

1
- Masukkan sampah sarap domestik/rumah ke dalam beg plastik dan ikat dengan kemas.
Seterusnya masukkan beg plastik tersebut ke dalam tong sampah yang ditutup dengan
sempurna.
• Sampah sarap boleh juga ditanam. Elakkan pembakaran secara terbuka.
• Kitar semula bahan-bahan buangan seperti botol, tin dan kertas untuk mengurangkan
sampah sarap.
• Kenalpasti dan musnahkan tempat-tempat pembiakan binatang dan serangga pembawa
penyakit seperti tikus, nyamuk, lalat dan lipas.

Kita bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran walau di mana kita berada.


Sebagai menyahut hasrat kerajaan, maka pihak J/kuasa 3K sekolah dan PIBG dengan sebulat
suara bersetuju untuk melaksanakan satu program kesihatan sekolah seperti yang dinamakan
di atas dalam usaha untuk memupuk kesedaran dan meningkatkan tahap kesihatan pelajar
Tahap 2 sekolah ini dan juga masyarakat setempat. Program ini juga ibarat ‘serampang dua
mata’ di mana selain dari berfokuskan aspek kesihatan ianya juga turut menekankan
penerapan nilai-nilai murni di kalangan peserta.

Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam
lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum.
Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu,
dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang
kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman
permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-
royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di
rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu
dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam
era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu
menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian,
lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga
tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar
buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-
sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap

2
penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong
setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam,
banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama
mencapai sesuatu perkara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah,
mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang
mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana
sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan
itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan
gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan
material masyarakat mahupun pembangunan insan.

Tujuan

Program 3K merupakan satu program yang menjurus ke arah menghasilkan suasana


persekitaran sekolah yang memberangsangkan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3K merujuk kepada Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Secara amnya jika ketiga-tiga
elemen ini diterapkan ke dalam suasana persekitaran sekolah, sudah pasti para guru dan
pelajar akan menjadi lebih selesa, selamat dan berkeyakinan dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Kertas cadangan ini dikemukakan dengan tujuan untuk mendapatkan kelulusan serta
sokongan bagi menjalankan satu aktiviti gotong royong di SK Seri Perlis yang turut
melibatkan masyarakat setempat. Program ini diharapkan bukan sahaja dapat meningkatkan
taraf kebersihan sekolah malah ianya juga turut dapat menerapkan nilai-nilai murni di
kalangan peserta sekaligus membantu negara menuju ke arah negara yang sihat dan
cemerlang di masa depan.

Secara amnya, dari sudut kebersihan merangkumi kebersihan murid, guru-guru,


pengusaha kantin dan keseluruhan sekolah seperti kantin, bilik darjah, bilik-bilik khas, tandas,
kolam ikan, taman-taman mini, tempat pembuangan sampah, longkang dan lain-lain.
Manakala bagi Kesihatan pula merangkumi penggunaan bilik kesihatan, kantin dari segi
penyimpanan makanan, stok, bahan-bahan berbahaya dan kualiti makanan. Program-program

3
kesihatan juga diambil kira seperti penyakit berjangkit, makanan seimbang, program bersama
Kementerian Kesihatan iaitu penjagaan gigi dan kesihatan murid. Keselamatan amat penting
di sekolah. Justeru itu keselamatan perlu merangkumi semua aspek termasuk keselamatan
murid dan warga sekolah. Kemudahan sekolah juga perlu diambil kira seperti sistem
penyelenggaraan yang baik, sistem penggunaan basikal dan kereta, sistem jalan kaki, sistem
menghantar anak ke sekolah dan lain-lain. Kesemua ini perlu ditekankan agar tidak ditimpa
sebarang kemalangan yang tidak diingini.

Persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat amat perlu bagi meningkatkan
keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan
intelek.Yang penting bagi SK Titi Tinggi ialah bukanlah siapa yang paling bersih, sihat dan
selamat tetapi sejauh mana budaya itu dapat disemai di kalangan warga sekolah secara
keseluruhan.

Nama Program
Gotong Royong Perdana

Tema Program
“Sekolah Bersih Pemangkin Generasi Unggul Peneraju Negara”

Matlamat

Menerusi program ini diharapkan semua pihak yang terlibat terutamanya di kalangan
pelajar akan dapat mengamalkan gaya hidup sihat yang menitikberatkan aspek kesihatan yang
berkekalan dan menjadi satu cara hidup. Program ini dirangka bagi melahirkan kesedaran
terhadap amalan aspek kebersihan sekaligus mewujudkan modal insan yang aktif, produktif,
berdaya saing dan berketrampilan dalam memandu negara melampaui era yang serba
mencabar ini. Kejayaan program ini juga bakal menjadi petunjuk dan panduan kepada pihak-
pihak lain untuk turut sama melaksanakannya.

4
Objektif

Di akhir program adalah diharapkan para pelajar akan disemaikan dengan nilai-nilai
murni yang berkekalan ke arah menjadi individu yang sihat dan cergas sepanjang masa. Sifat
ini juga diharapkan akan disebarluaskan dan menjadi ikutan sekalian anggota masyarakat
sekaligus membantu merealisasikan aspirasi kerajaan ke arah mewujudkan bangsa Malaysia
yang mengamalkan gaya hidup sihat. Adalah menjadi hasrat kami untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang bersih dan sihat serta menyebarluaskan maklumat dan
kesedaran kepada para pelajar serta komuniti setempat perihal 'Kebersihan dan Kesihatan'
serta kemudaratan yang bakal dibawa oleh gaya hidup yang tidak sihat sekiranya perkara ini
tidak dikawal dan diatasi dengan segera. Seterusnya, bertindak memberi pendidikan bagi
membantu golongan yang yang didapati mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat di dalam
mengawal dan mengatasi perkara ini sebelum ianya menjadi lebih parah dan tak terkawal.

Format Pelaksanaan

1. Mesyuarat awal J/kuasa 3K peringkat sekolah diadakan bagi membincangkan dan


merangka pelaksanaan program.
2. Setelah mendapat kelulusan pihak atasan, mesyuarat susulan akan diadakan
melibatkan semua ahli J/kuasa Induk dan J/kuasa Kerja yang telah dicadangkan.
3. Kerja-kerja mendapatkan peruntukan dan sumbangan yang diperlukan dijalankan.
Disusuli dengan kerja-kerja persiapan peralatan dan tempahan segala peralatan dan
keperluan lain.
4. Warga sekolah (Tahap 2) dan masyarakat setempat dimaklumkan tentang program
yang bakal dijalankan
5. Promosi dijalankan menerusi media eletronik, media cetak dan juga poster-poster serta
kain rentang yang akan dipaparkan di lokasi-lokasi yang strategik.
6. Pendaftaran peserta.
7. Perjumpaan dan penerangan secara terperinci perjalanan program kepada para peserta
8. Pesrta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang akan diberikan tugas-tugas
yang spesifik. Namun semua peserta digalakkan bantu-membantu dan bekerjasama.
9. Peserta menjalankan tugas yang telah ditetapkan dengan bantuan dan bimbingan pihak
AJK yang telah dilantik.

5
10. Jamuan makan kepada peserta diadakan berkonsepkan 'group picnic'.
11. Program ini juga turut diselitkan dengan unsur pertandingan sebagai motivasi kepada
peserta. Setiap kumpulan akan dinilai oleh panel khas berkenaan tugas yang telah
ditetapkan dari aspek kepantasan, kekemasan dan juga kerjasama. Hadiah istimewa
disediakan kepada pemenang.
12. Laporan program disediakan dan disebarluaskan.

Penganjur

1. J/kuasa 3K SK Titi Tinggi


2. PIBG
3. PPD/JPN

Tarikh

2 Ogos 2011

Tempat

Sekolah Kebangsaan Titi Tinggi

Sasaran

 Komuniti setempat yang berada di sekitar sekolah (lelaki dan perempuan)


 Guru-guru dan staf sokongan.
 Para pelajar Tahap 2.

6
Carta Organisasi

Penaung: Pengarah JPNPs


Penasihat: Guru Besar
Pengerusi: Ketua J/kuasa 3K SK Titi Tinggi
Setiausaha: Pengerusi PIBG
Bendahari: Pen. Kanan Pentadbiran
AJK:
1. Jawantankuasa Urusetia
2. Jawatankuasa Makanan
3. Jawatankuasa Perasmian Penutup dan Juruacara
4. Jawatankuasa Pengangkutan
5. Jawatankuasa Aktiviti
6. Jawatankuasa Keselamatan dan Pertolongan Cemas
7. Jawatankuasa Dokumentasi
8. Jawatankuasa Peralatan
9. Jawatankuasa Persiapan Tempat
10. Jawatankuasa Siaraya
11. Jawatankuasa Sanitasi
12. Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata

Perincian tugas bagi setiap jawatankuasa adalah seperti berikut:

1. Jawantankuasa Urusetia
1. Melantik AJK
2. Menguruskan surat pelantikan jawatankuasa pengelola dan ahli-ahli
3. Bekerjasama dengan jawatankuasa jemputan, penyambut tamu, dan protokol untuk
urusan surat jemputan
4. Membuat tempahan sijil dan cenderamata peserta
5. Bekerjasama dengan JK perasmian penutup
6. Menyelaraskan tugasan di antara semua JK kerja
7. Memaklumkan kelulusan kepada pihak-pihak berkuasa seperti polis,

7
8. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

2. Jawatankuasa Makanan
1. Melantik AJK
2. Mendapatkan jumlah peserta dan pegawai yang terlibat
3. Memastikan tahap kualiti makanan yang tinggi
4. Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi
5. Memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan
6. Menentukan menu bagi kumpulan tertentu ( vegetarian )
7. Mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan
8. Menentukan lokasi penyediaan makanan
9. Memastikan jumlah khemah mencukupi
10. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan dan pembelian barangan mentah

3. Jawatankuasa Perasmian Penutup dan Juruacara


1. Melantik AJK
2. Menyediakan backdrop
3. Mengadakan raptai perasmian penutup
4. Menyusun aturcara penutup
5. Menyusun peralatan di khemah VIP dan tetamu
6. Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa
7. Bekerjasama dengan jawatankuasa siaraya
8. Menentukan tempat
9. Mengemas semula selepas upacara
12. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

4. Jawatankuasa Pengangkutan
1. Melantik AJK
2. Menyediakan pengangkutan untuk kegunaan semua j/kuasa (mengikut keperluan)
3. Menyediakan pengangkutan untuk mengambil atau memulangkan alatan
4. Bekerjasama dengan bahagian Jawatankuasa Aktiviti dan yang berkaitan
5. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan

8
5. Jawatankuasa Aktiviti
1. Melantik AJK
2. Menyediakan jadual aktiviti dengan petugas-petugas
3. Menyelaras dan memantau urusetia/ petugas bahagian dan perjalanan aktiviti
4. Menyediakan borang pertandingan dan borang keputusan
5. Menyediakan format/ syarat pertandingan
6. Menentukan jumlah hakim pertandingan
7. Menyediakan anggaran perbelanjaan

6. Jawatankuasa Keselamatan dan Pertolongan Cemas


1. Melantik AJK
2. Memaklumkan kepada hospital/pusat kesihatan
3. Memohon pihak kesihatan membuat “fogging” kawasan
4. Menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku
kecemasan (berhubung dengan j/kuasa pengangkutan)
5. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas
6. Menyediakan petugas dengan peralatan yang mencukupi semasa/ setiap aktiviti yang
dijalankan.
7. Memastikan petugas mahir dalam Pertolongan Cemas

7. Jawatankuasa Dokumentasi
1. Melantik AJK
2. Membuat rakaman foto keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)
3. Membuat rakaman video keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas)
4. Mendokumentasikan program dan menyerahkannya kepada urus setia

8. Jawatankuasa Peralatan
1. Melantik AJK
2. Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang
diperlukan
3. Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan
4. Memastikan alatan selamat digunakan
5. Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup

9
9. Jawatankuasa Persiapan Tempat
1. Melantik AJK
2. Menyediakan/ Menanda kawasan mengikut kumpulan
3. Memastikan peraturan dipatuhi setiap masa
4. Menyediakan tapak pelupusan sampah

10. Jawatankuasa Siaraya


1. Melantik AJK
2. Menyediakan peralatan siaraya yang secukupnya
3. Menyediakan petugas siaraya
4. Memastikan semua peralatan siaraya berfungsi dengan baik

11. Jawatankuasa Sanitasi


1. Melantik AJK
2. Menyediakan plastik sampah untuk setiap kumpulan
3. Menyediakan tong sampah yang bersesuaian di lokasi-lokasi tertentu
4. Memastikan seluruh kawasan bersih sepanjang masa
5. Mencadangkan tapak lokasi pembuangan sampah terkumpul
6. Menyediakan plastik-plastik khas di tandas
7. Memastikan tandas dan bilik air sentiasa bersih
8. Menyediakan sekurang-kurangnya 2 tong sampah besar

12. Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata


1. Melantik AJK
2. Menyusun tempahan hadiah
3. Menguruskan cenderamata VIP dan hakim
4. Menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pertandingan dan sijil pemenang
(Johan, Naib Johan dan Ketiga)
5. Menyediakan keperluan alatan untuk majlis penyampaian hadiah
6. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang daripada JK Pertandingan
7. Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah
8. Memastikan penerima bersiap sedia awal

1
9. Menyediakan beberapa pelajar ‘stand by’ untuk menerima hadiah

Tentatif Program

7.00 pagi Pendaftaran dan sarapan

8.00 pagi Taklimat dan agihan kumpulan

8.30 pagi Ketibaan Tetamu Kehormat


Majlis Perasmian

9.00 pagi Program bermula

10.00 pagi Jamuan Ringan (diedarkan kepada setiap kumpulan)

10.30 pagi Program bersambung

12.30 petang Rehat dan Jamuan

2.00 petang Program bersambung

6.00 petang Majlis Penutup dan Bersurai

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti RM Tindakan

1 Makan-minum 100 orang x RM 8.00 RM 800.00

3 Sewaan khemah 10 x RM 50.00 RM 500.00

4 Sewaan Siaraya RM 1500.00 x 1 hari RM 1500.00

1
Publisiti (Brosur, poster, 30 item RM200.00
5
bunting)

6 Hadiah / Cenderamata RM 3500.00 RM3500.00

Jumlah RM6500.00

Penutup:

Kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara amat bergantung kepada taraf


kesihatan warganegaranya. Warga yang sihat dan cergas akan menjadi aset yang amat
berharga bagi sesebuah negara. Amatlah sukar bagi negara lain untuk menjatuhkan sesebuah
negara yang mempunyai tenaga yang sihat serta cergas.

Kesihatan dan kecergasan akan dapat mempastikan individu mencapai kecemerlangan


dalam berbagai bidang ilmu. Ini kerana badan yang cergas akan menjadikan minda cerdas.
Sekaligus proses mendapatkan ilmu pengetahuan menjadi mudah. Di zaman globalisasi ini,
jatuh bangun sesebuah negara juga bergantung pada keupayaan rakyatnya menguasai berbagai
bidang ilmu terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi.

Bibliografi:
Ee Ah Meng (1995). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Fajar Bakti Sdn. Bhd

1
Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Senarai Semak Penyediaan Kertas Kerja Sekretariat Rakan Muda UTM. Muat turun 8 Mac
2010 dari http://www.docstoc.com/docs/20995139/SENARAI-SEMAK-PENYEDIAAN-
KERTAS-KERJA

StressManagementTips.com. (2010). Stress Management for Kids. Muat turun 8 Mac 2010
dari http://www.stressmanagementtips.com/kids.htm

The Nemours Foundation. (2010). KidsHealth: Kids and Exercise. Muat turun8 Mac 2010
dari http://kidshealth.org/parent/nutrition_fit/fitness/exercise.html

Wee Eng Hoe. (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (2nd. ed.). Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti.

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pk/sp_kbsr_kbsm_p_kesihatan.pdf

www.sis.pitt.edu/~gray/ITMgnt/lectures/effectivePPTpresentations.ppt

http://communication.howstuffworks.com/effective-powerpoint-presentations1.htm

http://ashevilleprivateschool.com/odyssey-community-school/plans-for-the-odyssey-
community-schools-community-garden/

http://www.koehlerart.com/gallery_pages/Fgallery21-3.htm

Anda mungkin juga menyukai