Anda di halaman 1dari 9

Pemikiran Deduktif:

Keuntungan besar sebagai makhluk yang memiliki suatu kemampuan berfikir dan
bertindak dengan akal fikirannya, dibanding dengan makhluk yang lain. Sejarah telah
membuktikan betapa besar sumbangan dari pemikiran manusia untuk meningkatkat taraf hidup
dan kesejahteraan umat manusia. Dalam hal ini diperlukan suatu tingkat kecerdasan oleh
seseorang untuk atau dalam meramal suatu pemecahan permasalahan secara logik dan sistematik.

Peradaban lalu bahkan sampai sekarang karya pemikiran seseorang dikembangkan dalam
suatu perkaedahan. Hingga lebih logik dan boleh dipertanggungjawabkan tingkat kebenarannya.
Dalam hal demikian maka diperlukan suatu kemampuan dan daya fikir yang kritis serta
pengalaman-pengalaman yang banyak. Sebenarnya bentuk yang dirancang dalam hal ini sebagai
awal mula dari suatu penyelidikan, bahawa manusia sudah mulai berupaya untuk mencari jalan
pemecahan yang sebaik-baiknya. Pemikiran inilah yang pada akhirnya dinamakan pendekatan
deduktif.

Kebenaran dalam pendekatan deduktif sangat bersaskan dari dasar pemikiran sebelumnya
yang sudah diterima oleh khalayak umum, dan sesuai dengan kemampuan daya naluri dan
pengetahuan seseorang. Dasar pemikiran yang benar, yang didokong oleh pengetahuan dan
kemampuan berfikir seseorang secara analitik dan sistematik untuk memperoleh suatu kebenaran
pengetahuan. Pemikiran deduktif selalu berdasarkan pada pengalaman-pengalaman dan
perluasan suatu pengetahuan yang sebelumnya. Dan perkaedahan ini sebagai suatu penghubung
antara teori dengan pengamatan, kalau berfikir demikian memungkinkan peneliti menarik suatu
kesimpulan berdasarkan teori yang sudah ada tentang suatu fenomena yang harus diamati.

Deduksi dari teori dapat menghasilkan suatu hipotesis, sebagai suatu yang sangat penting
dalam penyelidikan ilmiah. Kesimpulan seperti ini benar, bila yang menjadi dasar teori juga
benar dan dapat dipertanggungjawabkan. Dasar pemikiran dalam pendekatan deduktif harus
diketahui terlebih dahulu dan dinyatakan benar. Jadi teori ini pula dikenali sebagai teori
koherensi yang menyatakan sesuatu dikatakan benar apabila tidak bertentangan dengan
pernyataan sebelumnya.

Pada akhirnya dapat diperoleh suatu kesimpulan bahawa berfikir deduktif merupakan
suatu proses berfikir yang bertolak dari dasar-dasar pengetahuan umum (logika berfikir /
penalaran) dan menarik suatu kesimpulan atas dasar pernyataan-pernyataan tersebut menjadi
suatu kebenaran.

Kemudian pada cara pendekatan deduktif yang dimulai dari suatu kesimpulan, suatu
perumusan yang logik dan konsisten dalam fikiran manusia untuk kemudian diuji dalam pelbagai
peristiwa. Apabila teruji maka panjanglah umur dari pemikiran itu, tetapi apabila tidak teruji
maka akan diganti oleh perumusan pemikiran yang lain.

Dalam hubungannya dengan ini orang sering mengatakan, bahawa pendekatan deduktif
merupakan proses berfikir yang bertolak dari dasar pengetahuan yang umum atau dengan dalil-
dalil yang umum, kemudian untuk membahasakan hal-hal yang khusus.

Pemikiran Induktif:

Francois Bacon (1561-1626) dalam arief Furchan (1982 : 23) menghendaki, bahawa para
pemikir hendaknya tidak merendahkan diri begitu saja dengan menerima pernyataan orang yang
mempunyai kuasa sebagai kebenaran mutlak. Ia yakin bahawa seseorang penyelidik dapat
membuat suatu kesimpulan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan melalui suatu
pengamatan langsung dan meneruskan dengan menggeneralisasikan dari hasil-hasil pengamatan
setelah melaui suatu proses analisis.
Selanjutnya berfikir induktif merupakan suatu proses berfikir yang bertolak dari fakta-
fakta yang dikumpulkan melalui suatu pengamatan dan merangkaikan fakta-fakta tersebut
menjadi suatu pengetahuan. Atau suatu cara berfikir dari dasar-dasar pengetahuan yang khusus
dari hal-hal yang khusus untuk dijadikan dalil. Sedang teori korespondensi dinyatakan bahawa
sesuatu pernyataan itu dikatakan benar apabila didukung oleh data-data empiris.

Jadi dapat disimpulkan bahawa dalam pendekatan deduktif, bahawa seseorang kurang
mempercayai pengetahuan seseorang, kerana pada dasarnya pengetahuan seseorang itu berbeza-
beza dalam kadar kemampuannya. Untuk itu justeru fakta dari hasil pengamatan langsung itu
sebagai suatu kebenaran nyata.
Analisis:

Dalam logik, kita sering merujuk kepada dua kaedah iaitu deduktif dan induktif.
Pemikiran deduktif bergerak dari umum kepada yang lebih spesifik. Kadangkala ini dipanggil
pendekatan "top-down". Kita mungkin akan bermula dengan memikirkan satu teori tentang
sesuatu topic yang menarik minat kita. Kita kemudiannya menjuruskannya kepada hipotesis-
hipotesis yang lebih spesifik yang boleh kita uji. Kita kemudiannya menjuruskannya lebih
mendalam lagi bila kita mengumpul pemerhatian-pemerhatian bagi hipotesis-hipotesis tadi. Ini
akhirnya akan membolehkan kita menguji hipotesis-hipotesis tadi dengan data yang spesifik, satu
pengesahan bagi teori-teori kita tadi.

Theory

Hypothesis

Observation

Confirmation

Pemikiran induktif sebaliknya berlawanan dari konsep pemikiran deduktif tadi iaitu ianya
bergerak dari pemerhatian-pemerhatian yang spesifik ke generalisasi yang lebih meluas dan
teori-teori. Secara tidak rasmi, kita kadangkala mengenalinya sebagai pendekatan "bottom up".
Dalam pemikiran induktif, kita bermula dengan pemerhatian dan pengukuran yang spesifik,
mengesan corak dan kekerapan, mencipta beberapa hipotesis tentative yang boleh diteroka, dan
akhir sekali membina kesimpulan umum ataupun teori-teori.
Theory

Tentavie Hypothesis

Pattern

Observation

Kedua-dua kaedah ini memiliki beza yang ketara bila kita menjalankan penyelidikan.
Pemikiran induktif, adalah lebih bersifat terbuka dan boleh diteroka, terutamanya di peringkat
awal penyelidikan. Pemikiran deduktif adalah lebih bersifat “sempit” dan menumpukan
pengujian atau pengesahan hipotesis. Walaupun sesutau kajian itu kelihatan bersifat deduktif
(contoh: satu eksperimen yang direkabentuk untuk menguji hipotesis kesan-kesan rawatan ke
atas sesuatu), kebanyakan kajian sosial melibatkan kedua-dua proses pemikiran deduktif dan
induktif pada sesuatu tahap dalam projek tersebut. Malah, ianya tidak perlu pendapat seorang
pakar atau saintis yang geliga untuk melihat bahawa kita boleh menggabungkan kedua-dua graf
di atas menjadi satu.

Hubungan Antara Model Deduktif & Induktif

Hipotesis

Teori-teori Pencerapan Induksi


Deduksi

Generalisasi

Empirikal
Rumusan:

Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagi jawapan
yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan
yang mengelirukan. Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:

1. Logik induktif- bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap
butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.

2. Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh


yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil
secara logik.

Ramai orang menyatakan bahwa berkembangnya logika induktif karena logika deduktif
sudah tidak memadai lagi untuk menemukan premis yang memadai. Walaupun sebenarnya ada
kelemahan hasil dari logika induktif itu sendiri, iaitu sering terjadi lompatan dari “sebahagian”
menjadi “semua”. Namun demikian berkembangnya logika induktif telah membangun suatu ‘in
depth study’ atau kajian mendalam terhadap seluruh fenomena sosial dan keilmuan, bahkan
terhadap teks. Logika induktif membimbing pada suatu pengalaman partisipatif, di mana
seseorang harus menjadi ‘inner’ dari suatu kejadian atau peristiwa keilmuan dan sosial, dan
bukan ‘the outer’ yang berdiri di luar realiti sambil menarik kesimpulan tentang realiti itu.

Di sisi lain, logika induktif menurut Salmon akan memuat suatu fakta kebenaran dan
didukung oleh kesimpulan yang benar serta terukur. Ertinya, premis-premis dalam logika
induktif itu terukur, karena memuatkan indikator dan variabel empiris yang nyata. Dikatakan
juga bahwa argumen induktif itu sendiri dapat memperluaskan pengetahuan faktual kita. Itu
bererti bahwa logika induktif mendokong keberadaan aktual manusia sebagai homo sapiens.
Bertolak dari hal yang khusus menunju hal yang umum adalah corak kesimpulan dalam logika
induktif. Walau demikian generalisasi dalam logika induktif selalu berdasar pada empirik dan
disertai dengan penjelasan. Contoh:

Kes: banyak angsa berbulu putih

Kesimpulan: semua angsa berbulu putih

Kesimpulan ini bertolak dari sebuah empirik yang ditemui di suatu waktu dan pada
tempat tertentu. Di suatu waktu dan di tempat lain akan ditemui fakta yang berbeza, misalnya di
Australia ternyata ada angsa yang berbulu hitam. Ertinya kesimpulan generalisasi berdasarkan
logika induktif di atas boleh terjadi pada “keliru pemikiran”. Dengan demikian ketika ditemukan
empirik yang baru, maka kesimpulan logika induktif tadi harus berubah, dengan disertai
penjelasan.
Logika deduktif adalah penalaran yang membangun atau menilai argumen deduktif.
Argumen dinyatakan deduktif jika kebenaran dari kesimpulan ditarik atau merupakan
konsekuensi logis dari premis-premisnya. Argumen deduktif dinyatakan sah atau tidak sah,
bukan benar atau salah. Sebuah argumen deduktif dinyatakan sah jika dan hanya jika
kesimpulannya merupakan konsekuensi logis dari premis-premisnya. Contoh argumen deduktif:

1. Setiap mamalia punya sebuah jantung

2. Semua kuda adalah mamalia

3. ∴ Setiap kuda punya sebuah jantung

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara logi deduktif dan induktif:

DEDUKTIF INDUKTIF

Jika semua premis benar maka kesimpulan Jika premis benar, kesimpulan mungkin benar,
pasti benar tapi tak pasti benar.

Semua informasi atau fakta pada Kesimpulan memuat informasi yang tak ada,
kesimpulan sudah ada, sekurangnya secara bahkan secara implisit, dalam premis.
implisit, dalam premis.
Bibliografi:

Hashim Musa. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu: Suatu Pengenalan, Petaling Jaya,
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Palmer, Richard E., Hermeneutika: Teori Baru Mengenai Interpretasi, terj. Mansyur Hery &
Damanhuri Muhammed, Yogyakarta: Pustaka Pelajar, cetakan I, Novemver 2003

Salmon, Merrielee H., Introduction to Logic and Critical Thinking, second edition, San Diego,
New York: Harcourt Brace Jovanovich, Publishers, 1989

Sumaryono, E., Dasar-dasar Logika, Yogyakarta: Kanisius, 1999

Watoloy, A., Buku Ajar Filsafat Ilmu, Program Pascasarjana (S2) Sosiologi Universitas
Pattimura, Ambon 2007

Reeve, C.D.C. 1992. Practice of Reason: Aristotles Nicomachean Ethics. Oxford, Clarendon
Press.

Anda mungkin juga menyukai