Anda di halaman 1dari 4

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN


KEPUJIAN Semester 1 tahun 3

PENILAIAN ALTERNATIF : UJIAN 2

KAMPUS : IPG KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL, TERENGGANU

ANGKA GILIRAN : 2 0 1 8 0 9 2 3 4 0 0 0 5

KOD KURSUS : BMMB3103


KURSUS : PENULISAN KREATIF SASTERA KANAK-KANAK
MASA : 1 JAM
JUMLAH MARKAH : 15 MARKAH

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu soalan


struktur: Soalan 1 (a) : 5 Markah
Soalan 1 (b) : 10 Markah
2. Jawab SEMUA soalan.
3. Jawapan boleh ditulis secara bertaip. Sila pastikan jawapan anda ditulis dengan
jelas. Sila hantar jawapan anda menerusi google classroom, e-mel, aplikasi
telegram atau whatsapp kelas masing-masing mengikut masa yang telah
ditetapkan. Bagaimana pun arahan lanjut akan ditentukan oleh pensyarah masing-
masing pada hari ujian.

4. Tempoh masa ujian ialah satu jam. Sila pastikan jawapan dihantar segera sebaik
sahaja masa ujian tamat.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

© 2020 Hak Cipta JPM IPGKDRI


SULIT BMMB3103

SOALAN 1
(15 markah)

Jawab semua soalan.

1. Manusia yang mempunyai kebolehan kreatif telah direkodkan sebagai manusia yang
berbakat semula jadi yang dapat meletakkan manusia pada satu tahap yang berbeza
daripada manusia lain.

(Hizairi Othman, 2000)

a Berikan lima perkara yang boleh dijadikan petunjuk bahawa seseorang


personaliti itu memiliki ciri-ciri peribadi kreatif.

1. Penulis adalah manusia cerewet


2. Penulis adalah pencinta bahasa
3. Penulis menujukan tulisannya kepada manusia lain
4. Penulis mempunyai persepsi
5. Manusia yang penuh rasa

Individu yang kreatif mempunyai personaliti istimewa berbanding dengan


orang biasa. Setiap perkara yang dilakukan oleh mereka akan mendapat
perhatian daripada orang ramai. Individu yang kreatif akan mencipta sesuatu
produk yang bahan dan unik. Setiap produk yang dihasilkan bertujuan
menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam bidang penulisan kreatif, idea yang
muncul membolehkan individu kreatif mencipta sesuatu sepeni menulis cerita,
sajak, cerpen, dan puisi yang mampu meninggalkan kesan mendalam kepada
manusia yang menikmatinya. Individu kreatif boleh juga dilihat berdasarkan
kelainan yang ada pada dirinya. Namun, mereka sering kali tidak menyedari
tentang kebolehan kreatif yang ada dalam diri mereka. Ada juga dalam
kalangan mereka menganggap bahawa kelebihan kreatif tersebut lahir tanpa
disedari atau tidak disengajakan. Pakar-pakar menyatakan bahawa individu
kreatif dapat diketahui menerusi kaedah menanggapi sesuatu dan
memperlihatkan persepsi yang berbeza terhadap sesuatu yang dilakukannya.

Insan yang kreatif tidak mudah menerima kekurangan yang ada dalam
dirinya. Mereka juga sering kali tidak berasa puas terhadap pencapaian yang
telah diperoleh. Oleh itu. mereka akan sentiasa berusaha untuk mencapai
kemuncak kepuasan di samping berusaha menemukan jalan terbaik untuk
kepuasannya. Individu kreatif tidak akan gentar untuk menghadapi sebarang
kemungkinan sama ada gagal atau sebaliknya. Sekiranya gagal, mereka
akan berusaha mencari pelbagai alternatif untuk mengatasi dan menjayakan
sesuatu yang telah dimulakannya. Mereka tidak akan sekali-kali mengalah
atau menyerahkannya kepada takdir semata-mata. Sikap positif sedemikian
membolehkan mereka berjaya dalam bidang yang diceburi. 

[5 markah]

b Bahaskan proses kreatif dalaman dan luaran yang dilalui oleh setiap insan
dalam menghasilkan karya.

Proses kreatif berperanan untuk membentuk dan menyampaikan sesuatu


yang bermanfaat kepada manusia. Proses kreatif melalui penulisan
memerlukan komitmen dan kesungguhan yang tinggi untuk memberikan
manfaat dan melahirkan kelangsungan peranan penulis kepada pembaca.
Pembacaan ini membantu memberikan ilham dan mematangkan seseorang
untuk menghasilkan karya yang lebih bermutu. Peranan yang ditampilkan
oleh proses kreatif ini dapat diteliti menerusi pembacaan mendalam terhadap
karya-karya yang dihasilkan lebih awal. Secara umumnya, proses kreatif
dapat dibahagikan kepada dua iaitu proses dalaman (intrinsik) dan luaran
(ekstrinsik).

Peranan proses kreatif secara intrinsik melibatkan sesuatu yang tersirat dan
tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Perkara tersebut hanya dapat
diketahui sekiranya karya-karya yang terhasil diteliti dengan mendalam.
Peranan yang sering diperkatakan oleh setiap penulis adalah untuk
menghasilkan karya yang bermutu atau berkualiti. Apabila seseorang
pengarang melalui proses kreatif yang sempurna, maka karya yang
dihasilkan dapat membentuk pemikiran bernas dan berkualiti. Penghasilan
karya yang berkualiti merupakan suatu proses yang mengambil masa
panjang kerana terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dan dipatuhi.
Disiplin ini menjanjikan sesebuah karya dapat dihasilkan dalam masa yang
singkat atau sebaliknya. Mereka mesti mengikuti disiplin-disiplin secara
dalaman yang tidak dapat diteliti dengan jelas untuk menghasilkan karya
yang bermutu. Bentuk dalaman ini bersifat peribadi dan melibatkan perasaan
pengarang.

Proses kreatif yang dilalui dalam proses luaran melibatkan perkara-perkara


yang berlaku di luar dan di sekeliling pengarang. Peranan proses kreatif
secara luaran ialah peranan yang melibatkan sesuatu yang tersurat dan
dapat dilihat jelas dengan mata kasar. Apabila pengarang melalui proses
kreatif, hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis seseorang. Proses luaran yang dilalui melibatkan
pertimbangan yang dilakukan dalam pelbagai aspek termasuk penggunaan
aspek bahasa. Penggunaan perkataan yang menarik dan bersesuaian
membantu memperlihatkan proses kreatif yang matang dan mengikut kaedah
serta gaya penulisan yang sebenar.

[10 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2 SULIT
© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai