Anda di halaman 1dari 5

MAHABBAH DI BALIK SELENDANG KUNING

“Nia, Nia, cuba Nia lihat rama-rama ni, cantiklah!” kata Alia kepada kembarnya. “Eh,
yelah Lia, comel.” Rania menatap dalam rerama yang sedang asyik menyedut manisan
daripada pokok bunga yang tumbuh segar di taman berhampiran dengan rumahnya.

~~~

Rania mendongak kembali. Rama-rama yang dilihatnya tadi cukup membawa kesan
kepada dirinya. Dia kemudian melirik ke awan-awan di langit yang tak ubah seperti gumpalan
kapas putih. Lamunan panjang buat kesekian kalinya telah membawa dirinya kembali ke satu
daerah yang cukup menghantui jiwanya suatu ketika dahulu.

~~~

Rania dan Alia merupakan sepasang kembar tak seiras. Mereka berdua sangat rapat,
ibarat belangkas, pergi ke mana-mana pun sentiasa akan berdua, jarang sekali melihat Rania
tidak bertemankan Alia dan begitulah sebaliknya.

“Ibu oh ibu, ibu tengah masak apa tu? Nampak macam sedap je, dari dalam bilik lagi Lia
dah boleh bau dah.” Alia menyapa ibunya sedari tadi agak leka menyiapkan sarapan pagi untuk
mereka sekeluarga pada pagi itu. “Eh Lia ni, buat terkejut ibu je, awal bangun harini, biasanya
matahari dah naik tinggi baru bangun anak mak sorang ni.” Ibunya mengusik manja Alia sambil
mencubit-cubit bahunya. “Nia mana? Takkan tak bangun lagi, biasanya kalau hujung minggu ni
tak payah minta tolong pun dia rajin nak siapkan sarapan pagi ni.” Ibunya bertanya kembali
kepada Alia perihal kembarnya yang seorang lagi. “Nia tengah buat kerja sekolah lah ibu, dia
cakap minggu ni bukan main banyak lagi kerja sekolah yang cikgu-cikgu bagi kat kelas dia.
Takpelah ibu, dia kan rajin, biarlah dia siapkan kerja sekolah dia dulu tu.” Alia menjawab.
“Hahaha, ibu saja je tanya mana anak ibu yang sorang lagi tu, ni sarapan dah nak siap ni, pergi
panggil Indah makan sekali.”

~~~

Sebuah kereta berjenama Perodua Alza berwarna putih meluncur laju di dalam
kesesakkan jalan raya. Kereta tersebut menuju ke sebuah pasar raya yang cukup terkenal dan
megah di Kuala Terengganu iaitu pasar raya Mydin ataupun lebih dikenali sebagai ‘Mydin Mall’.
“Ha Nia, Lia, jomlah masuk dalam, tunggu apa lagi. Asyik berkhayal aje kerjanya.” Ibu Rania

1
dan Alia menggelengkan kepala melihatkan perangai dua anak yang amat disayanginya ini.
“Iyalah ibu, kami datang lah ni, ibu tu yang semangat sangat, nak usha beg baru la tu, hihi.”
Giliran Alia pula untuk mengusik ibunya sementara Rania hanya tersenyum memerhatikan
gelagat dua orang insan yang dikasihinya itu.

Usai membeli-belah di pasar raya Mydin tersebut, mereka tiga beranak mengisi perut di
sebuah restoran yang agak mewah tidak jauh dari pasar raya Mydin. Dengan tidak semena-
mena, semua lampu di restoran tersebut terpadam. Restoran tersebut bergelap disebabkan
kejadian tersebut terjadi ketika waktu malam. Suasana dalam restoran bertukar menjadi sedikit
riuh dengan suara pelanggan yang dalam keadaan seperti cacing kepanasan. Mereka semua
menyangka bekalan elektrik di restoran itu sahaja yang telah terputus ekoran restoran tersebut
sahaja yang bergelap sebaliknya bagi premis-premis perniagaan di tempat lain. Alia juga
kelihatan agak risau melihatkan situasi tersebut. “Bagaimana ibu dan Nia boleh bertenang je
walhal keadaan dah jadi kelam kabut?” Bisik hati kecilnya.

~~~

Pagi itu merupakan pagi yang sangat hening. Redup-redup pagi yang tampak seolah-
olah matahari tidak mahu memancarkan bahang terik panas yang selalu jatuh ke tanah di
garisan khatulistiwa ini. Rania dan Alia sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolah masing-
masing sambil berbincang akan hal berkenaan pelajaran yang sedikit-sebanyak berkait dengan
kerja sekolah mereka. “Nia, tahu tak apa fungsi jasad golgi?” Alia bertanya kepada Rania. “Oh
senang je, jasad golgi ni berfungsi seolah-olah sebagai satu medium ketika dalam proses
pencernaan nutrien di dalam vakuol.” Jelas Rania panjang lebar kepada Alia yang kelihatan
masih lagi terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan olehnya. Bagi Alia, subjek Biologi
tidak begitu mesra dengannya sejak di tingkatan 4 lagi. Namun dia menggagahkan diri juga
untuk mempelajari subjek tersebut seiring dengan bimbingan jitu kembarnya itu sementelahan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hampir menjelang.

~~~

Usai menyiapkan kerja sekolah, mereka berpakat untuk pergi bersiar-siar ke taman
rekreasi berhampiran dengan rumah mereka. Tujuan mereka adalah semata-mata untuk
menghilangkan tekanan selepas menyiapkan kerja sekolah tadi. “Ibu, Lia dengan Nia nak pergi
jalan-jalan kat taman depan sana tu kejap!” Laung Alia dengan perasaan yang tidak sabar-
sabar. “Iyalah Lia, Nia, taman depan tu je, jangan pergi jauh-jauh pulak.” Ujar ibunya pula.

2
Sesampainya Rania dan Alia di taman tersebut, mereka terus mengorak langkah ke
suatu sudut taman tersebut yang dihiasi dengan flora-flora yang cantik dan berwarna-warna.
Tempat tersebut sememangnya sudah menjadi tempat kegemaran mereka berdua apabila ke
taman tersebut semenjak kecil lagi.

Tatkala mencuci mata dengan keindahan flora yang terpampang di depan, mata Alia
melirik ke arah seekor rama-rama yang cukup cantik fizikalnya. “Nia, Nia, cuba Nia lihat rama-
rama ni, cantiklah!” kata Alia kepada kembarnya. “Eh, yelah Lia, comel.” Rania menatap dalam
rerama yang sedang asyik menyedut manisan daripada pokok bunga yang tumbuh segar di
taman berhampiran dengan rumahnya. Lirikan mata Alia tidak lekang dari memerhati gerak-geri
rama-rama tersebut sementara Rania beralih ke sebuah bangku usang yang terletak di tengah-
tengah taman.

Alia yang sedang asyik memerhati rama-rama tersebut hampir tidak sedar yang dia
telah mengekori rerama tersebut sehingga membawanya ke pinggir jalan raya. Dengan tidak
semena-mena, sebuah kereta Proton Perdana meluncur di pinggir jalan raya tepat ke arah
keberadaan Alia. “Allah!!!”, “Panggg!!!”, Alia menjerit melaungkan kalimah Allah beberapa saat
sebelum kereta tersebut melanggar Alia. Alia tercampak beberapa meter kesan perlanggaran
dengan kereta tersebut. Rania dan beberapa orang awam yang berada di taman tidak jauh dari
tempat insiden kemalangan tersebut terdengar bunyi hentaman yang agak kuat sehingga
mereka semua bergegas ke tempat kejadian. “Liaaa!!!”. Rania mengucap panjang tatkala
melihat sekujur tubuh yang amat dikenalinya terbaring lemah di pinggiran jalan raya. Rania
berlari dan merebahkan dirinya di sebelah jasad kaku kembarnya itu. Darah pekat mengalir
membuak-buak keluar daripada mulut Alia dan membasahi selendangnya. Rania hanya mampu
menangis sambil merangkul erat tubuh Alia yang dipenuhi darah. Setiap permulaan pasti ada
pengakhiran, setiap kelahiran diakhiri dengan kematian, ajal Alia sudah ditakdirkan sampai
ketika dalam pelukan kembarnya, Rania.

~~~

Waktu yang sentiasa berputar seolah-olah berhenti, Rania menangis dalam


kebingungan kerana dalam keadaan separuh sedar dia seakan tidak percaya yang Alia telah
pun pergi meninggalkannya dia serta ibunya. Ibunya juga cukup terkesan dengan pemergian
mengejut Alia yang seakan-akan pergi meninggalkan mereka berdua tanpa mengucapkan
selamat tinggal. “Allah lebih sayangkan Nia, macam Dia sayangkan abah, nanti kita jumpa Nia

3
dengan abah sama-sama kat sana ye,” ungkap ibunya kepada Alia tatkala melihatkan
kesedihan yang amat pada wajah anaknya itu. Proses pengebumian dikendalikan oleh Ustaz
Azhar Idrus berjalan dengan lancar.

Pemandu kereta Proton Saga yang telah melanggar Alia hanya cedera ringan dan telah
ditahan oleh polis. Dia disahkan positif ganja ketika ditahan dan dituduh memandu dalam
keadaan mabuk sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan jiwa. Alia dan ibunya hanya
pasrah dan reda dengan ketentuan Illahi. Mereka berdua tidak mahu membuat keputusan
secara melulu serta menghukum pemandu kereta tersebut mengikut nafsu amarah mereka.
Biarlah pihak polis dan hakim sahaja yang menjalankan tugas mereka dengan menjatuhkan
hukuman kepada pemandu kereta yang telah melanggar Rania dengan seadil-adilnya.

~~~

“Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Alia, Allah
selamatkan kamu!!!” lagu yang cukup sinonim dengan sambutan hari lahir itu bergema di dalam
restoran tersebut. Lampu restoran dihidupkan dan restoran tersebut kembali cerah serta
kelihatan beberapa orang pelayan restoran keluar membawa sebiji kek vanilla menuju ke arah
meja yang diduduki oleh Rania, Alia dan ibu mereka. Pada awalnya hanya Rania, ibunya dan
pelayan restoran tersebut yang menyanyikan lagu hari lahir tersebut. Lama kelamaan lagu
tersebut disambut oleh pelanggan-pelanggan lain yang berada di restoran tersebut
sehinggakan bergema di seluruh restoran. “Selamat hari lahir Alia,” “Happy birthday Alia,”
“Selamat hari tua,”, berbagai-bagai jenis ucapan hari lahir ditujukan kepada Alia seusai
nyanyian lagu ‘Allah selamatkan kamu’ habis. Alia menangis terharu dengan kejutan yang telah
diaturkan oleh kembar dan ibunya itu. “Selamat ulang tahun yang ke-19 Lia anak ibu yang
comel ni, nah ni hadiah daripada ibu dan Nia khas untuk Lia.” Ibunya menghulurkan bungkusan
yang berbalut warna hijau kepada Alia sambil diperhatikan oleh Rania. “Terima kasih banyak
ibu, Nia, Lia sayang semua.” Alia memeluk ibunya dan Nia dengan erat. Dia terus membuka
pembalut hadiah tersebut dengan penuh teruja. “Wah, cantiknya, Lia suka sangat!” Alia menjerit
kegembiraan. “Warna kegemaran Lia kan warna kuning, Nia tahu mesti Lia akan suka punya,
susah payah Nia dengan ibu pilih dalam Mydin masa Lia pergi tandas tadi.” Rania membalas.
“Pandai eh Nia dengan ibu sorok sampai Lia pun tak perasan.” Alia berceloteh kembali. Ibu
mereka hanya tersenyum girang melihat telatah dua kembar yang amat disayangi dan
dikasihinya itu. Baginya, itulah dua permata yang amat berharga dalam hidupnya yang tiada
galang gantinya selepas kematian suaminya akibat kanser otak tujuh tahun yang lalu.

4
~~~

Rania tersedar kembali daripada lamunan panjang apabila rama-rama yang dilihatnya
tadi terbang di hadapannya. Dia terduduk sendu di atas bangku usang di taman berhampiran
rumahnya. Apabila teringatkan arwah kembarnya itu pasti Rania akan pergi ke taman
berhampiran rumahnya yang dulunya menjadi tempat lepak dia dan Alia. Sehelai selendang
berwarna kuning yang agak lusuh dan masih lagi tercalit cebisan-cebisan darah kering
digenggam erat oleh Rania. Selendang berwarna kuning itulah yang menjadi hadiah hari lahir
yang terakhir buat Alia yang ketika itu juga menyambut hari lahirnya yang ke-19. Imbauan
Rania terhadap arwah kembarnya terbang pergi bersama-sama rerama tersebut.

~~~

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai