Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN,

BATU PAHAT, JOHOR

NAMA KURSUS :
KEMAHIRAN HIDUP - ELEKTIF

TAJUK:
KESELAMATAN DAN ORGANISASI BENGKEL/TEMPAT KERJA

Disediakan oleh;
Baharudin Saleh
Pensyarah
Jabatan Kemahiran Hidup
IPGKTHO, Batu Pahat, Johor.
Email: baharudin@iptho.edu.my / blog: www.rekateknologi.blogspot.com
ISI KANDUNGAN

A. PENGURUSAN ORGANISASI BENGKEL 3

Peraturan keselamatan bengkel 6


Peraturan keselamatan alatan 7

B. PENGURUSAN KESELAMATAN
Keselamatan 8
Peraturan Keselamatan 8
Peralatan Keselamatan 9
Tatacara Pakaian Keselamatan 10
Alat Pemadam Api 11
Jenis Pemadam Api, Kegunaan Dan Cara Penggunaannya 11
Pertolongan Cemas 12
Jenis-Jenis Luka 12
Cara menahan darah 13
Pembebatan & pembalutan 14
Jenis-jenis patah 15
Tanda-tanda kecederaan tulang 15
Prinsip rawatan secara am 16
Peti pertolongan cemas 16

C. PENGURUSAN REKOD KESELAMATAN 17

Rujukan 18

2
A. PENGURUSAN ORGANISASI BENGKEL
Untuk mempunyai pengurusan bengkel mekanikal yang baik, mestilah mempunyai struktur
organisasi bengkel yang boleh dijadikan sebagai rujukan kepada murid. Struktur organisasi
bengkel yang baik mesti lah mempunyai seorang ketua dan penolong ketua yang
bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Pemilihan ketua dan penolong
ketua didalam sesebuah bengkel boleh dilakukan oleh murid sendiri bagi mendapat kerjasama
rakan sekelas.
Contoh carta organisasi bengkel mekanikal adalah seperti berikut:

GURU

KETUA
KELAS

PENOLONG
KETUA

KETUA KUMP A KETUA KUMP B KETUA KUMP C KETUA KUMP D

Jika satu unit mempunyai lebih dari seorang murid, maka salah seorang murid akan dilantik
sebagai ketua bagi kumpulan tersebut. Ketua kumpulan adalah bertanggungjawab bagi
memastikan ahli-ahli yang lain melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan
bertanggungjawab.
Pembahagian tugas hendaklah dibahagikan dengan adil kepada setiap kumpulan. Jadual tugasan
dapat memastikan giliran tugasan yang dilaksanakan oleh setiap kumpulan dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan adil, contoh jadual tugasan adalah seperti berikut:

3
Minggu
Tugas
1 2 3 4

Menyusun dan memeriksa alatan A B C D

Menyapu lantai dan membuang sampah B C D A

Menutup tingkap, suis lampu, kipas, dan memadam papan hitam C D A B

Mengumpul dan menyimpan baki bahan kerja dan projek D A B C

Gambar foto: Susunan bengkel yang kemas

4
Pentujuk : laluan kecemasan

5
Gambar foto : Susunan bahan

Gambar foto : Susunan alatan

Peraturan keselamatan bengkel


1. Bengkel mestilah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur
2. Murid mestilah mengenal pasti tempat khas yang digunakan untuk menyimpan alatan dan
bahan.
3. Pastikan semua alat kawalan dan suis elektrik dibengkel berfungsi dan baik
4. Bengkel mestilah mempunyai kotak pertolongan cemas
5. Pastikan semua suis dipadamkan sebelum meninggalkan bengkel

6
Gambar foto : Susunan peralatan Gambar foto : peti pertolongan cemas

Rajah : soket alir keluar yang bahaya Rajah : sambungan elektrik yang tidak
untuk digunakan patut dilakukan

Pahat yang sesuai


Pahat kepala cendawan, untuk digunakan
tidak sesuai digunakan

Rajah : alatan yang sesuai dan yang tidak sesuai digunakan

Peraturan keselamatan alatan


1. Sebelum menggunakan alatan, pastikan alatan berada dalam keadaan selamat untuk
digunakan.
2. Gunakan alatan yang sesuai bagi sesuatu kerja yang hendak dibuat
3. Bersihkan alatan yang telah digunakan dan simpan semula di tempat yang telah dikhaskan
7
B. PENGURUSAN KESELAMATAN
Sesuatu kemalangan boleh berpunca dari keadaan tempat kerja yang tidak sesuai dan tidak
selamat. Bengkel dan bilik khas yang selamat amatlah penting untuk mencegah kemungkinan
berlakunya kemalangan.

Keselamatan
a. Peraturan keselamatan
• Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti
- Mengelakkan kemalangan dan menyemai sikap bertanggungjawab di kalangan murid.
- Membantu guru dalam memastikan tempat kerja bebas daripada perkara yang boleh
mendatangkan bahaya semasa menjalankan kerja praktis.
- Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
i. peraturan keselamatan am
ii. peraturan keselamatan diri
iii. peraturan keselamatan alatan dan bahan
Peraturan keselamatan
i. Peraturan keselamatan am
- Mendapatkan kebenaran guru : keluar & masuk bengkel
- Buka semua tingkap dan pintu semasa P&P KH berjalan
- Melabelkan semua alatan dan bahan
- Mengambil tindakan segera jika berlaku kemalangan
- Membersihkan meja dan bengkel setelah selesai aktiviti
- Memastikan semua peralatan dan bahan dijaga dengan baik
ii. Peraturan keselamatan diri
- Mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sepanjang masa
- Memakai apron, kasut, baju berlengan pendek dan mengikat rambut
- Menggunakan alat perlindungan diri seperti gogal, sarung tangan, mask dan penutup
telinga jika perlu
- Jangan bermain atau bergurau senda semasa berada di bengkel
- Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan
- Mencuci tangan dengan air dan sabun selepas aktiviti di bengkel
- Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera
8
Peralatan Keselamatan

Nama Alatan Gambar Foto Kegunaan

Digunakan semasa melakukan kerja


berikut:
Gogal  Menggerudi
 Mencanai
 Memahat

Digunakan semasa melakukan kerja


berikut:
Pelindung telinga
 Mencanai
 Memotong besi

Digunakan semasa melakukan kerja


Sarung tangan kulit
mengimpal

Murid haruslah menggunakan kasut


Kasut keselamatan keselamatan atau kasut yang sesuai
sepanjang berada didalam bengkel

9
Tatacara Pakaian Keselamatan

Gambar foto : contoh pakaian yang sesuai

Gambar foto : contoh pakaian yang sesuai

10
ALAT PEMADAM API
1. Alat pemadam api yang digunakan untuk memadam kebakaran dibekalkan dalam
pelbagai jenis dan bentuk supaya sesuai digunakan mengikut kelas atau punca
kebakaran.
2. Anda perlu mengetahui cara menggunakan setiap jenis alat pemadam api jika berlaku
kebakaran.

Jenis Pemadam Api, Kegunaan Dan Cara Penggunaannya.

Jenis Pemadam Api Kegunaan Cara Penggunaan


Kelas A : Memadam kebakaran 1. Cabut pin keselamatan pada tuas.
Jenis Air yang melibatkan 2. Halakan muncung ke arah api.
bahan pepejal seperti 3. Tekan tuil.
kayu, kain dan kertas.

Kelas B : Memadam kebakaran 1. Cabut pin keselamatan pada tuas.


Jenis Buih yang melibatkan 2. Halakan muncung ke arah api.
bahan cecair dan gas 3. Tekan tuil.
mudah terbakar
seperti minyak, cat,
varnish, gas asli dan
gas asetilena.

Kelas C : Jenis Karbon Memadam kebakaran 1. Cabut pin keselamatan pada tuas.
Dioksida yang berpunca dari 2. Halakan muncung ke arah api.
arus elektrik seperti 3. Tekan tuil.
papan transformer,
peralatan kuasa
elktrik, gas dan wap.

Kelas D : Jenis Serbuk Memadam kebakaran 1. Cabut pin keselamatan pada tuas.
Kering yang melibatakan 2. Halakan muncung ke arah api.
bahan logam dan 3. Tekan tuil.
bukan logam seperti
kalium, magnesium,
natrium, titanium dan
kebakaran yang boleh
dipadamkan oleh
pemadam api kelas
A, B dan C.

11
Pertolongan Cemas

Definisi Pertolongan Cemas


Rawatan pertama diberi kepada pesakit/mangsa kemalangan.
Usaha rawatan pertama dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans / pesakit
mendapat rtawatan dari doktor.

Matlamat utama:
>untuk menyelamat nyawa
>mengelakkan kecederaan dari bertambah buruk
>mengurangkan kesakitan.
>sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor

JENIS-JENIS LUKA

RAWATAN PENDARAHAN EKSTERNAL SECARA UMUM

A) Luka-luka kecil .
Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja.
Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman.
Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:
# bersihkan tangan dengan sabun.Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
# cuci luka dari tempat luka kea rah ke luar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
# keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.
# lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
# gunakan pembalut untuk memegang plaster.

B) luka kecil yang ada benda asing.


Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam
atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan keluarkan objek tersebut.
Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.
Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek
dan mendapatkan rawatan perubatan.
Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut:
~ bersihkan tangan anda dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
~ cuci lika dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
~ keringkan perlahan-lahan denga tisu atau tuala yang telah disteril.
~ kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau
sekitar tepi objek.
~ tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman.
~ Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek.
~ bawa mangsa ke hospital.

12
CARA MENAHAN DARAH

a) Tekanan tepat – tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda
pada luka atau luka tidak disertakan dengan patah.
1. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkan.
2. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat
berdarah.
3. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.
4. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10 – 15 minit.

b) Tekanan tidak tepat – tekan pada urat nadi.


~Gunakan ikatan penjerut (tourniquet).
~Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit.
~Komplikasi penggunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan
pembuluh darah jika terlalu ketat.
~Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan.
~Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa
dipotong .
~Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.

c) Anggota terputus – kawal darah dari berterusan keluar.


~Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah
dengan air garam isotonic yang suci kuman.
~Masukkan anggota putus dalam bekas plastik.
~Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais.
~Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais.
~Hantar mangsa ke hospital.

Jenis-jenis luka
13
PEMBEBATAN & PEMBALUTAN
Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup
luka.

Fungsi pembebat dan balutan adalah:


~Mencegah jangkitan kuman
~Menyerap kotoran yang keluar seperti tanah dan darah,
~Mengawal pendarahan dan melindungi luka

Jenis-jenis pembebatan ialah:


Paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar Pembebat melekat
– plaster, digunakan untuk luka kecil Pembebat berubat
– kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman Pembebat pembebat biasa
– gauze
Peraturan membalut;
~Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.
~Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.
~Lekatkan pembebat mengikut saiz luka.
~Jangan bercakap atau batuk kea rah tempat luka.
~Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
~Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah : Pembalut bergulung – berasal dari kain kasa,
WOW bandage Pembalut segi tiga, lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain
kaliko Pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus Pembalut kain krep – biasanya
digunakan untuk kes terseliuh

Cara dan kaedah Pembebatan (dressing) & Pembalutan


Sumber: http://www.ensiklopediapramuka.com/
14
JENIS-JENIS PATAH

Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori;


1. Patah bertutup. Kulit permukaan tidak luka.
2. Patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang.
3. Patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti otak,
paru-paru dan lain-lain.
4. Patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.
5. Patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua.
6. Patah simple. Tulang patah dua sahaja.

TANDA-TANDA KECEDERAAN TULANG


~Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
~Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.
~Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
~Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
~Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang,sendi atau otot.
~Bentuk,kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.

15
PRINSIP RAWATAN SECARA AM

Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut :


~Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan
pernafasan dan pendarahan yang banyak.
~Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam.
~Lakukan rawatan ditempat kejadian.
~Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera.
~Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
~Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh.
~Tutup dengan kain yang bersih.
~Halang / ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan
pembebat.
~Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi
kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.

Peti Pertolongan Cemas

 Peti pertolongan cemas sangat penting ketika memberi pertolongan kepada mangsa.
Setiap orang perlu mengetahui nama peralatan dan ubatan yang terdapat dalam perti
pertolongan cemas. Ubatan yang disimpan di dalam peti ini hendaklah dilebelkan nama,
jenis serta kegunaannya.

 Peti tersebut tidak harus dikunci dan hendaklah diperiksa dari masa ke semasa. Bagi
memastikan kandungannya cukup serta dalam keadaan yang sempurna.

Gambar foto : peti pertolongan cemas

16
C. PENGURUSAN REKOD KESELAMATAN

Rekod kemalangan mengandungi maklumat kecederaan atau kemalangan yang berlaku di


bengkel Kemahiran Hidup. Rekod kemalangan dapat membantu guru :
i. Mempertingkatkan pengurusan bengkel
ii. Memastikan kemalangan yang sama tidak berulang
iii. Menjadi sumber rujukan kepada pihak tertentu jika memerlukan siasatan lanjut sebagai
bukti untuk menentukan sama ada langkah-langkah pencengahan kemalangan yang
diamalkan berkesan mahupun tidak

Nama yang Guru


Bil Tarikh Masa Kelas Jenis Kemalangan Rawatan T.Tangan Saksi
terlibat Bertanggungjawab

1 18.4.2013 10.00pg Abd Yusuf bin 5A Luka terkena gergaji E. Abu bin Ali Diberi Kamal
Ahmad rawatan bin
dalaman Karim
(5A)
Yahya
bin Yan
(5A)

Contoh Rekod kecemasan dan kemalangan makmal/bengkel kemahiran hidup

17
RUJUKAN;

Black, Bruce J.(2010). Workshop Processes, Practices, and Materials 4th Edition. Burlington,
MA: Newnes

Garg, S.K. (2009).Comprehensive Workshop Technology (Manufacturing Process) 3th Edition.


Laxmi Publications.

Wagner, Willis H. , Kicklighter, Clois E. (2006). Modern Woodworking: Tools, Materials, and
Procedures. Goodheart-Willcox Publisher

____________. (1997). Panduan Keselamatan Bengkel Sekolah; disusun oleh Jawatankuasa


Keselamatan Bengkel Sekolah Kementerian Pelajaran, Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

18

Anda mungkin juga menyukai