Anda di halaman 1dari 5

IDEAL REALITI AKIBAT/ TUJUAN

IMPLIKASI

CONTOH 1
PERNYATAAN MASALAH
Masyarakat telah banyak didedahkan dengan konsep kepimpinan. Malah,
mereka masih tercari-cari maklumat mengenai kaedah untuk menjadi seorang
pemimpin yang lebih berkesan. Masyarakat mempercayai bahawa kepimpinan
merupakan satu kaedah untuk memperbaiki diri kerana masyarakat akan
menilai apa yang dilihat terhadap pemimpin. Justeru, bidang korporat inginkan
individu yang berupaya untuk meningkatkan produktiviti organisasinya. Begitu juga
dengan bidang pendidikan, pemimpin yang berkesan diperlukan bagi meningkatkan
pencapaian sekolah. Namun, penilaian tersebut hanya berdasarkan aspek
luaran tanpa melihat faktor dalaman diri pemimpin. Ini disebabkan diri individu
amat dipengaruhi oleh persekitaran. Bass dan Steidlmeier (1999) serta Mohd
Ali (2000) menyokong kenyataan tersebut dengan berpendapat sikap, nilai dan
kepercayaan seseorang individu akan berubah menjadi negatif sekiranya
mereka berada dalam persekitaran yang menggalakkan mereka ke arah sikap
tersebut. Implikasinya, walaupun kerajaan menitikberatkan nilai-nilai murni
atau beretika ketika menjalankan tugas masih terdapat pemimpin yang
mengabaikan tugas mereka dan melibatkan diri mereka dalam amalan rasuah
(Abdullah, 1998; Mukherjee, 1998).

Kenyataan di atas di sokong lagi dengan laporan Bahagian Audit Sekolah (2001)
yang mengemukakan bahawa antara kelemahan pengurusan kewangan di sekolah
adalah sikap pengetua yang sambil lewa, pengetahuan dan kemahiran mereka yang
kurang mendalam mengenai pengurusan kewangan serta penyelewengan wang
sekolah. Malah, laporan tersebut turut menjelaskan bahawa sejumlah RM1.24 juta
yang melibatkan sebanyak 73 buah sekolah telah hilang tanpa sistem merekodkan
yang sistematik dalam penyata kewangan sekolah tersebut. Kehilangan tersebut
berpunca daripada sikap pengetua yang tidak jujur dan bayaran yang tidak
menepati kehendak peraturan seperti bayaran melebihi had peruntukan dan bayaran
yang tidak sistematik. Justeru, pihak polis telah mengkategorikan kes tersebut
sebagai jenayah kecurian.
Bertepatan dengan fenomena di atas, dirumuskan bahawa sebahagian pemimpin
tidak lagi menjadikan nilai-nilai murni dan amalan beretika ketika menjalankan tugas
sebagai panduan untuk melaksanakan tanggung jawab mereka. Dalam perkataan
lain, pengetua yang berperanan sebagai faktor penyumbang utama untuk mencapai
keberkesanan sekolah tidak boleh dijadikan sebagai role model kepada warga
sekolah yang lain. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan satu
corak kepimpinan yang harus diamalkan oleh pengetua iaitu Kepimpinan
Moral.
IDEAL REALITI AKIBAT/ TUJUAN
IMPLIKASI

CONTOH 2
PERNYATAAN MASALAH
Kebelakangan ini, pelbagai insiden yang memaparkan pengetua melanggar
etika perguruan sering terjadi. Misalnya, seramai 25 orang pengetua dan guru
besar telah dihadapkan ke mahkamah kerana terbabit dalam penyelewengan
dan rasuah pada tahun 1995 dan 1996 (Teng, 1999). Selain itu, kita juga
terkejut dengan berita seorang guru besar di Gua Musang, Kelantan disyaki
mencabul kehormatan beberapa orang guru perempuan dan 13 orang murid
(Guru Besar Mencabul Kehormatan Guru, Utusan Malaysia, 12 Julai 2006).
Insiden yang hampir sama juga berlaku di Sabak Bernam pada tahun 2002.
Dalam insiden tersebut, seorang pengetua telah menyuruh pelajar yang
berusia 15 tahun melakukan seks oral. Hukuman penjara selama 12 tahun
telah dijatuhkan ke atasnya pada 15 Ogos 2005 (Hukuman Penjara 12 Tahun
Atas Pengetua Tidak Bermoral, Berita Harian, 7 Disember 2006). Insiden-
insiden tersebut telah mengaibkan etika profesion perguruan di samping
menjatuhkan imej dan martabat perguruan negara kita.

Selain itu, satu kajian yang pernah dijalankan oleh Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (KPPK) pada tahun 1998, mengetengahkan isu tentang
65% pengetua didapati jarang berada di sekolah (Foo, 2005). Kajian tersebut juga
mendapati 70% pentadbir sekolah tidak dapat memenuhi tuntutan Kementerian
Pelajaran Malaysia agar mereka mengajar sekurang-kurangnya enam waktu
seminggu. Tambahan pula, pengetua tidak menyediakan persediaan mengajar.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada
pengetua sekolah agar tidak mengorbankan waktu belajar murid jika mahu
mengadakan program mengutip dana sekolah. Beliau kecewa dengan seorang
pengetua sekolah di Damansara yang membiarkan kelas-kelas di sekolahnya tanpa
guru kerana para guru sibuk menganjurkan kutipan dana makan malam (Utusan
Malaysia, 12 Julai 2006).

Masalah penyelewengan dan rasuah, kes mencabul kehormatan, isu pengetua


atau guru besar jarang berada di sekolah, isu pengetua/guru besar tidak
mengajar di kelas dan tidak menyediakan rancangan pengajaran, kes kutipan
dana sekolah yang mengorbankan masa pengajaran dan pembelajaran murid
dan sebagainya telah membimbangkan kita terhadap aspek etika atau moral
dalam kepemimpinan dan pengurusan sekolah.
IDEAL REALITI AKIBAT/ TUJUAN
IMPLIKASI

CONTOH 3
PERNYATAAN MASALAH
Menurut Dubin dalam Wexley dan Latham (1994), hari ini golongan profesional
(contohnya jurutera, pengurus, ahli kimia, doktor, akauntan) berdepan dengan
suatu keadaan yang dipanggil keusangan profesional. Keusangan dikatakan
sebagai satu pengurangan dalam kecekapan profesional seseorang, yang di
sebabkan oleh kekurangan pengetahuan dalam teknik-teknik dan teknologi baru
yang telah dibangunkan semenjak manusia mendapat pendidikan.

Perubahan teknologi seperti reka bentuk dengan bantuan komputer, surat elektronik
(e-mail) dan sebagainya telah mengalami perubahan mendadak dan oleh itu
memerlukan latihan semula yang berterusan dalam kerjaya mereka (London &
Bassman dalam Wexley & Latham, 1994). Ia penting bagi meningkatkan kompetensi
individu dalam menyumbang kepada pembangunan organisasi melalui pembelajaran
berterusan. Porter dalam Wexley dan Latham (1994) menyatakan satu bahagian
penting dalam mengemas kini pengetahuan dan kemahiran adalah dengan
meningkatkan keinginan profesional itu sendiri untuk meneruskan pendidikan
berterusan sepanjang hayatnya. Keputusan seseorang individu untuk meningkatkan
usaha bagi memajukan diri adalah banyak bergantung kepada persepsinya terhadap
ganjaran yang akan diperoleh daripada organisasi.

Oleh itu, organisasi mesti memberi ganjaran seperti gaji dan tugas yang lebih
mencabar kepada pekerja bagi menambahkan usaha dalam menghalang keusangan
profesional. Konsep pendidikan berterusan atau lifelong learning juga dikenali
sebagai pembelajaran sepanjang hayat bukanlah merupakan satu konsep yang baru
dalam sistem pendidikan negara. Namun begitu, ekoran dari perubahan
persekitaran baru di mana ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi
menjadi keutamaan, konsep pendidikan berterusan telah diberikan penekanan
dalam agenda pembangunan negara.
IDEAL REALITI AKIBAT/ TUJUAN
IMPLIKASI

CONTOH 4
PERNYATAAN MASALAH

Sejajar dengan tuntutan anjakan paradigma perkhidmatan pendidikan ke arah


“Pendidikan Bertaraf Dunia” dan “Rakyat Minda Kelas Pertama”, golongan pendidik
sebenarnya tersepit antara dua keadaan, iaitu merealisasikan dua slogan keramat
tadi dengan layanan hambar dan kurang proaktif. Isu pelajar dan keluarga
menyaman guru serta mengenakan tindakan terhadap guru, merupakan fenomena
yang tidak adil bagi para pendidik. Apatah lagi dengan cabaran mendidik hari ini
dengan anak-anak remaja yang muncul dari dunia globalisasi tanpa sempadan.
Pengkaji melihat selain faktor konflik bidang tugas, faktor-faktor organisasi lain
seperti beban tugas, polisi organisasi dan kemudahan di tempat kerja serta faktor-
faktor demografi juga merupakan antara penyebab yang mempengaruhi kepuasan
kerja dalam kalangan GKMP. Berdasarkan senario di atas, maka beberapa
persoalan perlu mendapat perhatian, iaitu:
1. Sejauh manakah tahap kepuasan kerja GKMP dalam organisasi?
2. Adakah terdapat perkaitan antara ciri-ciri demografi seperti umur,
pendapatan dan tempoh perkhidmatan dengan kepuasan kerja GKMP di
sekolah?
IDEAL REALITI AKIBAT/ TUJUAN
IMPLIKASI

CONTOH 5
PERNYATAAN MASALAH

Di Malaysia, TQM merupakan satu pendekatan pengurusan organisasi yang


diarahkan oleh kerajaan supaya dilaksanakan dalam sektor awam termasuk sektor
pendidikan. Keperluan setiap organisasi kerajaan melaksanakan TQM adalah jelas
apabila kerajaan Malaysia mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
(PKPA) Bil. 1/1992. Kerajaan Malaysia amat menitikberatkan hal ini dan
menegaskan bahawa, “Perkhidmatan awam yang berkualiti akan mampu
melaksanakan tanggungjawabnya dengan cekap, di samping dapat memberikan
perkhidmatan-perkhidmatan terbaik kepada orang ramai” (PKPA, 1992: iii).

Walaupun terdapat arahan kerajaan yang sangat jelas, namun kejayaan


pelaksanaan TQM dalam alam persekolahan di Malaysia masih menjadi tanda tanya
kerana tidak terdapat bukti empirikal untuk menjelaskan kedudukannya. Walau pun
sudah banyak kajian TQM dalam sektor pendidikan dijalankan, terutama oleh para
pelajar sarjana dan doktor falsafah, namun kajian yang mengaitkan pemboleh ubah
TQM dengan komitmen guru di sekolah menengah kluster belum pernah dijalankan
dalam alam persekolahan di Malaysia. Akibatnya, timbul pula isu seterusnya
dalam alam persekolahan, iaitu adakah amalan TQM dapat mempertingkatkan
komitmen guru terhadap sekolah?

Persoalan ini timbul kerana terdapat hasil kajian yang menunjukkan pelaksanaan
pelbagai program kualiti gagal memenuhi matlamat organisasi (Rozhan, 2002).
Kegagalan berkenaan telah mewujudkan anggapan negatif dan pandangan serong
terhadap program kualiti (Rozhan, 2002). Kanji dan Malek (1999) menyatakan
bahawa model TQM yang dikatakan berkesan dalam konteks pendidikan tidak
dibuktikan melalui kajian empirikal. Sebelum ini Guimaraes (1996) menyatakan
terlalu sedikit kajian yang memeriksa kesan amalan TQM terhadap sumber manusia
dalam organisasi.

Dalam bidang pendidikan, amalan prinsip TQM menyumbang kepada prestasi


organisasi pendidikan, kepuasan hati pelajar serta pencapaian akademik pelajar
(Lim,2003). Selain daripada itu, TQM juga didapati memberi kesan terhadap sikap
guru dan kerjaya sebagai guru. Kajian Lagrosen (1999) mendapati pelaksanaan
TQM mempunyai kesan yang positif kepada guru-guru. Oleh kerana itu, Lagrosen
(1999) mencadangkan supaya TQM diamalkan di sekolah-sekolah.
Bagaimanakah pula amalan TQM dengan komitmen para guru? Walau pun terdapat
dapatan kajian yang menemui kesan positif amalan prinsip TQM, namun belum
terdapat kajian yang mengkaji pengaruh amalan prinsip TQM ke atas komitmen guru
di sekolah menengah Kluster di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini telah
dijalankan bertujuan mengenal pasti pengaruh amalan TQM ke atas komitmen guru
terhadap organisasi. Kajian seumpama ini adalah wajar dilaksanakan demi
meningkatkan kecemerlangan pengurusan dan kepimpinan pendidikan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai