Anda di halaman 1dari 3

GMGA2023 DASAR AWAM

KUIZ 1 (10%)

SOALAN 1

1. Huraikan secara ringkas konsep dasar awam menurut pemahaman para pelajar.
(2 markah)

Pada umumnya dasar awam merujuk kepada apa juga tindakan yang diambil atau tidak
diambil oleh kerajaan. Dasar yang ditetapkan adalah segala sesuatu strategi atau tindakan
yang diambil oleh kerajaan berhubung dengan sesuatu masalah negara dan demi menjamin
jalan penyelesaian yang terbaik yang dapat dicapai oleh kerajaan disamping mengutamakan
kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, bagi tindakan yang tidak diambil oleh
kerajaan pula bermaksud kerajaan tidak berbuat apa-apa terhadap sesuatu perkara iaitu
pihak kerajaan memutuskan untuk mengelak dari membuat sebarang keputusan atau tidak
mengambil apa-apa tindakan atau dasar tertentu berhubung dengan sesuatu perkara serta
tindakan.Sebagai contoh Kerajaan merangka Dasar Ekonomi Baru bertujuan mengurangkan
dan membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-
peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.

2. Apakah akan berlaku terhadap pembangunan negara dan kebajikan rakyat jika
sesebuah negara tidak melaksanakan apa-apa dasar awam? (3 markah)

Jika sesebuah negara tidak melaksanakan apa-apa dasar awam pastinya pembangunan
negara tidak akan maju serta kebajikan rakyat di akan dijaga dengan baik. Disamping itu,
produktiviti negara mungkin akan terjejas, tiada kecekapan dalam pengurusan dan akan
meningkatkan kos pengurusan ekoran dari tiada dasar yang ditetapkan oleh negara. Hal ini
juga akan menyebabkan berlakunya perpecahan diantara kaum serta akan memberi kesan
kepada kesejahteraan dan keharmonian kehidupan rakyat sejagat. Rakyat mungkin tidak
akan mempraktikkan amalan yang baik jika tiada dasar ditetapkan. Tujuan penggubalan
dan pelaksanaan dasar-dasar awam adalah selaras dengan nilai sosioekonomi dan politik
negara pada satu-satu masa. Dasar awam digubal dan dilaksanakan bagi memenuhi objektif
sosioekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
3. Senaraikan Sifat Dasar Awam dan huraikan secara ringkas. (3 markah)

a) Permintaan Dasar - merujuk kepada permintaan dan tuntutan yang disalurkan


kepada kerajaan. Sebagai contoh kerajaan telah merangka pelbagai strategi untuk
menangani penularan wabak covid-19 yang melanda seluruh negara.

1
GMGA2023 DASAR AWAM

b) Keputusan dasar - merujuk kepada keputusan yang diambil oleh kerajaan


berhubung tuntutan uang disalurkan. Sebagai contoh kerajaan meminta semua
orang duduk dirumah, menjaga penjarakkan sosial dan keluar rumah jika perlu
sahaja bagi mengurangkan jangkitan wabak covid-19.

c) Kenyataan dasar – merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak


kerajaan secara formal. Sebagai conton kenyataan awam yang disampaikan oleh
Ketua Pengarah Kesihatan mengenai wabak covid-19 dimana keterangan secara
terperinci dinyatakan setiap hari mengenai perkembangan terkini penularan wabak
covid-19 yang melanda di Malaysia.

d) Keluaran atau output – merujuk kepada tindakan-tindakan yang diambil untuk


mencapai keputusan dan kenyataan dasar. Sebagai contoh Perdana Menteri telah
melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) kepada
masyarat bagi membantu menangani masalah kewangan akibat penularan covid-19.

e) Hasilan dasar - merujuk kepada kesan yang lebih luas terhadap masyarakat
ekoran daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan. Sebagai contoh Kerajaan
telah menetapkan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ketika ini sebagai
langkah untuk membangunkan ekonomi negara disamping mengekang penularan
wabak covid-19. Rakyat kini juga telah memahami dan mengambil tindakan
sewajarnya masing-masing bagi mengangani masalah ini bersama.

4. Berikan 1 (SATU) contoh bagi setiap Bentuk Dasar Awam. (2 markah)

a) Undang-undang
Contoh : Akta Pengangkutan Jalan 1987 digubal bertujuan untuk
pengawalseliaan kenderaan-kenderaan motor dan lalu lintas di jalan-jalan dan
perkara lain yang berkenaan dengan jalan-jalan dan kenderaan-kenderaan.

b) Rancangan
Contoh : Rancangan Malaysia Ke-12 dirangka lebih untuk meningkatkan
pembangunan modal insan selaras dengan keperluan ekonomi negara

c) Program

2
GMGA2023 DASAR AWAM

Contoh : Program Kesihatan yang dilaksankan oleh Kementerian Kesihatan


adalah bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan dan kualiti kehidupan
masyarakat, ke arah kehidupan yang sihat dan produktif.

d) Projek
Contoh : Projek Pembangunan Dibawah Peruntukan Persekutuan Jabatan
Pertanian disediakan sebagai panduan dan rujukan warga jabatan dalam
melaksanakan projek jabatan selaras dengan Visi, Misi dan Objektif Jabatan
Pertanian, Dasar Agromakan Negara (2011-2020) dan projek pembangunan di
bawah Rancangan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai