Anda di halaman 1dari 7

KURSUS:

TAJUK :

ULASAN ARTIKEL

SIKAP KOMUNITI SETINGGAN TEBINGAN SUNGAI :

PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA

PENSYARAH:

DISEDIAKAN OLEH:

MANISA BT RAMLI

D20182086626
Tajuk Jurnal Sikap Komuniti Setinggan Tebingan Sungai :

Pencemaran Alam Sekitar dan Pengurusannya

Penulis Hamidi Ismail, Tuan Pah Rokiah Syed Hussain & Raman
Mariyappan

Artikel yang bertajuk “Sikap Komuniti Setinggan Tebingan Sungai : Pencemaran Alam

Sekitar dan Pengurusannya” atau “River Bank Squater Community Attitudes :Environmental

Pollution and its Management. Artikel ini mengupas dan membincangkan tentang sikap

komuniti setinggan tebingan sungai dan perkaitannya dengan pencemaran sungai. Di samping

itu, ia meliputi perkara mengenai pengurusan bagi mengurangkan isu atau masalah

pencemaran sungai oleh penduduk setinggan . Di dalam artikel ini ada menyatakan bahawa

dengan adanya pembinaan penempatan komuniti setinggan boleh menyumbang kearah

perkara yang negatif kerana ia membabitkan isu pencemaran khususnya pencemaran sungai

yang kian menjadi polemik dalam kalangan masyarakat.

Dalam menelusuri era globasisasi yang kian maju ia juga memberi kesan terhadap

komuniti seperti komuniti setinggan. Setinggan adalah bermaksud aktiviti pembinaan

penempatan atau bangunan di tanah hak kepunyaan orang lain dan ia termasuk juga tanah

kerajaan atau tanah persendirian seseorang individu. Penempatan ini dibina secara haram dan

ia tidak sah di sisi undang-undang Negara khususnya di Malaysia. Penempatan secara haram

ini disebabkan oleh beberapa faktor yang telah menyumbang kepada isu pencemaran alam

sekitar seperti pencemaran air, dan pembuangan sisa pepejal atau kumbahan ke dalam sungai.

Perkara ini telah memberi impak kepada masyarakat yang tinggal sekitar dan berhampiran

kawasan komuniti setinggan tersebut . Saban hari, isu ini menjadi kebimbangan kepada

masyarakat dan pihak berkuasa.


Dalam penulisan ini, penulis menyatakan bahawa penempatan secara haram oleh

komuniti setinggan telah membawa kepada isu yang sangat rumit iaitu pencemaran sungai.

Seperti yang diketahui umum, sungai adalah anugerah Tuhan yang sangat bernilai kepada

manusia dan ia juga merupakan nadi sumber air semula jadi yang membekalkan air untuk

keperluan yang utama seperti dalam sektor pertanian, sektor industri dan sebagainya. Jika

sungai telah dicemar oleh pihak yang tidak bertangunggjawab maka ia sekaligus

menyukarkan lagi komuniti yang lain untuk meneruskan kehidupan seharian dengan baik dan

sempurna dan pihak yang terlibat harus mengambil tahu mengenai undang- undang yang

ditetapkan oleh Negara. Di dalam penulisan ini mengaitkan mengenai isu ini dan hubunganya

dengan Enakmen Air Negeri –Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) 1920 yang berfokuskan

dalam melarang sesiapa sajaja yang mencemarkan sungai atau tebingnya dan menghalang

aliran sungai atau membina apa apa bangunan dalam jarak 50 kaki daripada tebing sungai.

Selanjutnya, larang membuang sampah dan sisa bahan kimia yang beracun ke dalam sungai

juga harus dihalang sekerasnya

Penempatan yang dibina komuniti setinggan disebabkan oleh beberapa faktor yang

menyumbang pada pembinaan haram oleh komuniti tersebut. Desawarsa ini, kos sara hidup

semakin tinggi yang menyebabkan komuniti ini terpaksa membina penempatan di kawasan

milik orang lain untuk melindungi diri atau keluarga dan demi kelangsungan hidup. Kos

rumah sewa yang tinggi menyebabkan komuniti ini terpaksa menjadikan setinggan sebagai

pilihan utama mereka. Selain itu, pembangunan pesat bandar dalam sesebuah Negara maju

akan menyumbang pada faktor penghijrahan dan perpindahan masyarakat dari luar bandar ke

kawasan bandar. Perkara ini terjadi kerana peluang pekerjaan yang lebih banyak terdapat di

kawasan bandar berbanding di kawasan luar Bandar. Pekerjaan di Bandar juga memberikan

gaji yang lebih berbanding pekerjaan di luar Bandar yang lebih berfokuskan kepada

pertanian, perladangan yang hanya boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan bukannya
pekerjaan utama. Menurut penulis, kekurangan pelbagai kemudahan juga menyebabkan

berlaku penghijrahan keluar masyarakat dari desa ke Bandar. Komuniti Setinggan ini juga

banyak didapati di kawasan Bandaraya yang maju seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan

Ipoh dan bagi mengelakkan mereka diusir keluar dan tidak disukai oleh masyarakat setempat,

mereka telah melakukan norma hidup baru seperti lebih mementingkan kehidupan dalam

bermasyarakat berbanding menjadi komuniti yang anti-sosial.

Pada awal bab, penulis menyatakan perbincangan tentang faktor yang menyebabkan

berlakunya penempatan komuniti setinggan. Negara kita sering terjadinya pencemaran air

yang berfokus pada sungai yang tidak ada kesudahannya sehingga kini yang disebabkan oleh

sikap tidak bertangunggjawab masyarakat yang tidak menjada kebersihan yang menyebabkan

berlakunya pencemaran. Penempatan komuniti seinggan juga boleh menyumbang pada

pencemaran sungai. Selain itu, bukti lain menunjukkan pendudukan setinggan menunjukkan

bahawa di antara negeri-negeri di malaysia, negeri selangor mencatatkan komuniti yang

tertinggi iaitu sebanyak 171 196 orang dengan bilangan 33 829 perkampungan setinggan.

Manakala menurut penulis, petempatan komuniti setinggan yang berada di tebingan sungai

banyak terdapat di negeri Sabah dan Sarawak yang dihuni oleh pendatang asing. Oleh yang

demikian ia telah menjadikan kemerosotan ekosistem sungai di kawasan tersebut.

Kemusnahan ekosistem yang terjadi adalah kerana aktiviti sisa pembuangan sampah

atau sisa pepejal yang dilakukan oleh komunti tersebut ke dalam sungai. Apabila terjadinya

perkara yang sebegini ia akan memberikan impak yang besar pada hidupan marin dan juga

manusia sendiri kerana air adalah perkara utama yang digunakan setiap hari dan setiap masa,

apabila ia dicemar oleh komuniti ini maka masyarakat juga tidak dapat meneruskan

kehidupan dan akan memberikan kesan pada kesihatan apabila menggunakan air yang telah

tercemar terutamanya apabila ia dicemarkan dengan sisa bahan kimia yang boleh memberi

kesan pada kulit khususnya dan sistem pernafasan manusia mahupun kehidupan lain. Ia juga
memberi kesan pada persekitaran fizikal seperti berlakunya banjir kilat yang menyebabkan

keadaan menjadi lebih teruk dan juga terjadinya kemusnahan habitat. Masalah lain seperti

hakisan tebing dan pembuangan sisa pepejal juga menganggu kehidupan laut khususnya.

Bahkan bukan sahaja pencemaran air berlaku malah pencemaran sisa pepejal juga terjadi

apabila ia tidak diuruskan secara sistematik oleh pihak tersebut. Gangguan pada ekosistem

juga terjadi apabila sisa pepejal serta sisa kumbahan dan sisa domestik berpunca daripada

aktiviti manusia yang menyebabkan berlakunya banyak kesan yang merbahaya kepada

manusia mahupun persekitaran fizikal.

Isu yang dibincangkan dalam hal ini juga adalah berkaitan lembangan saliran utama yang

sering kali menjadi pencemaran iaitu Sungai Klang yang terletak di Lembah Klang yang

merupakan sungai yang paling tercemar dalam sejarah pengurusan alam sekitar. Dengan

bukti yang menyatakan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang membersihkan

longgokan sampah setiap hari di Sungai Klang. Bahkan juga, komuniti setinggan ada juga

yang membina tandas di tebing sungai yang menunjukkan bahawa cara kehidupan mereka

tidak diurus dengan baik.

Lantaran itu, itu usaha untuk meningkatkan kualiti air di Malaysia akan dibantu oleh

pemahaman yang lebih baik mengenai kesedaran untuk memelihara alam sekitar di kalangan

masyarakat. Semua pihak seperti sektor kerajaan, penduduk sekitar tebingan sungai

khususnya komuniti setinggan harus memainkan peranan dalam memastikan sungai dapat

dipelihara dengan baik. Pengurusan sungai yang dijaga dengan baik adalah demi kepentingan

generasi akan datang dalam kelansungan hidup dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Kajian mengenai kesedaran, dan sikap masyarakat terhadap pencemaran air tidak menjadi

dalam memupuk sikap tersebut di dalam diri masyarakat di Malaysia. Oleh yang demikian,

kajian ini telah membincangkan mengenai kempen kesedaran penjagaan sungai yang pernah

dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang bermula pada tahun 1993 untuk memastikan persepsi
masyarakat terhadap pencemaran air semasa, kesedaran persekitaran dan sikap mereka ke

arah perlindungan alam sekitar. Namun begitu, kempen ini tidak mendapat sokongan dan

kurang berkesan. Asbab utama untuk melakukan penelitian ini adalah bahawasanya dengan

menjalankan pelaksanaan program atau perundangan tidak akan memberi hasil tanpa

kesedaran masyarakat dan sokongan untuk memberi perlindungan pada alam sekitar.

Tuntasnya, menurut penelitian penulis menyatakan bahawa hanya masyarakat yang

mengetahui keadaan itu dan sepenuhnya berdedikasi untuk hak mereka untuk memastian

persekitaran yang berkualiti dan dapat mendorong kepada amalan perlindungan alam sekitar.

Di samping, kerajaan juga haruslah memastikan komuniti setinggan tidak lagi membina

penempatan mereka secara haram dan sekaligus menyebabkan berlakunya kemerosotan

ekosistem. Inisiatif yang telah diutarakan oleh penulis dalam menangani permasalahan ini

adalah dengan menempatkan pekerja di kawasan kediaman yang sesuai agar pekerja ini dapat

menjalani kehidupan dengan lebih baik tanpa perlu membina penempatan setinggan.

Seterusya adalah meningkatkan taraf pendapatan pekerja supaya mereka tidak tergolong

dalam kemiskinan yang menyukarkan mereka untuk meneruskan kelanungan hidup sehingga

menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Penyediaan kos rumah yang lebih

rendah dalam kuaniti yang banyak juga adalah insiatif yang perlu dititikberatkan oleh pihak

kerajaan khususnya.

Melalui pemelitian saya jika perkara ini dipandang enteng, ia akan memberikan kesan

yang jauh lebih buruk pada masa yang akan datang dan memberi implikasi yang teruk kepada

generasi yang seterusnya. Setiap masyarakat perlu menerapkan tanggungjawab dan

membuang sikap mementingkan diri bagi memastikan sungai kita dalam keadaan yang baik

tanpa dicemari dengan bahan pencemar , sisa kumbahan dan toksik yang merbahaya kepada

kesihatan tubuh badan terutamaya pernafasan. Perkara seperti ini akan memberikan kesan

kepada warga emas dan kanak-kanak khususnya. Langkah-langkah bagi memastikan isu ini
dapat dikurangkan adalah dengan mengehadkan pelepasan sisa toksik dan bahan pencemar

dari kilang-kilang. Dengan kerjasama seperti ini, pencemaran sungai dapat dikurangkan dan

kita dapat hidup dengan bahagia dan sihat di samping keluarga tersayang. Di samping itu,

negara kita juga dapat membangun dengan maju menjelang tahun 2020 dan berterusan

dengan konsisten.

Anda mungkin juga menyukai