Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA KEJOHANAN CATUR U1900 UPSI FIDE RAPID (IPT SERIES)

PERKARA TEKS CATATAN/


TINDAKAN

**Mohon perhatian.**
Pengumuman Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, para hadirin diminta untuk mematikan telefon bimbit atau
meletakkannya dalam mod pengaturcaraan senyap.
Apabila diumumkan ketibaan dif-dif jemputan, para hadirin diminta untuk berdiri.
Kerjasama hadirin amat kami hargai.
Terima kasih.

Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan ________________________________________________________________


diiringi dif-dif jemputan masuk ke perkarangan majlis.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Kata Aluan Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum wbt , Salam Sejahtera dan salam UPSI no.1 Pendidikan

Selamat Datang ke KEJOHANAN CATUR U1900 UPSI FIDE RAPID (IPT SERIES)

Kata Aluan
Pengacara Majlis Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian, kerana
sudi menghadirkan diri ke program ini , terutamanya kepada Yang Berusaha ………………………………………
kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke kejohanan catur ini. Ucapan terima kasih juga
kepada semua peserta yang hadir pada hari ini .

Hadirin sekalian, Kejohanan Catur ini dijalankan bagi


 Mencungkil bakat baru dikalangan pelajar IPT dan memilih atlet untuk diketengahkan ke peringkat
Antarabangsa berdasarkan kategori yang disertai.
 Mewujudkan hubungan dua hala dengan pelbagai badan organisasi catur di Malaysia dan
antarabangsa.
 Memberi manfaat melalui pengalaman kepada Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam
pengurusan organisasi khususnya dalam sukan catur dan program-program lain amnya

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Profesor Dr Md Amin bin Md Taff untuk
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Catur U1900 UPSI Fide Rapid (IPT SERIES)
Ucapan PP
**********************************************************
Terima kasih diucapkan kepada diatas ucapan dan perasmian yang disampaikan sebentar tadi

Penyampaian
hadiah
Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan sijil, majlis dengan ini mempersilakan Yang
Berbahagia Profesor Dr Md Amin bin Md Taff dengan diiringi pengarah program kejohonan catur UPSI
FIDE RAPID ini untuk tampil ke pentas

KATEGORI U1900 FIDE RATED


Tempat ke 10 -
Tempat ke 9 -
Tempat ke 8 -
Tempat ke 7 –
Tempat ke 6 –
Tempat ke 5 –
Tempat ke 4 –
Tempat ke 3 –
Tempat ke 2-
JOHAN –

KATEGORI BAWAH 16
Tempat ke 5 –
Tempat ke 4 –
Tempat ke 3 –
Tempat ke 2 –
JOHAN –

KATEGORI BAWAH 12
Tempat ke 5 –
Tempat ke 4 –
Tempat ke 3 –
Tempat ke 2 –
JOHAN

Penyampaian Pihak kami merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam kejohanan catur pada kali ini.
hadiah
Tahniah dan syabas diucapkan kepada individu dan pasukan yang bergelar juara.
Memang adat bertanding kalah dan menang menjadi taruhan.

Kelip-kelip masuk ke corong,


Corong sempit bertindih peti,
Dua tiga kata terdorong,
Jangan masuk ke dalam hati.

Penyampaian Hadirin sekalian,


Cenderahati
Sebagai tanda penghargaan kepada tetamu kehormat kita ,
Majlis dengan ini menjemput ………………………………………………………….. diiringi …………………..…………………………………
untuk menyampaikan cenderahati kepada ……………………………………………………………

Dijemput untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati. Majlis mempersilakan.

****************************************************************************

Terima kasih diucapkan kepada _________________________________ atas penyampaian cenderahati


sebentar tadi.

Sesi Fotografi Hadirin sekalian, kejohonan catur ini sudah sampai ke penghujungnya sebelum majlis bersurai, para hadirin
diminta untuk bersama-sama dengan para tetamu kehormat bagi menyempurnakan sesi fotografi sebagai
tanda kenang-kenangan.

Melarik halus papan di Jawa,


Tersergam kukuh di gerbang batu,
Adat berjumpa terpisah jua,
Bersurai Moga ketemu di lain waktu.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin kerana sudi meluangkan masa
anda untuk bersama-sama menjayakan kejohanan catur pada hari ini.
Sekian sahaja KEJOHANAN CATUR U1900 UPSI FIDE RAPID (IPT SERIES) . Mohon maaf dari saya
sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan kejohanan catur pada hari ini. 
Para tetamu jemputan dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan di …………………………………….

Sekian terima kasih.


Mengumumkan keberangkatan keluar dif-dif kehormat meninggalkan perkarangan majlis

Anda mungkin juga menyukai