Anda di halaman 1dari 1

Saya Nur Amira Nasuha Binti Mohd Hanapi pelajar semester 2, dari kursus Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan Sejarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI). Pada hari Rabu iaitu

13/11/2019 dan pada hari Ahad 17/11/2019 saya dan rakan sekumpulan telah melaksanakan

program kesukarelawanan bagi memenuhi tugasan subjek wajib Universiti iaitu Kesukarelawanan.

Bagi memenuhi tugasan,kami telah melaksanakan dua program kesukarelawanan iaitu Program

makanan percuma kepada staf di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan juga aktiviti berkebun

yang dijalankan di Proton City, Tanjung Malim.

Antara kelebihan yang saya perolehi sepenjang menjalankan aktiviti kesukarelawanan ini

adalah salah satunya dapat berkenalan dengan lebih rapat serta dapat menambahkan semangat

kerja berkumpulan antara ahli kumpulan. Selain itu, secara tidak langsung saya dapat menginsafi

serta lebih menghargai orang disekeliling saya, iaitu sepanjang pemberian makanan percuma

kepada staf umum di UPSI. Untuk aktiviti gotong-royong di Taman Proton City pula, saya dapat

berkenalan dan bergaul dengan masyarakat setempat yang berada disana serta kami juga sempat

dan saling bertukar pendapat mengenai tumbuhan yang ada dikawasan kebun berkenaan.

Antara kelemahan yang saya dapati adalah, perancangan mengenai aktiviti

kesukarelawanan yang dirancang adalah disaat akhir oleh kerana kesuntukan masa serta

perancangan awal yang sering berubah-ubah menyebabkan aktiviti gotong-royong ini dilakukan

juga disaat-saat akhir. Tambahan pula, cuaca yang agak tidak menentu juga menyebabkan aktiviti

yang lain juga tidak dapat dijalankan pada masa yang ditetapkan.

Antara penambahbaikkan yang dapat saya cadangkan adalah, perancangan awal dan

sistematik berkenaan dengan aktiviti kesukarelawanan ini perlu dirancang awal bagi mengelakkan

perkara yang tidak diingini berlaku serta bagi memudahkan urusan aktiviti yang hendak

dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai