Anda di halaman 1dari 39

KEMAHIRAN ASAS

KAUNSELING
KEMAHIRAN MEMBINA PERHUBUNGAN

Membina Suasana Alam Sekeliling


Kerusi tidak bergoyang dan menyakitkan pinggang,
bilik yang tidak terlalu panas atau sempit
samb

Suasana Teraputik
Tenang tanpa gangguan
samb
samb

Ekpresi Muka
Mempamerkan ekpresi muka yang meyakinkan
Tunjukkan ekspresi muka yang selari dengan kata-
kata
samb

Penampilan Diri
Pandangan pertama menentukan keberkesanan hubungan
Prihatin terhadap cara berpakaian dan bau-bauan yang
dipakai

Kontak Mata
Kontak mata membolehkan kaunselor menunjukkan minat,
menggalakkan perbincangan dsb.
Jangan memandang tepat pada biji mata klien, memandang
tidak berhenti2 atau tidak bergerak-gerak kepada klien
samb

Cara Duduk Dalam Sesi Kaunseling


Kedudukan condong sedikit ke arah klien utk
menunjukkan penerimaan, bersifat terbuka dan
mesra
Elakkan duduk menyandar dikerusi sambil
goyangkan badan, duduk bersilang, tangan
diletakkan diatas tengkuk dan kemudiannya
menyandar
Apapun jangan terlalu kaku sehingga tidak fleksibel
dan menyekat pergerakan.
samb
samb

Pergerakan Tangan dan Kaki


Pergerakan yang terlalu banyak contohnya goyang
kaki secara kerap menunjukkan perasaan cemas.
Berpeluk Tubuh
Menunjukkan seorang yang tertutup, kurang
selamat, kurang bersedia utk berbincang, negatif
terhadap diri dsb
Tangan Dalam Kocek
Menunjukkan menyembunyikan sesuatu. Berpegang
kuat pada kerusi menandakan takut atau risau.
samb

Tergaru-garu
Menunjukkan rasa ragu-ragu dan tidak pasti
samb

Menggigit Jari
Menunjukkan rasa tertekan, cemas dan risau

Senyuman
Senyuman kaunselor meredakan ketegangan emosi
klien.
Senyuman harus diberi mengikut kesesuaian
Senyuman klien juga harus difahami kaunselor krn
adakala klien tersenyum utk menutup rasa takut,
risau, keliru, serba salah, malu dsb
samb

Nada Suara
Prihatin terhadap nada suara kaunselor dan klien
utk menggambarkan emosi tegang, marah dsb
Kemahiran Menggalakkan Klien Bercakap
Banyak menggunakan soalan terbuka
Semasa klien bercakap , kaunselor perlu mendengar
dengan penuh teliti dan empati
KEMAHIRAN PENSTRUKTURAN

Tujuan: Menmbolehkan klien memahami peraturan sesi,


menggalakkan pendedahan kendiri dan mewujudkan hubungan
mesra
Penstrukturan Formal: Utk klien yang baru pertama kali menjalani
sesi
Cth:
Dalam sesi ini saya sebagai kaunselor dan anda
sebagai klien. Sesi ini akan mengambil masa lebih
kurang 45 minit. Peranan saya untuk mendengar,
memahami dan cuba membantu anda. Peranan anada
adalah untuk menceritakan apa yang mengganggu
hidup anda. Sesi ini akan dirahsiakan kecuali isu yang
dibincangkan mengancam nyawa anda
KEMAHIRAN MENYOAL

Cara paling mudah untuk mendapatkan maklumat


Soalan perlulah terhad kepada perkara-perkara yang
membolehkan kaunselor mamahami masalahnya
Dua jenis soalan iaitu Soalan Terbuka dan Soalan Tertutup
Soalan Tertutup ialah soalan yang menghadkan kepada
satu atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini dapat
memberikan maklumat yang khusus
Tujuan soalan tertutup: Untuk mendapatkan kepastian
bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat khusus
Soalan Terbuka bertujuan utk menjemput perbincangan ,
penjelasan dan huraian yang panjang lebar
samb

Cth Soalan Tertutup :


Kamu akan datang ke kelas esok?
Adakah kamu seronok bertugas sebagai guru?

Cth Soalan Terbuka: (Menggunakan perkataan


apa, bila, bagaimana dan kenapa)
bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku?
Apa yang berlaku pada hari itu?
KEMAHIRAN MEMBALAS (Responding)

Tujuan: menggalakkan penglibatan masing-masing


dalam sesi kaunseling

Cth:
Klien: Macam-macam yang saya rasa..adakah saya
akan difahami, diterima, dianggap kawan..macam-
macamlah..
Kaunselor: Macam-macam difikirkan sebelum
datang sini
KEMAHIRAN DORONGAN MINIMA

Tujuannya utk memberikan sokongan dan dorongan


kepada klien utk meneruskan perbincangan
Cth: Hmm..,teruskan.., lepas itu.., jadi.,.oh.., sentuhan,
angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman dll
Contoh dalam sesi:
Klien: Entahlah..masa saya keluar dengan member,
setelah mendapat mesej itu saya terus balik. Sampai
dirumah, saya terus tutup semua lampu, nasib famili
semua dah
tidur
Kaunselor: Hmm..(sambil mengangguk)
samb
KEMAHIRAN PARAFRASA

Merupakan respon kaunselor setelah mendengar isi


dan memerhati tingkahlaku klien
Penting utk menunjukkan kaunselor mendengar dan
memahami apa yang diperkatakan oleh klien
Cth Parafrasa:-
Klien: Dah lama saya menunggu keputusan
darinyaselama 13 tahun, satu respon pun tidak
ada.
Kaunselor: Selama 13 tahun, anda menunggu
respon darinya tapi satu respon tidak ada
samb
KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI

Refleksi Isi: Penyataan semula oleh kaunselor


mengenai idea yang disampaikan oleh klien
Refleksi Perasaan: Penyataan semula oleh kaunselor
tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien
Refleksi Pengalaman: Kaunselor memerhati gerak
geri tubuh badan klien semasa sesuatu pengalaman
dinyatakan oleh klien.
- Refleksi pengalaman bukan sahaja melalui apa yang
didengar tetapi apa yang dilihat seperti cara duduk,
gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dsb
samb

Cth Refleksi Isi:

Klien: Baru-baru ini, saya ada pesan Astro kat


rumah.. ramaile jiran-jiran yang datang
tengok..tetapi masalahnya, mereka kata saya nak
tunjuk lagak. Berlagakah tu..sombonglah tu.

Kaunselor: Anda dituduh berlagak dan sombong


dengan Astro baru oleh jiran-jiran.
samb

Cth Refleksi Perasaan


Klien: sejak peristiwa tersebut, saya rasa disisihkan
oleh adik saya. Dia buat saya macam orang luar.
Langsung dia tidak peduli kat saya..tegur pun tidak.
Saya rasa sedih sangat.

Kaunselor: Anda merasa sedih sangat bila adik anda


menyisihkan anda dan tidak mempedulikan
anda.
samb

Refleksi Pengalaman
Klien: Saya ni lain sikit, saya tidak boleh dicabar. Saya
tak suka orang mengutuk peribadi saya.

Kaunselor : Tuan benar-benar marah bila ada orang


campurtangan dalam hal peribadi tuan
KEMAHIRAN MERUMUS

Penyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang
telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling
Rumusan boleh dibuat dipermulaan, dipertengahan dan di akhir sesi
kaunseling. Kebiasaannya dibuat dihujung sesi kaunseling.

Cth rumusan akhir:


Ok, perbincangan hampir tamat. Sepanjang perbincangan ini,
sebenarnya ada dua masalah utama yang kamu nyatakan.Pertama ialah
masalah kewangan, kedua masalah pelajaran. Kamu juga telah
menyatakan strategi-strategi yang kamu rasa relevan untuk kamu ikuti.
Jadi saya harap kamu laksanakannya. Ok, jika perlu kita akan berjumpa
pada sesi akan datang dan saya ucapkan terima kasih kerana sudi
luangkan masa untuk jalani sesi pada kali ini. Kiranya ada apa masalah
ataupun kemusykilan, kita akan berjumpa pada sesi akan datang
KEMAHIRAN KONFRONTASI

Dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik


antara kaunselor dan klien
Menggunakan nada suara yang lembut
Situasi yang dibolehkan konfrontasi:-
a) Terdapat percanggahan antara apa yang diperkatakan
oleh klien dengan apa yang dilakukannya
b) Terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan
pada satu masa dengan apa yang dikatakan pada masa
yang lain
c) Tingkahlaku bertentangan dengan apa yang
diperkatakannya
samb

d) Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan


apa yang dikatakan oleh klien mengenai dirinya
e) Menyatakan tentang tingkahlaku klien yang didapati tidak
sesuai sebagai maklumat tambahan mengenai diri klien

Cth:
Tadi anda kata ingin berjaya, tetapi nampaknya anda tiada
persediaan untuk berjaya
Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan pensyarah itu,
tapi dalam masa yang sama anda rasa takut berhadapan
dengan pensyarah itu untuk mengetahui isu yang sebenar
samb

Saya nampak wajah anda gembira walaupun


menceritakan perkara yang agak sedih. Agaknya ada
perkara yang tak kena ke?
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

Mengunakan perkataan yang mudah difahami


supaya klien tidak merasa rendah diri berdepan
dengan kaunselor
Elakkan penggunaan ayat yang panjang dan
berbelit-belit
Memahami komunikasi bukan lisan seperti kontak
mata, gerak badan, postur badan,mengganggukan
kepala dsb
KEMAHIRAN MEMBUAT KLARIFIKASI

Tujuan: mendapatkan maklumat atau penjelasan


lebih lanjut daripada klien apabila klien
menggunakan perkataaan atau ayat yang tidak jelas
atau kabur ketika menyatakan permasalahannya

Cth:
Saya kurang jelas bagaimana perasaan anda tentang
perkara itu. Boleh anda ringkaskan dan
gambarkannya?
KEMAHIRAN MENGHADAPI KESENYAPAN

Situasi Yang menyebabkan kesenyapan

a) Klien malu dan risau terhadap poses kaunseling


b) Klien tidak tahu apa yang sepatutnya dibincangkan
seterusnya
c) Klien sedang berfikir tentang apa yang telah
diperkatakan
d) Klien tegang emosi
samb

Cth tindakan kaunselor:-

Adakah kamu mendapati susah untuk bercakap?


Saya merasa hairan kenapa kamu senyap.
Mungkin kamu tidak tahu apa yang harus diperkatakan
Mungkin kamu cuba merangka apa yang akan
diperkatakan kemudian
Mungkin kamu kecewa
Mungkin kamu takut untuk menceritakan apa yang
difikirkan dalam fikiran kamu
KEMAHIRAN MENDENGAR

Kemahiran terpenting dan paling asas dalam sesi


kaunseling.
Mendengar bahasa lisan dan bukan lisan.
Bahasa bukan lisan dapat menggambarkan perasaan
dan pemikiran sebenar klien.
Mendengar dengan seluruh deria.
Kemahiran mendengar boleh ditunjukkan dengan
beberapa cara seperti menyatakan semula,
menggambarkan semula dan memberikan respons.
KEMAHIRAN MEMIMPIN

Memimpin Secara Tidak Langsung: membolehkan


klien memulakan dan mengambil tanggungjawab dalam sesi
Cth:
apa yang anda nak bincangkan hari ni?
Barangkali, kita boleh mulakan sesi dengan anda beritahu
saya di mana anda sekarang?
Memimpin Secara Langsung: Menggalakkan klien
memperincikan, menjelaskan atau menggambarkan apa
yang diperkatakan.
Cth: Boleh anda gambarkan apa yang berlaku baru-baru
ini?
KEMAHIRAN MEMBUAT INTERPRETASI

Maklumbalas kaunselor untuk memperlihatkan


klien tentang masalahnya pada sudut yang berbeza.
Interpretasi yang salah boleh menimbulkan
gangguan dalam proses kaunseling.
Perlu mengunakan bahasa yang mudah untuk
menimbulkab celik akal.
KEMAHIRAN MENEROKA

Antara kemahiran terpenting dalam proses


kaunseling untuk membantu kaunselor memahami
klien dengan lebih mendalam.
Penerokaan dibuat menggunakan soalan-soalan
tertentu untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
KEMAHIRAN BEREMPATI

Proses untuk memahami emosi dan dan merasai apa


yang dirasakan oleh klien.
Bertujuan memberitahu klien bahawa kaunselor
mendengr dengan baik, memahami dan mengambil
berat.
Untuk berempati kaunselor harus membuat
pemerhatian yang mendalam, peka dengan bahasa
bukan lisan yang menunjukkan emosi yang sebenar.
KEMAHIRAN MENGETAHUI TEORI DAN TEKNIK

Penggunaan teori dan teknik yang betul banyak


membantu kaunselor untuk lebih yakin dan
berupaya dalam menyelesaikan masalah klien.
Kaunselor perlu tahu memilih teori dan teknik yang
bersesuaian, bila dan bagaimana menggunakannya.

Anda mungkin juga menyukai